Isnin, 23 Februari 2009

panorama memboikot KFC

sejak musim memboikot ni, aku pun terikut sama memboikot. KFC pun dah tak pegi. sekarang orang cakap plak yang KFC Malaysia tak sumbang apa pun kat KFC Amerika. cuma bayar yuran penggunaan jenama. tapi tak pulak kita tahu ke mana yuran penggunaan jenama itu dibelanjakan oleh KFC Amerika. biarlah rahsia.

sebagai alternatif KFC, ramai yang makan Radix FC. dulu guna warna merah, tapi sekarang guna warna oren,sebabnya ada orang kata KFC nak saman Radix FC sebab guna warna merah. Radix FC 100% bumiputera Islam, KFC Malaysia plak pemiliknya Muslim. kalau makan KFC boleh, Radix FC pun boleh jugak la..

ayam bangsa KFC pulak terkenal dengan pelbagai suntikan yang diterima, manakala ayam bangsa Radix FC pula terkenal dengan organiknya (kawan aku kata, "eleh, ayam organik tu macam ayam kampung la." ok la ayam kampung, tak ada suntikan yang meragukan pemakannya). kau dah pernah makan Radix FC? aku dah, sedap jugak rasanya. kalau macam tu, baik aku pilih ayam bangsa Radix FC, lebih organik @ kampung, maka kurang bahan kimia yang masuk celah tekak aku ni.

jadi sekianlah jawapan aku, kalau orang tanya kenapa aku tak makan KFC.

p/s: aku tak kata aku boikot, aku pun tak kata aku tak boikot.

Secebis erti persahabatan

Persahabatan di mataku tak lebih sekadar melihat waktu pertemuan dan menyaksi saat perpisahan, selebihnya hanya terpahat padu di hatiku.


Faham?

Ahad, 22 Februari 2009

selamat datang ke alor sEtar

Selamat datang ke Alor Star,
Dengan ejaan barunya Alor SEtar,
Silalah singgah ke Pekan Rabu,
Bukan saja baju dan jualannya molek,
Kalau sudi tandanglah juga ke tandasnya,
Bersih merlik (berkilat) dipandang mata,
Tak terasa seperti di Malaysia (hehehe),

Sesudah belanja usahlah lupa,
Solat sembahyang rukun agama,
Banyak masjid usah dikira,
Walau tandas tak seindah rupa.

Pengajaran: macam manalah masjid yang lebih mulianya daripada pasar, tetapi tandas di pasar lebih mulianya daripada di masjid?

p/s: tak semua masjid di Alor Setar punya tandas kotor. JANGAN SERKAP JARANG. nanti orang Kedah marah. aku pun orang Kedah.

Ahad, 15 Februari 2009

Percayalah

Percayalah,
pertolongan akan datang dari sisi yang paling tak kau duga,
sama juga dengan kebahagiaan,
ingatlah, hanya Allah tempat mengadu..

Jumaat, 13 Februari 2009

kawan, sahabat, teman, dan yang seerti dengannya..

assalamualaikum,

jika aku ada kawan,
aku akan kenangmu,
tetapi aku tak minta kau kenangku,
kerana itu pilihanmu,
kenanglah seikhlas hatimu,

jika aku ada kawan,
aku akan membantu kesusahanmu,
kesusahanku biarlah ku tanggung,
kalau pun kau menolong hanya ikhlas pintaku,

jika aku ada kawan,
masa sepimu akan kuisi,
tetapi biarku sendiri menanggung sepiku,
melainkan kau menemaniku dengan ikhlas,

kawan,
apa sahaja kebaikan yang aku lakukan untuk mu,
sebenarnya adalah tanggungjawabku,
sedangkan membalas jasa bukanlah syarat kebertanggungjawabanku,
jadi lebih suka aku membiarkan saja,
jika masa susahku tiada kawan membantu,
kerana pohon pengharapan adalah kepada Allah,
Dia berhak menyuruh sesiapa sahaja membalas jasa baikku terhadapmu,
hatta musuh sekalipun yang datang membantu,

dan pesan ini untukmu juga kawan,
jangan marah jika pengorbananmu tidak berbalas,
kerana jika ikhlas niatmu itu,
pertolongan Allah akan datang,
dari sisi yang selalu kamu sepikan.

Sazlie,
Kuantan (tempat aku dan kawanku belajar dan hidup bersama)

politik persada perak

Situasi di sana memang menarik minat aku, dan semakin banyak yang aku tahu tentang raja dan kerajaan, serta juga sejarah silam.

persoalan menarik:
1. di mana akal budi kita? kedaulatan sultan, keramat rakyat dan kebesaran Allah, bagaimanakah susunan keutamaannya?
2. masing-masing mengaku betul. dan yang hanya membenarkan kenyataan mereka adalah orang-orang mereka. jadi, apakah pertimbangan sesuatu perkara itu betul?

aku ditanya, maka jawabku aku masih mahu kerajaan yang ketuanya Nizar terus memerintah. kenapa? malas nak jawab. hehehhe... sebab apapun jawabku, tetap salah di mata penyokong-penyokong kerajaan yang ketuanya Zambry. biarlah, memang itu adat dunia.

jika kelegaan kau terletak pada ramainya ADUN Melayu berbanding PR dahulu, aku mahu setiap Melayu itu mampu berdakwah di bumi Perak itu sebagaimana Ir Nizar buat. biar Islam semua rakyat, termasuklah MCA dan MIC itu. jika tidak, tiada gunanya ramai Melayu kalau Islam tetap layu.


Nizar tengah sampaikan kuliah subuh di Masjid Saidina
Umar, Taman Chenderawasih, Kuantan.


ini sebagai satu perkongsian: apakah kebenaran yang benar bagi kamu? selangkah kamu maju ke hadapan mencari jawapan, kau akan ketemui kebenaran itu adalah sebaliknya. bermakna, kebenaran itu amatlah bertentang benar dengan kebenaran yang kamu pegang sebelum ini. contoh yang jelas, tentang kenyataan bumi itu bukan leper, tetapi adalah sfera. bertentangan bukan? mungkin kajian mendatang berjaya membuktikan kembali bumi ini sebenarnya leper.

tentang berhujah dengan ayat Quran pula. mana yang perlu datang dahulu, hasil penemuan sains atau bukti melalui Quran? apabila dikatakan sistem solar kita mempunyai 11 planet, ramai yang mengaitkan dengan beberapa ayat Quran yang mempunyai angka 11. tetapi sekarang, terdapat laporan planet sebenarnya melebihi 11. hmmm, apa pendirian kau? ini jelas kesilapan kita, bagi aku hujah Quran itu perlu menjangkaui masa. biar mereka dan kamu juga, terkial-kial dan terkejar-kejar mencari fakta bagi membenarkannya.

renungkanlah kawan-kawan...

Isnin, 9 Februari 2009

Sulatus Salatin

Titah Seri Teri Buana, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, " Jikalau raja Melayu itu mengubah perjanjiannya dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya. " Itulah dianugerahkan Allah subhanahuwataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadhilatkan dengan kata-kata keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa........Sulalatus Salatin m/s 26 (cetakan kelima 1996 A. Samad Ahmad)