Isnin, 30 Mac 2009

Kembali

Assalamualaikum,

hari ini kembali menulis. setelah lama berhenti. dan setelah kembali dari menjadi tetamuNya. catatan yang aku tulis, baru hari ini nak dibaca. sengaja aku buat catatan perjalanan, rasanya inilah pertama kali dalam sejarah penciotaan aku, aku menulis satu perjalanan. harapan ku satu, agar dapat aku luahkan di sini. harap agar dapat dimanfaatkan.
memang, ke haramain (dua tanah haram - makkah dan madinah), sebanrnya adalah atas jemputan Allah. ke sana bermakna, menjadi tetamu Allah. hanya setelah dibukakan pintu untuk kita, barulah kita dibenar memasukinya. lihat lah berapa ramai mereka yang kaya, sanggup membelah langit, meredah lautan ke negar2 asing, tapi tak sampai juga ke Haramain. lihatlah juga, si bongkok tua, berjalan dipapah orang pun sampai ke Haramain, sedangkan mereka yang sihat tak terinign pun ke sana. benarlah.. mereka yang ke Haramain ini adalah tetamu Allah. sudah namanya tetamu, mestilah apabila sudah dijemput baru boleh masuk, bukankah begitu bang haji?
duit, kesihatan, kelapangan waktu bukan halangan sekiranya kita sudah dijemput. ibarat magnet sama kutub, walau apa halangannya mesti jua ingin bercantum.
alhamdulillah aku dijemput ke sana juga akhirnya. dan pada hari akhir aku di sana, sebenarnya itu adalah satu permulaan bagi aku. permulaan untuk ke sana sekali lagi. dan untuk tujuan dan maksud itu, aku haru mendapat perkenan Tuan rumah dulu.. bagaimana? haha.. doa, usaha dan tawakal. insyaAllah akan dijemput lagi.
sampai di sini dahulu rasanya jari ini mengetuk papan kekunci ini. akan sampai masanya aku menulis tentang pengalaman aku di sana. dan insyaAllah aku memilih cara bercerita untuk menyampaikan isi dan kandungan kunjungan aku ke sana..
sehingga bertemu, aku doakan kesejahteraan semua.
Sebelum



Selepas

Selasa, 3 Mac 2009

DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.

Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.

Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.

Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.


tulisan oleh: misabah blogspot com dan diambil daripada http://perakini.blogspot.com

Sisipan


Sidang DUN tergempar, diadakan di bawah pokok, 200 meter jauhnya dari bangunan Dewan Undangan Negeri yang dikunci dengan ketatnya. (seketat perasaan penguncinya)

SATU: PERAK

Mereka inilah sebenarnya rakyat yang memimpin. Bukan seperti yang lain, pemimpin yang memerintah rakyat..




DUA: USIA PEREMPUAN

Yang sebaya itu rakan, Yang tua itu kakak. Yang muda itu isteri. Yang lanjut itu emak. Hehehe...

Ittiba' dan Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum,

Pertama-tama sekali, sahaya (saya) mohon maaf sekiranya tulisan ini banyak cacat celanya. Sahaya amat mengagumi dan menghormati ilmu, jadi sahaya tidak kisah tulisan ini dikritik sengan seilmiahnya. Bukankah itu tujuannya berdebat, supaya antara dua fikiran maka terlahir satu kesimpulan utuh, tanpa mempedulikan siapa pemenang dan yang tewas. Ilmu sahaya sungguh cetek, maka tulisan ini juga kurang ilmiahnya, tetapi inilah yang sahaya fikirkan.

Maulidur Rasul disambut sejak sekian lama di negara ini. Boleh dikatakan masyarakat Melayu menyambutnya. Tanpa sambutan ini maka tiada kedengaranlah periwayatan nabi secara serius di mana-mana ceramah dan majlis-majlis agama. Ini tentunya menambah kecintaan dan pengetahuan kita terhadap Rasulullah.

maka arakiannya, manusia itu semakin bertambah masa, bertambahlah juga akal fikirannya. Maka terlalu ingin bagi sekaliannya mencari kebenaran demi kebenaran. Dan menjadi mahsyurlah pula tentang hukum menyambut Maulidur Rasul yang dikatakan bertentangan dengan ajaran suci. Asas dan paksi perbincangan tentang ini telah mereka (golongan yang mencadangkan ini) telah dikemukakan. Kukuh dan ilmiah. Maka tiadalah sahaya berkemampuan menangkis hujah mereka, dan sesiapa yang berasa sangsi, perlulah juga dari golongan jauhari. maka jika berlaku perbincangan, diharaplah, ianya membuahkan hasil. Tak perlu difikirkan menang kalah, seperti yang tertulis di awal tadi.

Maka yang menentang ini mencadangkan: Ittiba'. Penghayatan secara berterusan. Atas alasan, perkara mencintai dan mengingati nabi bukanlah perkara bermusim. Sahaya setuju. Cuma suatu kebimbang muncul mencelah, jarang sekali kisah-kisah kenabian diceritakan secara bersungguh-sungguh pada waktu selain musim 'Maulid' ini. kebanyakan muslim Malaysia hanya mendengar hanya pada musim Maulid ini. Untung ada sambutan seperti ini. Kalau tidak....

Atas sebab musabab inilah, maka timbul di hati sahaya akan buah fikiran ini, walau ianya tidak sebernilai mana. Usaha mengingati nabi ini haruslah dijalankan sepanjang masa. Agar muslim Malaysia tidak kehausan ilmunya. Jika telah cantik perjalanannya, penghayatan lestari, setiap masa kedengaran, maka tiadalah gusar jika tiada sambutan Maulid ini.

Cadangan ini bukanlah bermakna secara sembrono sahaya menerima pendapat yang Maulid ini perlu dihapuskan. Sahaya juga perlu malalui masa yang panjang, dan pengkajian yang mendalam sebelum menerima apa-apa pendapat pun. Cadangan ini pada hemat sahaya disenangi dua-dua pihak. Memang tiada salah langsung mengingati Nabi Muhammad pada setiap waktu dan ketika. Cuma sambutan itu yang mereka berselisih pendapat. Lagipun cadangan ini memanfaatkan Muslim Malaysia (kenapa sahaya selalu kata Muslim Malaysia? Kerana sahaya membincangkan tajuk ini dalam skop Malaysia sahaja).

Maka bagi menyimpulkannya, sahaya menegaskan ini sekadar cadangan daripada pemikiran cetek sahaya. Atas dasar ianya memanfaatkan semua dan boleh dikatakan ianya selari dengan pendapat banyak pihak. Saranannya, jika diterima cadangan ini, hendaklah ia dilaksana bersungguh-sungguh. Ibarat menyeluk pekasam, alang-alang menyeluk biarlah kena seluruh lengan. Kekuranag harap dimaafkan.

Wassalam..

Isnin, 2 Mac 2009

zaman ini zaman duit...

zaman ini zaman duit. bagi mereka yang tak berduit, sama-samalah kita nantikan bilakan berakhirnya zaman duit ini. mungkin lepas ini zaman percuma ke? hehehe