Khamis, 18 April 2019

Sabtu, 27 Januari 2018

Anak Ayah

Assalamualaikum,

Nama saya Nafisa, panggil je saya Picha. Umur saya dua tahun tapi baru hari ni ayah saya upload kat blog dia.

Ibu kita ada kedai, Rumah Muffin. Dia jual banyak kek dan muffin. Nak datang nanti bagitahu ye, jumpa saya kat sana.

Babai...

Rabu, 24 Januari 2018

Tahun Baru 2018

Masuk tahun baru, banyak benda yang nak dibuat. Bisnes nk kena kukuhkan, hutang-hutang nak kena langsaikan, kerja dah kena ada hala tuju jelas.
12 Jan yang lepas ramai juga yang ucap selamat hari jadi, tapi sudah tak seramai masa belajar. Tak apalah, aku pun terlupa nak balas semua ucapan di FB. hehe... Lihat orang tulis Selamat Hari Jadi ke-33 buat aku terngadah, sudah sejauh ini perjalanan hidup. Anak sudah semakin besar, aku pula semakin dewasa. Ibu bapa pula semakin tua. Aku terlalu sibuk membina kehidupan sampai terlupa mereka semakin menjauhi kehidupan.
Entah apa yang aku buat selama ini, entah apa aku nak jawab kalau orang tanya apa manfaat engkau bawa selama hidup dan lebih gerun bila Allah tanya ke mana kau manfaatkan hidup ini. Yang pastinya hidup ini sudah terlalu singkat untuk membalas jasa ibu bapa yang menggunung, sudah semakin suntuk untuk mengubah dunia dengan kudrat ini dan semakin pendek untuk menabur jasa kepada ummah.
Semoga tahun ini, walaupun singkat, tetap dapat memberi ruang untuk aku memenuhi segalanya.

Yang dewasa,
Sazlie

Isnin, 4 Januari 2016

Kepada Manusia Aku Pergi

Aku belum sepenuhnya mengenal kemanusiaan. Aku tinggalkan dunia korporat dan terjun ke dunia kemanusiaan bukan kerana aku cinta akan perbuatan ini, tapi kerana aku ingin cinta perbuatan ini. Pengorbanan yang dilakukan hanyalah sedikit, hanya beberapa keping not ringgit yang terkurang daripada pendapatan, sedang mereka yang lain berkorban lebih daripada milik sendiri.

Dedikasi blog ini kepada kemanusiaan, bermula dari post ini.

Selasa, 21 April 2015

20 Orang yang Dikasihi Allah

1. Nabi-nabi dan rasul-rasul
2. Orang alim yamg beramal akan ilmunya
3. Orang yang menanggung, menghafal dan mengamalkn isi Al-Quran
4. Tukang azan
5. Orang yang cinta orang fakir, santuni anak yatim
6. Hati yang ada cinta kasih
7. Orang yang merendah diri dalam menerima kebenaran
8. Pemuda pemudi yang terdidik dengan Al-Quran
9. Orang yang mencari nafkah yang halal
10. Orang yang berkasih sayang antara satu dengan yang lain

(sambung)

Jumaat, 27 Februari 2015

Beruntung Ada Kerja, Rugi Ada Kerja

Beruntung ada kerja, jika dilihat dari perspektif orang yang tiada kerja.


Rugi ada kerja, jika dilihat dari kaca mata seorang yang dambakan rahmat Allah. Sekiranya pekerjaan kita itu, semakin hari menjauhkan kita kepada Allah; disebabkan kerja itu, bukan disebabkan kemalasan kita.

Khamis, 19 Februari 2015

Balik Kampung

Ini kali terakhir balik kampung sebagai orang bujang.. Lepas ini balik berdua. Hehehe...

(Malam ini tidur berair-cond)