Jumaat, 17 Disember 2010

Bintang Ku

Mereka merampas Bintang Polarisku,
membiarkan aku tersesat di lautan,
mujur ada Bintang Kejora,
menemaniku melayari bahtera,
menuju Pulau Abadi,
bintangku,
terima kasih

Ahad, 31 Oktober 2010

Kisah Hari Ini

Hidup hari ini bermula dengan aku pergi ke Bank Islam Taman tun Dr. Ismail, TTDI (biasalah, orang berduitkan kan.. kunun lah)
Cerita 1
Selepas selesai aku terus ke rumah kawan dengan harapan mereka di rumah. Tapi hampa diorang tiada. Baru teringat diorang ada main bowling hari ini. Aku pun pergi makan seorang diri bertemankan pelanggan-pelanggan lain di kedai itu. Nasib baik lah ada sayur yang aku suka, tapi tak tahu nama apa. Kalau nak tahu esok kita sama-sama pergi makan sana ye. Lepas itu balik rumah dan tanpa fikir panjang terus ke tempat diorang itu. Nasib baik tak habis lagi. Aku biarkan saja diorang main, kalau aku join nanti, kempunanalah diorang nak jadi top scorer.


Atas itu gambar Abg Saidi sekeluarga. Isteri dia member ofis kitorang, Kak Meiza, anak-anak dia Along, Angah, Syafiq, dan Syifa. Lepas main bowling kitorang sambut hari jadi. Rupa-rupanya Abg Saidi ni dah plan dari awal nak buat kejutan kat isteri dia. Sebab itulah dia join kitorang nak main bowling hari ini. Mungkin abg tu tak perasan tapi sebenarnya dia telah tunjukkan satu contoh yang terbaeeek pada kami. Kalau masa dahulu ada seorang manusia agung, Muhammad saw menunjukkan kepada kita bagaimana cara harus kita berkeluarga, kali ini abg ini pula yang aplikasikan. Majlis bermula dengan ramai-ramai berkumpul di kafe di tempat bowling. Semua berkumpul tapi masing-masing senyap tak cakap apa tujuan kumpul di situ. Tiba-tiba ada seorang member ini suruh kitorang nyanyi, maka nyanyilah kitorang. Lagu Selamat Hari Jadi. Selamat hari Jadi kak Meiza!!! Sambil itu abg Saidi datang bawa kek. Mungkin ada budak-budak gedik akan jerit, "eeii sweetnya.." (gedik betul!!). Aku pula kata, "ah, indahnya hidup berkeluarga, andai masing-masing saling menghargai." Biarlah peristiwa ini menjadi teladan bagi kami yang bujang ini untuk membina keluarga. (Aku bercerita ini dengan beranggapan Kak Meiza dan Abg Saidi tak baca blog ini)
Semoga Abg Saidi dan Kak Meiza sekeluarga sentiasa bahagia dan diredhai Allah.
Cerita 2
Lepas sambut hari jadi akak tu, kami geng-geng yang bujang ini pergi makan beramai-ramai (kedai tempat yang kami makan sepatutnya beruntung sebab kami datang kami makan banyak-banyak. Untung lebih diorang hari itu). Dalam ketenteraman kami makan, tiba-tiba ada satu geng bas sekolah datang, hehe.. Diorang ini sebenarnya kawan kepada kawan kami yang seorang ini. Ada jugalah yang aku kenal dalam geng itu, dan ada juga kawan aku sebenarnya. Diorang datang nak kidnap kawan kami sebab nak sambut hari jadi. Laa.. ada nak sambut hari jadi lagi. Kami pun biarkanlah peristiwa itu berlalu. Selesai makan kami solat dan balik rumah. Sedap-sedap aku dh duduk atas motor, kawan aku yang kena kidnap ini telefon. Dia suruh pergi tempat diorang sambut haji jadi, tolong habiskan kek. Aku tanya dia, mana yang lain? Yang lain tak nak datang. Perghh.. nampaknya kau seorang la yang baik datang nak habiskan kek. Macam mana cara diorang sambut? Tak tahu, sebab aku datang pun tinggal nak habiskan kek je. Kalau tahu pun malas nak cerita.
Habis makan, walaupun kek tak habis jugak, aku solat Asar dan terus ke Kelana Jaya. Kenapa? Nak tengok tetamu Allah berangkat ke tanah suci.








Gambar kat atas ini aku ambil masa di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Lihat sajalah gambar-gambar itu, dan lihatlah muka tetamu-tetamu Allah ini. Di sebalik wajah itu, terselit seribu satu cerita bagaimana mereka akhirnya berjaya menjadi tetamu Allah dan seribua satu tujuan kenapa mereka ingin menunaikan haji. Di sini aku berdoa semoga aku dan juga keluarga satu hari nanti, dan kalau boleh dalam masa terdekat, semasa kudrat masih banyak, bakal menjadi tetamu Allah. Amin...

Rabu, 27 Oktober 2010

Suatu Penyesalan

"Penyesalan Berlaku Apabila Kita Tidak Mengambil Pusing Apa yang telah diberitahu Dahulu"




Berita telah tersebar, meniti bibir ke bibir menjadi buah mulut semua. Sudah maklum semuanya, dan semua sudah maklum. Hanya kepercayaan masih yang lama. Kukuh tidak mahu menerima sebuah berita besar. Sombong atau malu, sama sahaja, mereka tidak menerima berita besar itu.

Lalu penegasan telah diberikan di sini. Bukankah apa yang kau lihat ini aku jelmakan; bumi yang kau pijak aku yang hamparkan? Gunung-gunung itu aku yang pasakkan? Pasangan kamu kami yang pasangkan? tidurmu kami jadikan istirehatmu? Dan kami pakaikan malam pada tidurmu? Siang kami jadikan untuk kau bekerja? Langit yang tujuh kami kukuhkan? Kami memelita kamu dengan matahari? Air di awan kami curahkan? Bukankah air itu menumbuhkan bijian dan tumbuhan? Kau tahu tapi kau tak mahu mengaku, sampai terpaksa aku hantukkan kau ke dinding, baru nak terngadah?
Kau masih juga tidak menerima, malah menafikan. Sesungguhnya berita besar itu pasti, sepasti malam menggantikan siang. Berita besar itu kami gambarkan dengan sepenuh kedahsyatan; bermula dengan tiupan mega sangkakala, kedatangan yang berkelompok. Langit terbuka pintunya, maka tiadalah beza bumi dan angkasaraya. Sekukuh gunung berhancuran, ibarat fatamorgana (itu pun jika kau pernah melihatnya)
Sesudah hari itu berpecahlah kamu kepada dua. Ada nikmat dan ada laknat. Jahanam itu tempat mereka yang dilaknat. Minumlah nanah itu, beserta air menggelegak panas, itu setimpal untukmu. Bukankah dulu bersungguh-sungguh kau mendustakan kami, ayat-ayat kami dan kitab-kitab kami. Itulah balasnya. Dan untuk kau adalah pertambahan azab, itu sahaja. Di sisi sana mereka merasa nikmat. Tidakkah kau cemburu? mereka menikmati nikmat, dipepohon hijau segar, merimbun dengan segala buah yang melazatkan. Di sana mereka bermesra dengan bidadari syurga, halal dan tiada noda pada mereka. Sambil menikmati minuman dari segala kenikmatan. Semua atas ketakwaan mereka, segala nikmat itu.
Dan pada hari itu, kebenaran berita besar itu terpacul. Segala nikmat dan laknat yang dikhabar menjadi benar. Kini kau berhadapan dengan pengadilan. Dihitung setiap inci laluan hidupmu, setiap kata yang terbutir, setiap tingkah yang terlaku, setiap bagi suatu setiap. Semua pembohongan terkunci, kemas dan lekap. Hanya kebenaran bersuara.
DI KALA ITU KAU MULA MENYESALI SEGALANYA, KERANA YANG MENANTIMU HANYALAH LAKNAT DI JAHANAM. MAKA BERKATALAH KAU, "ALANGKAH BAIKNYA JIKA AKU DAHULU ADALAH TANAH, TIADA PERLU DIHITUNG DOSA PAHALA"
Inspirasi Surah An-Naba' (nota usrah)

Selasa, 26 Oktober 2010

Di Mana Allah?

Di dalam diri kita, di mana kewujudan Allah kita letakkan?

Aku bersyukur, ketika satu persatu menjauhi diri, di belakang sekali aku 'terjumpa' Allah. Dia sentiasa ada, cuma aku yang selalu 'meletakkan'Nya di belakang. Dia sentiasa mendengar rintihan hambaNya, cuma aku yang selalu menjadikanNya pilihan terakhir aku mengadu.

Aku bersyukur, ketika banyak manusia lain langsung tidak 'mewujudkan' Allah dihatinya, aku masih sedar untuk berbuat sedemikian. Allah ku 'letak' di baris akhir dalam perkumpulan kenalan-kenalan tempat kumengadu dan bergembira.

Aku bersyukur, ketika dan saat ini, aku masih mampu bersyukur...

Khamis, 21 Oktober 2010

ais | bunga

yang nampak:
ais dan bunga
yang tak nampak:
hatiku yang sejuk dan berbunga-bunga ketika itu
bila?
ini gambar semasa bulan puasa
di mana?
di masjid aku berbuka puasa
selepas itu?
ais itu mencair dan yang tertinggal hanya bunga (baca: yang bakal layu)
ke mana?
ais itu mencair ke longkang
Ya, ke longkang kerana ais dan bunga itu di dalam sinki
dan kata aku?
sejuk ais dan cantik bunga akan pergi, hanya sinki yang tinggal

Jumaat, 15 Oktober 2010

Bajet 2011

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, atas semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" izinkan saya memberi pendapat. Apakata kita laksanakan bajet kali ini berdasarkan sistem piramid. Ala, yang macam MLM tu. Siapa yang bayar cukai sedikit (baca: orang miskin) akan dapat faedah banyak, siapa yang bayar cukai banyak (baca: orang kaya) akan dapat faedah sedikit. Lagi pun rakyat kita memang suka sistem piramid ni, cepat kaya kata mereka. Harap ditimbang-timbangkankan lah Yang Amat Berhormat ya.
Dari saya,
rakyat pertengahan

Cerita | Hati | Merah

"Merah itu bukan warnanya hati, tetapi kerana ribuan parut halus di hati yang berdarah"
Prolog:
Ada tetamu datang ke rumah dia, dan terlihat hati tersimpan kemas di dalam rumah itu. Lalu meminta dia bawa keluar hati itu untuk diceritakan kepada mereka.
Cerita:
Ini adalah sebuah drama, maka anggaplah ia sebagai sebuah drama. Drama adalah drama, dan selama-lamanya adalah drama, sehingga ada orang ingin menirunya.
Drama ini adalah seputar kisah hati. Ada seorang manusia, jantinanya tidak menjadi kepentingannya di sini, mempunyai satu hati. Hati itu disemat betul-betul di dada kirinya. Semua orang jelas boleh melihatnya, ada juga yang ingin menyentuhnya, ada sekadar tengok, ada yang tak tengok langsung. Hati ini sentiasa disemat sepanjang masa, dari saat bertukar ke minit, dari minit bertukar ke jam, dari jam bertukar ke hari, bertukar ke minggu, minggu menjadi tahun. Apalah yang dipelikkan, hati itu masih di badannya, sebab itu dia boleh hidup lagi. Hati itu sentiasa tersemat di dada. Lekatnya seperti kita melekatkan tanda nama di baju sebelah kiri dada, begitulah seadanya.
Saban waktu dia berjalan, hati itu sentiasa tersemat, siang menjadi malam, sibuk menjadi lapang, tiada masalah untuk dia menyematkan hati di dada itu. Ada juga kawan-kawannya yang berbuat seperti itu, ada juga yang simpan di dalam badan, ikut atas kehendak setiap orang.
Bermula kisah, apabila menjelang dewasa, agaknya selepas dia bermimpi malam dikejar hantu (harap-harap faham lah apa maksudnya ya), hati itu mula menjadi perhatian. Dan sebaliknya. Dia juga ingin berkongsi hati itu dengan teman berlainan jantina. Jadi hati yang sebelum ini tak terusik langsung, kini mula dipegang-pegang, dibelek-belek, dan disentuh-sentuh. Pernah juga hati itu beralih tempat, disimpan oleh orang lain. Oh, mungkin anda tertanya, kenapa hati itu menarik perhatian orang yang berlainan jantina? Mungkin jawapannya manusia tak berminat hati sesama jantina, mungkin bentuk hati lelaki dan perempuan berlainan, sebab itu mereka saling meminati hati berlainan jantina.
Seperti barang yang selalu dipegang-pegang, pasti ada calar-calarnya. Begitu jugalah hati dia, boleh ternampak ada kesan calar dan berbekas pada hati yang dipegang-sentuh-belek-usik. Dia tak kisah langsung pun, setakat calar sedikit-sedikit biasalah itu. Telefon bimbit pun lama-lama ada kesan calar juga, tapi cantik dan canggihnya maasih tak luput pun.
kebiasaannya dia biasa memberi pinjam hati ini kepada satu orang pada satu-satu masa, sehingga entah pada tangan siapa entah hati itu banyak calar balarnya, berparut halus sana sini. Jika lidi yang segenggam lebih kuat dari yang sebatang, luka dan calar yang banyak walaupun halus mampu menjadikan pemiliknya berasa amat sakit dan pedih. Luka dan calar yang halus itu mengalirkan darah dari liang halus, menutupi seluruh hati dengan merah darah, sehingga yang melihatnya menyangka hati itu merah segar. Walaupun hakikatnya merah itu adalah darah-darah dari luka dan calar itu.
Begitulah kisahnya, sehingga dia terpaksa menyimpan hatinya di rumah sahaja. Berjalan tidak membawa hati. Pedih sangat, tak sanggup hendak dibawa keluar, kena hembusan angin pun terasa pedihnya. Ngilu mengalir air mata kata dia, lebih pedih dari pedih.
Di rumah hati itu disimpan di dalam jeriji besi dan kemas di dalam kotak kaca. Tidak mahu orang kacau katanya.
Epilog:
Tanpa dia sedar, di bilik tersimpannya hati itu, tingkapnya terbuka. Ada seseorang yang setiap hari melalui jalan di luar rumahnya sentiasa memerhati hati itu, menaruh minat untuk mengetahuinya. Dan selepas mengetahuinya tidaklah diketahui apa lagi yang ingin dilakukan orang itu.

Rabu, 22 September 2010

Diri Ini

(Entri ini dah lama tersimpan, cuma baru hari ini publish selepas ditouch up sedikit sebanyak)

Memang sudah ditentukan bahawa kejadian aku adalah untuk aku sentiasa menginsafi siapa aku. Manusia dilahirkan sempurna, walaupun kesempurnaan hakiki itu tidak pernah dilihat manusia. Tiada cacat celanya aku, cuma selepas berada dalam persekitaran manusia, perbandingan dan perbezaan mula mengambil tempat, di situlah mula terdetik perasaan ini. Ya, kejadian fizikal (rupa paras <- perkataan ini lebih sesuai digunakan) aku tidaklah sehebat mereka yang lain. Siapa pernah bertemu aku? Tanyalah mereka, mereka memang arif. Tiada apa yang boleh dibangga dengan rupa paras ini. Aku tidak pernah dengar, dan rasanya susah untuk mendengar dan mengetahui bahawa akan ada orang yang suka aku disebabkan rupa paras ini. Berat nak kata, tapi aku gagahkan juga: gemuk, rendah, muka tak kacak, tangan calar sana sini, berparut, memang pakej lengkap untuk mengiyakan perasaan aku.
Insaf? Ya, baru-baru ini sahaja aku insaf. Sebab dahulu aku selalu bertanya, kenapa aku macam ini? Sesiapa saja kawan aku, atau orang yang aku kenal, jika aku bandingkan aku dengan dia, mesti ada sahaja kekurangan aku. Rasa rendah diri itu sentiasa ada bila berhadapan dengan orang. Tapi biasalah, buat apa kita hendak tunjukkan rasa rendah diri, simpan dalam hati seorang-seorang sudahlah. Itu dulu. Waktu hidung masih berhingus, dan tak pandai hendak lap. Sekarang aku suka berfikir semula, memang perasaan rendah diri itu memang ada, cuma aku mula sedar yang semua kejadian ini ada hikmahnya. Ayat klise kan? Tapi itulah yang memberi makna dan pengertian baru kepada apa yang aku fikirkan. Tak ternafi, kejadian aku tak sehebat dan seelok seperti yang lain. Aku pernah cuba bayangkan kalau aku ini sekacak Si Kacak, berbadan segak, tinggi, dan apa-apa lagi yang seerti dengannya. Mungkin masa itu aku lupa daratan, perleceh orang lain yang tak 'sesempurna' aku. Akhirnya tenggelam dan kebanggaan yang dicipta sendiri.
Alhamdulillah aku tidak sekacak Si Kacak. Ada ruang luas untuk aku menginsafi diri. Melihat kekurangan diri sekurang-kurangnya mengingatkan aku ada lagi yang lebih kurang dan malang daripada aku (ayat klise lagi..). Memang lah, walaupun dengan timbulnya sifat insaf ini rupa paras aku akan tetap macam ini, tetap tak cantik macam Si Kacak, itu aku sudah terima dan sebati kenyataan itu dalam hati ini. Cuma kelegaan itu timbul, kerana aku tidak kacak, jadi tertutup satu lubang untuk aku berbangga diri.
Yang kenal aku, ada yang kata aku pandai. Tetapi sebenarnya aku ini biasa-biasa sahaja. Tiada dalam satu periksa pun yang menunjukkan aku 'pandai sangat'. semua sama seperti orang-orang kebanyakan.
Oh, lupa nak cerita, sebagai lelaki aku juga rasa rendah diri kerana tidak pandai main bola dan bola keranjang. Dua permainan yang cukup cocok untuk melambangkan kelelakian. Cukup lengkap pakej 'kurang-lengkap' aku ini. Aku sentiasa bermonolog sendiri dalam hati, memikirkan kekurangan diri, tatkala kawan-kawan yang lain bercerita tentang perkara yang nampak kelelakian ini.
Hari ini aku memilih untuk menukilkannya di blog ini. Aku tak mahu ambil peduli ada pembaca atau tidak. Orang mahu baca atau tidak. Ini bukan sebuah perkongsian, apatah lagi iktibar yang boleh diambil pengajaran. Ini semata-mata nukilan di blog ini, untuk aku semakin menginsafi kejadian diri.
Ok, aku sekarang cuma ada pembolehubah hati, setelah pembolehubah rupa dan bakat telah dimalarkan. Semoga aku berjaya mengkacakkan hati ini, semoga kelihatan kacak di Hari Akhir nanti.

Amin, Ya Rabbal 'Alamin..

Selasa, 7 September 2010

Berbuka ll

[Tajuk] di Bulan Ramadan


Kisah 1

Semalam semasa berbuka di masjid, aku duduk sebelah 2 orang yang boleh dipanggil status ustaz. Ye la, bercakap pun guna 'ana-anta'. Yang seorang tu sibuk komen pasal peruntukan untuk Amil dikurangkan. Semasa azan Maghrib berkumandang pulak tu. Dia kata tak patut bahagian untuk Amil (si pengutip zakat fitrah) dikurangkan. Dah memang termaktub hak mereka wajib terima 1/8 dari jumlah zakat, kenapa pihak berwajib nak kurangkan pulak. Kalau ditukar ke peratus 1/8 = 12.5% tapi Amil dapat kurang. Dengan penuh emosi dia marah, kawan dia pun angguk setuju. Aku dalam hati dah mencarut besar-besar dah. nasib baik aku kawal juga hati ini, sebab baru je buka puasa, depan rezeki percuma pula itu.
Apa tak nya, berkobar-kobar pakcik tu pertahan hak Amil. Kalau buka cerita lain tak boleh ke? Kenapa tak pertahankan hak asnaf-asnaf (penerima-penerima zakat) yang lain? Orang miskin yang masih lagi tak sampai zakat kepadanya, pengurusan yang tak cekap sampai yang tak layak dapat pun dapat zakat, bagaimana mahu uruskan zakat seperti zaman Umar Abdul Aziz. Hei, Amil tu jumlahnya sedikit je lah. Tak sampai 10% pun daripada jumlah
1) orang miskin
2) orang fakir
3) orang muallaf
4) hamba yang ingin merdeka [dah tiada sekarang]
5) orang yang berhutang
6) orang fisabilillah
7) ibni sabil

[rujuk sini]

Ramai lagi orang yang lebih memerlukan. Amil itu rasanya semua dah berkereta, pegi masjid pun naik kereta, makanan mewah-mewah, rumah selesa dan macam-macam lagi lah. Orang fakir pula, apa pun dia tiada. Jangan harap nak makan Mekdonal, Kentaki, atau segala macam makanan pelik-pelik, nak cukupkan makan sehari-hari pun susah. Bagilah peluang mereka merasa duit zakat. Mereka dapat duit zakat guna untuk beli keperluan hidup, Amil dapat duit zakat pergi tukar sport rim kereta!
Hak tu memanglah hak, tapi pihak berkuasa pun ada pertimbangan juga. Sebab itu mereka kurangkan. Siapa yang hendak jadi Amil mestilah setuju dengan syarat itu, barulah boleh dilantik jadi Amil (pendapat akulah).
Ini ingatan untuk orang muda, yang baru nak masuk jadi pentadbir urusan agama, janganlah tiru perangai orang-orang lama. Mereka dah selesa sangat dengan budaya sedia ada. Kadang-kadang sesuatu perkara itu sengaja disulitkan, entah kenapalah agaknya. Budaya masyarakat sudah sebati dengan mereka sehingga mereka tidak nampak garis pemisah antara ajaran agama dan adat tempatan.

Aku malas nak ambil pusing, emo lah korang kat situ. Sambil aku menyuap bubur ke mulut. Lepas sembahyang nak makan nasi pulak.


Kisah 2

Beberapa malam lepas, berbuka puasa di masjid lagi (buka masjid lagi! hehe). Boleh dikatakan antara hari puasa yang lapar juga lah hari tu. Hari lain aku cool je, tak makan sehari tu biasalah. Tapi ntah hari itu boleh tahan jugalah laparnya. Macam biasa, buka puasa makan bubur, aku ambil separuh mangkuk je, buat apa nak makan banyak-banyak, macam hari lain tak boleh makan je, kata aku dalam hati. Aku terus pegi sembahyang Maghrib, pastu solat sunat, pastu barulah beratur nak ambil nasi. Hari ini lain sedikit, satu meja buffet je buka, ada dua baris. biasanya 2 meja 4 baris. Aku pun beratur lah. Dapat mesej dari kawan dia kata dah kenyang berbuka. Perghh.. Menambah selera nak makan ni. Lebih kurang setengah baris dah ambil nasi, tiba-tiba nasi habis, lagi sedih lauk pun habis. Adus.. laparnya perut ni.

Itu scene nya. Yang aku nak cerita pemerhatian aku terhadap beberapa orang di sekitar:

1) Orang yang awal-awal dah ambil nasi: Aku saspek orang-orang ni yang dengan pelahapnya amik nasi dan lauk banyak-banyak. Rileks la bang, ntah-ntah yang dekat belakang tu lagi ramai lebih kebulur daripada kau. Rezeki tu untuk semua, jangan pulun seorang-seorang. Mana pengajaran Ramadan yang kau dapat?

2) Pihak Katering: Diorang ini aku saspek ada unsur-unsur tidak jujur. Hehehe.. gurau je. Apa masalah diorang pun aku tak tau. Semalam cukup je, hari ini tiba-tiba tak cukup. boleh juga aku ajar diorang Probability & Data Analysis untuk diorang predict jumlah jemaah. Cuma aku terbayangkan, kalaulah ada unsur tidak integriti dalam pengurusan makan berbuka ini, jemaah (rakyat) juga yang dapat susah. Peruntukan telah diberi cukup tetapi bila berlaku ketirisan, kesannya masyarakat lapis terbawah yang menanggung akibat. Sebagai tindak balas timbal balik, terpaksalah pengurusan masjid pula keluarkan lagi duit untuk mencukupkan makanan berbuka (bekalan). Apa agaknya implikasi terhadap negara jika benda ini berlaku di peringkat nasional? Fikirkanlah.

3) Orang-orang kuat masjid: Yang ini aku tak berapa berkenan. Bertaraf orang kuat masjid dah melayakkan mereka mendapat layanan berbuka istimewa. Makanan dah dihidang, tinggal datang dan makan je. Dari mana diorang belajar kasta-kasta ini? Yang lagi aku marah, diorang tak ambil pusing pun jemaah lain tak dapat makanan. Diorang terus dengan agenda mengisi perut itu. Aku konfem sangat lah lauk diorang tu mesti berlebih, sampai boleh ratah-ratah lagi. Apa salahanya bro, kau hulur-hulur sikit kat yang tak dapat makanan ini. Aku belum keluarkan lagi kisah humblenya Nabi Muhammad kita, tak pun kisah Ahmadenijad si Presiden Iran.Cuma ada seorang je la yang risau makanan habis, siap ajak yang tak dapat makan tu pegi berbuka kat restoran lagi. "Sapa yang tak dapat makan lagi tu jom kita makan kat Restoran Sedap. Tau kan Restoran Sedap tu kat mana? Kita jumpa kat sana lah", kata beliau.


Ahmadenijad, Presiden Iran berbuka dengan anak yatim

4) Orang yang tak dapat makan a.k.a. orang yang malang: Walaupun AJK masjid tu kelihatan baik dan memang baik, tapi orang-orang ini tak ambil pusing. Malas nak pegi Restoran Sedap tu. Macam bersungguh-sungguh sangat lah pula. Jadi bertebaranlah mereka membawa nasib malang itu, ada yang balik, ada yang masuk dewan solat semula, ada yang makan bihun sup replacement nasi yang habis a.k.a. dihabiskan.

5) Aku: Terus maintain cool. Nasi takde, maknanya takde lah. Aku masuk balik dewan solat, terus mengadap Al-Quran. Jauh lagi nak capai target KPI aku ini. Habis terawikh je, tanpa banyak bunyi, ambil duit kat umah terus pegi warung tepi jalan order nasi goreng sardin. Setel.




Moral: Jangan marah kalau takde nasi, memang lumrahlah itu. Tak payah caci mencaci macam politikus pemikiran sempit, pergi cari kedai, order makan terus la..

Isnin, 6 September 2010

Berbuka I

[Tajuk] di Bulan Ramadan




Rabu, 25 Ogos 2010

Erti Puasa

[Tajuk] di Bulan Ramadan


Sesekali teringat lagu Ramadan nyanyian Fotograf,

Pertama Ramadhan Ini

Pertama ramadhan ini
aku tidak berlapar lagi
kerna mengingati Mu

Pertama ramadhan ini
aku tidak kehausan lagi
kerna merindui Mu

Sepatutnya entri ini adalah cerita aku sebelum Ramadan membuka tirainya. Aku sebenarnya sudah penat dengan Ramadan yang dipenuhi majlis berbuka dengan makanan yang mewah, berbuka bersama-sama kawan sampai hampir telepas Maghrib. Berbelanja untuk raya sehingga tiada masa beramal dan pelbagai lagi perkara 'mengarut' yang sepatutnya tidak terjadi di bulan Ramadan ini.
Jadi, sebelum bermulanya Ramadan, aku bertekad untuk berpuasa dengan sebenarnya. Aku mahu untuk pertama kalinya Ramadan ini, aku tidak lapar lagi, aku tidak haus lagi, dan aku tidak gelojoh dengan 'perkara-perkara' raya. Siapa boleh beri jaminan kepada aku bahawa tahun hadapan aku akan bertemu Ramadan lagi? Tiada. Aku ingin buka seluas-luasnya hati, aku mahu bayu dari syurga yang dibuka pintunya seluas-luasnya oleh Allah akan sampai kepada aku. Aku mahu bayu itu melembutkan hati keras ini.
Cukup sedar, aku bukan orang yang boleh dikatakan baik. Setiap tingkah, kata dan fikiran tentu saja ada yang tidak menyenangi. Aku sedar diri ini belum pasti dijamin akan ke syurga, jika tidak kerana amalku yang tidak cukup, mungkin juga kerana dosaku sesama manusia. Sedikit sahaja aku 'berurusan' dengan manusia, aku sudah melupakan Allah Maha Esa.
Pertama Ramadan ini, aku bertekad untuk 'melupakan' dunia seketika. Jika ada kata yang terlafaz, aku harap ianya adalah kata-kata yang baik, jika ada perbuatan yang terlaku, ianya adalah ibadah dan jika ada terlintas dalam fikiran, ianya adalah keranaNya. Tapi aku manusia lah kawan, pagi cakap lain, malam buat lain. Aku berdoa agar aku mampu melakukan apa yang aku tekadkan.


Biarku bersendiri
kerana:
Aku mahu hati ini menangis ketika diingatkan dengan Allah,
Aku mahu tidak lapar apabila tidak makan,
Aku mahu tidak haus apabila tidak minum,
Aku mahu tidak rugi jika tidak 'bergembira' berbuka bersama kawan-kawan,
Aku mahu tidak rugi jika tidur ku tidak cukup,
Aku mahu tidak rugi jika masaku habis dengan mengaji,
Aku mahu semua,
Semua aku mahu,
Kerana aku tak boleh menjamin bahawa aku akan bertemu Ramadan hadapan,
Dan tidak menjamin akan ditempatkan di syurga

SEMOGA RAMADAN INI MEMBERI MAKNA KEPADA KITA. AMIN...

Isnin, 23 Ogos 2010

Kombinasi Terbaik

[Tajuk] di Bulan Ramadan


Satu: Hari ini aku sahur minum kopi dan makan kurma. 2 paket aku buat dalam satu cawan. Aku jarang minum kopi dan tak berapa minat sangat pun. Ini kali pertama dalam bulan puasa ini.

Dua: Aku bertanya kepada seorang facebook friend tentang statusnya yang nampak macam sedih.

Tiga: Tazkirah Ramadan di pejabat (setiap Isnin dan Rabu) disampaikan oleh bosku. Pengisian tentang apa dan berapa banyak amalan yang telah kita lakukan untk bulan puasa ini.

Disebabkan kopi, badan aku sangat terasa kesan kafein. Selepas bertanya tentang status facebook aku ke tazkirah Ramadan. Mungkin disebabkan dua perkara sebelum ini, tazkirah itu betul-betul memberi kesan kepada jiwa.

kesimpulan yang aku dapat buat, pada fasa kedua Ramadan: fasa keampunan ini, akan datangkah keampunan Allah kepada ku yang serba kekurangan ini.

p/s: terima kasih kepada yang terlibat dengan pembuatan kopi itu. Terima kasih kepada facebook friend itu, dan terima kasih kepada pemberi tazkirah tadi. Semoga kalian dirahmati Allah. Sebesar-besar syukur kepada Allah yang Maha Besar yang menyusun tiga perkara yang tiada langsung kaitannya dan hasilnya melembutkan hati aku di pagi ini.

Khamis, 12 Ogos 2010

Mengaji Al-Quran

[Tajuk] di Bulan Ramadan

Bulan ini adalah bulan orang berpuasa di siangnya, beramal di malamnya dan berkejar-kejar menambah amal dan juga mengejar malam seribu bulan, Lailatul Qadar. Pintu syurga terbuka luas, bayu berpuput lembut dan siapa yang membuka pintu hatinya, pasti akan di sapa bayu syurga bulan Ramadan. Mereka akan senang beribadat, 'kenyang' tanpa makan di siang hari dan tidak penat bersungguh-sungguh beramal di malam hari.

Yang aku ingin kongsikan adalah perkara asas, yang menjadi perkara mesti-tahu sebagai umat Islam: membaca Al-Quran. Kita perlu akur, ada di kalangan kita yang masih tidak lancar membaca Al-Quran, sedangkan itulah satu-satunya kitab dari 'langit' yang dibukalkan kepada kita. Rugi bagi yang reti membaca not muzik, lancar membaca Inggeris, Mandarin, Bahasa Melayu tetapi tidak pula tahu mambaca Al-Quran. Allah Maha Pemurah, melihat Al-Quran pun sudah dikira pahala, membacanya pula diberi juga pahala, dan apatah lagi memahami tafsirnya.

Sekadar nasihat, pelajarilah Al-Quran, tak malu kalau kita gagap mengaji di hadapan orang kerana belajar, lagi malu kita kalau bila ditanya Allah di padang Mahsyar nanti. Orang yang pandai pula, sungguh besarlah malu jika kamu mempersenda mereka yang belajar ini. Mereka lagi mulia dari kamu di sisi Allah.

Jadi, di bulan mulia Ramadan ini, bacalah Al-Quran, berhentilah dulu berbuat perkara-perkara yang bukan ibadat. Sesungguhnya Ramadan ini akan berlalu tanpa akan kembali, dan kembara mengejar Ramadan tahun hadapan adalah sesuatu yang tidak tentu adanya.

Isnin, 9 Ogos 2010

Kalah di Ambang Menang v1

Aku pasti menang. Ia di hadapanku. Menanti penuh sabar. Kemenangan idaman. Walaupun belum di garis akhir, tapi keputusannya sudah kutahu. Hakim masih membisu, tapi kutahu apa bicaranya. Dan hadiah itu menunggu. Hadiah itu memang idaman pelumba-pelumba. Satu hadiah yang diidamkan, menceriakan, mempesonakan, didamba dan yang paling penting membahagiakan. Kerana ia membahagiakan, jadi untuk sementara ini kita gelarkan hadiah itu 'B'. Hadiah B itu memang dikejar, dan pelumbaan ini wujud semata-mata hadiah B. Tanpa hadiah B perlumbaan ini adalah gila, sia-sia, dan tak akan wujud. Mereka berlumba, mereka itu termasuklah aku, semata-mata mengetahui yang hadiah itu adalah hadiah B. Kami tergila-gilakan hadiah B. Aku tidak tahu siapa mereka yang lain, dan dari mana mereka mula. Pastinya mereka mula lagi awal daripada aku, dan mungkin ada yang lewat daripada aku. Tidak mustahil, kerana perlumbaan untuk hadiah B initidak punya titik mula absolut. Dari mana-mana pun kau boleh mula, dan tak semestinya yang mula lewat atau yang mula awal akan menang. Ia nasib, dan juga skil.
Ketika jarak itu semakin dekat (dekat ialah satu ukuran relatif, jadi apa yang aku panggil dekat adalah justifikasi aku sendiri, ini absolut), aku tak inginkan kemenangan. Aku bukan tak mahukan hadiah B tapi aku tak inginkan kemenangan. Tetapi hadiah B hanya boleh diperolehi sekiranya kau menang. Tapi aku tak inginkan kemenangan ini. Ini konflik. Aku konflik ketika kemenangan itu aku genggam, hampir. Aku tetap tak mahukan kemenangan, tapi mahukan hadiah B. Hukum peraduan itu tetap, menang baru boleh dapat hadiah B. Hati aku juga tetap, tak mahu kemenangan. Ketetapan yang terpaksa. Menolak kemenangan, dan dengan ketenangan hati yang berat kusilangkan kaki, tersadung kaki dengan kaki sebelah, lalu jatuh. Bulat tekad-silang kaki-jatuh-tersungkur-kalah. Maka akan rasmi aku kalah, pelumba yang lain akan memintas, menang di atas kekalahanku.


Kalah yang dipilih, kemenangan yang ditolak.

(mungkin ada versi 2 (v2) jika aku ingin cantikkan bahasa cerita ini)

Selasa, 3 Ogos 2010

Aku tuli pada suaranya tapi mendengar pada wajahnya

(Jika tak diberi keazaman pada hati ini untuk menulis, maka banyaklah khazanah pemikiran aku yang tak tercatat di ruang serba kurang ini)


Satu

Minggu lepas aku ke Taman Negara Jerantut. Buat pengetahuan, banyak lagi tempat yang digazet sebagai Taman Negara selain di Jerantut (tempat-tempat lain itu cari sendiri lah ya). Kalau diceritakan satu persatu perjalanan percutian itu, maka tiada apa yang berbezanya dengan beribu, malah mungkin berjuta pengunjung yang telah ke sana. Mungkin cerita mereka lebih hebat dan menarik.
Kami ke hutan, panjat bukit, berjalan di kanopi yang tinggi 45 meter, naik bot meredah sungai, dan bertemu orang asli. Semuanya biasa dan macam kebiasaan yang biasa orang ke taman negara. Aku sempat ke penempatan orang asli. Bersepah-sepah di tepi Sungai Pahang. Suku Bateq, leluhur dari Afrika, penduduk asal hutan di taman negara dan hidup berpindah-randah. Memburu menggunakan sumpit, tiada kepercayaan agama dan mempunyai sedikit adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Mereka juga mempunyai bangsa sendiri, yang sedikit sebanyak mempunyai pengaruh Bahasa Melayu.
Mereka tinggal berkelompok, dalam 5-7 keluarga satu kelompok. Aku tak pasti kelompok mana yang aku pergi. Ramai yang pandai cakap Melayu. mereka selesa dengan kehidupan macam itu. Rasanya tak jauh beza dengan kehidupan datuk nenek, moyang, bapa kepada moyang, dan ke atasnya. Tanpa duit pun mereka boleh hidup. Aku pandang wajah mereka, dengar mereka bercakap, bahasa yang aku tak faham, tetapi gambaran wajahnya aku mengerti. Mereka kekosongan agama. Maka soalannya, salah siapa mereka tidak mengenal Islam? Kita atau mereka? Tak tahu lah sudah berapa lama kita (orang yang beragama Islam) berhubung dengan mereka, tapi ajaran agama tak sampai lagi kepada mereka. Seronokkah kita biarkan mereka dalam keadaan begitu? Kita pelihara ke'asli'an mereka semata-mata untuk menjadi tatapan pengunjung? Ada perkara yang kita kena pelihara sebagai khazanah berharga, ada perkara yang kita kena ubah sejajar kehendak agama. Entahlah, duit cukai sudah disalurkan ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Agama setiap negeri sudah ada, pertubuhan dakwah banyak, sampai bercakaran sesama sendiri, aku yang menatap mereka hanya berhubung melalui doa, semoga sinar Islam sampai kepada mereka. Dan harapnya mereka mendengar sesuatu pada wajahku ini. Semoga sekali lagi aku ke sana, mereka sudah menjadi saudara seagama aku.

Dua

Hari kedua kami singgah di rumah keluarga angkat salah seorang dari kami. Rumah kampung di pinggir taman negara. Singgah untuk makan tengah hari. Oh, lupa nak beritahu, kami pergi ber-14, 5 perempuan dan yang lain itu lelaki. Kami datang terus tuan rumah bergegas menyiapkan hidangan. Macam adat ketimuran yang biasa, orang perempuan akan ke dapur untuk menolong tuan rumah, dan macam biasa tuan rumah akan berbasa-basi berkata tak perlu susah-susah. Indah betul adat ini, kalau dilihat dari satu sudut, tersemat nilai-nilai ikhlas, mesra, dan menghormati yang tinggi.
Maaf kalau bahagian ini menyebabkan orang terasa, tapi selagi aku tak tujukan secara spesifik, rasanya tiada siapa-siapa boleh membuat andaian sendiri. Ada jugalah beberapa perempuan yang janggal aku tengok. Tiada masalahnya bagi aku kalau mereka tidak membantu tuan rumah di dapur, cuma kita dapat tahu ada kekurangan pada mereka. Apabila kawan-kawan mereka menolong di dapur, mereka masih di situ. Aku kurang dengar apa yang mereka sembang bersama, tapi wajah mereka menceritakan mereka kurang biasa dengan suasana itu. Rupanya untuk menjadi dewasa ini, banyak yang kita perlu belajar. Lebih-lebih lagi hidup di zaman 'facebook dan internet' ini.
Teringat kembali, masa kecil dahulu, kalau hendak pergi ke rumah orang memang antara perkara yang paling menakutkan sekali. Banyak 'do & don't' yang mak ayah aku bagitahu. Kalau silap sikit, sudah pasti lepas keluar rumah ayah akan marah, dan bila besar sikit dapat teguran. Alhamdulillah aku sempat belajar semua itu dari orang tua. Mereka mungkin biasa dan tidak kekok berurusan dengan cara kehidupan kota, tetapi mungkin ada beberapa nilai adat ketimuran yang mereka terlupakan.
Kenapa perkara sekecil ini pun aku cerita? Haha... Di rumah aku ini perkara besar. menghormati tetamu walau macam mana (penat, letih, malas) sekalipun keadaan kita, dan menghormati tuan rumah walau macam mana (penat, letih, malas) sekalipun keadaannya adalah perkara yang dititik berat dalam rumah aku.


Bila aku sudah sebegini besar, dan berjauhan dari keluarga, jika ada tersalah adab, maka sudi-sudilah menegur.

Jumaat, 16 Julai 2010

Kenapa Aku Sokong

Kepada cikgu, ustaz, ustazah dan pendidik sekalian,
"saya mohon sembah derhaka"



(Pemberitahuan: Penulis adalah sejenis manusia yang susah untuk mengingat angka-angka dan data-data daripada fakta, atau sememangnya malas untuk mengingatnya. Padanya, apa yang penting adalah apa yang hendak disampaikan dari data-data dan angka-angka yang kaku itu sendiri. Mungkin juga penulis tidak mahu dirinya dicap sebagai hasil sistem pendidikan berorientasi peperiksaan, atau lebih senang difahami, penulis tidak mahu digelar mesin fotostat.)

Ada ura-ura beberapa peperiksaan awam akan dimansuhkan. Seperti hukum alam yang lain, ada ada 2 haluan pendapat di sini, menyokong dan satu lagi membantah. Tetapi ada satu golongan lagi, yang seharusnya tak perlu ada, atau dengan kata orang muda, 'menyemak' saja, iaitu golongan atas pagar. Saya di golongan yang paling 'cool'; menyokong untuk dimansuhkan peperiksaan-periksaan itu. Sudah mual rasanya kita mendengar hujah-hujah klise golongan ini. Jadi saya cuba bawakan hujah-hujah segar dari kocek sendiri (kalau yang ini pun tidak segar, bermakna sudah habis alasan yang boleh kami sediakan).
Kita sebenarnya sudah semakin gemar dan senang untuk menerima konsep paten (pattern). Segala-galanya perlu ada paten atau pola tertentu. Jika tidak, kita akan merasa gusar dan ibarat takut kepada bayang-bayang sendiri yang kita akan lari dari satu kebenaran (yang sebenarnya standard yang kita cipta sendiri). Tetapi sesungguhnya benarnya atau betulnya sesuatu perkara itu adalah pelbagai. Saya pernah menonton drama Jepun: Dragon Zakura, salah satu watak berkata, "Dalam peperiksaan hanya ada satu jawapan yang betul, tetapi dalam kehidupan, jawapan yang betul itu lebih daripada satu" Dua perkara yang saya dapat keluarkan, satu; betulnya satu perkara itu tiada standard tertentu, asalkan ia tidak lari dari skop yang dipersetujui. Kedua, peperiksaan itu menyempitkan kita kepada satu sahaja jawapan yang betul, dan yang lain semuanya salah.
Dalam sistem pembelajaran kita, hanya jawapan dari 'buku rasmi' sahaja diterima sebagai betul, Kenapa? mestilah kerana inginkan keseragaman. Contoh yang saya boleh bawakan adalah daripada subjek Sejarah. Secara rasminya, yang termuat di dalam buku teks kementerian adalah sejarah yang betul dan diterima orang. Kita juga mengetahui bahawa sejarah itu luas spektrumnya, banyak pula sisi pandangannya, belum termasuk lagi bias pendapat berlainan pihak. Dalam banyak-banyak pihak ini, sudah tentu ada antaranya yang benar. Jika kita hanya mengaminkan pendapat satu pihak sahaja, (dalam konteks ini satu buku teks sejarah itu dianggap satu pendapat) bermakna kita menafikan kebenaran dan kesahihan pendapat yang lain. Pada satu sisi yang lain pula, kita menyempitkan pemikiran murid-murid seolah-olah kita berkata kepada mereka, "tak payahlah selongkar dalam mana-mana buku lagi, apatah lagi search dalam internet, baca yang ini pun dah boleh lulus periksa."
Ramai yang berpendapat subjek-subjek teknikal boleh termasuk dalam pengecualian. Ini juga salah. Pasti mereka adalah produk sistem 'fotostat' ini atau paling kurang pun, pendukung setia sistem ini. Luaskanlah bacaan, banyakkanlah pemandangan (sahaja diterbalikkan), sesama ahli sains pun mereka bertikam lidah juga. Ada sahaja mereka tidak bersetuju dengan pendapat, malah fakta bertaraf teori pun mereka pertikai. Kalau tidak manakan Einstain dapat mencipta General Relativity jika beliau hanya menerima tanpa bantahan teori yang dikemukakan Newton. Nah, ajarkan lah anak-anak kita bahawa apa yang tercatat dalam buku Sains dan Matematik itu adalah sesuatu yang haram ditentang dan dipertikaikan, dan akhirnya kita akan melihat dari keturunan kita seorang 'ahli sains fotostat terhebat.' Maaf dikatakan, doktor adalah hasil mesin fotostat yang terbaik pernah dihasilkan. Alasannya, segala apa yang di dalam buku, hanya itulah semua ilmu yang ada di dada mereka. Mereka tidak boleh memandai-mandai, mencipta kreativiti mereka sendiri atas alasan mereka berhadapan dengan nyawa orang (alasan yang pernah didengari daripada pelajar perubatan).Cuma apabila mereka duduk bersama, berbincang di dalam mana-mana simposium, kolokium, konvensyen, dan yang seumpamanya, barulah percambahan ilmu itu berlaku. Barulah budaya ilmuwan hebat seperti Ibnu Sina tercermin.
Saya rasa, jika saya tidak cuba keluar dari arus perdana sempit yang dicipta, saya juga tidak mampu menulis seperti ini. Tidaklah sehebat mana pun tulisan ini, tetapi ia cuba keluar dari idea kebiasaan. Jika saya merelakan diri mengikut arus paten ciptaan manusia, saya pasti akan menulis tentang bahana yang akan menimpa umat mendatang jika peperiksaan dimansuhkan. Betapa tiada satu indikator atau penanda aras untuk menentukan kepandaian mereka, tetapi hakikatnya tiada keperluan untuk mengukur dan mengelaskan mereka mengikut kepandaian. Apa yang perlu diberi perhatian adalah mengetahui kecenderungan dan seterusnya membawa mereka ke bidang yang disukai serta mengasah bakat mereka.
Sekian sahaja tulisan ini, dengan hujah dan fakta menyokong yang sedikit, tidaklah saya berharap pendapat ini disokong oleh ramai, cuma saya berharap selepas membaca ini, tercetuslah di minda dan fikiran kita untuk berfikir keluar dari paten yang selesa dan selamat (keluar dari zon keselesaan). Sekian.

Khamis, 8 Julai 2010

cinta yang koma dan keindahan yang mendua

Seluruh jiwaku pergi,
berkabung,
sebuah cinta di hadapanku,
koma,
entahkan hidup lagi,
atau mati,
atau terus koma,

dan bebayang keindahan mendua,
satu indah dari yang lain,
izinkan ku,
miliki semuanya,
atau paling kurang pun,
memilih satu,
dan satu lagi meninggalkan ku.

Rabu, 16 Jun 2010

Sketsa

Sketsa dua sahabat yang bertembung dan berbincang tentang kawan mereka

A:Ko kenal Aiman kan?

B:Kenapa pula, kenallah.. Yang pernah jadi ketua kita tu kan?

A:Ya. Oooo, ko memang kenallah ya.

B:Aiman tu yang ada anak laki satu tu kan?

A:Eh, mana pula kau ni, dia tak pernah kahwin pun lah. Macam mana nak ada anak

B:Ada lah, dah lama aku tak jumpa tapi aku baru-baru ni dengar orang cerita dia dah ada anak.

A:Memanglah aku pun dah lama tak jumpa dia tapi baru dua tiga minggu lepas aku pergi rumah dia, batang hidung anak dia aku tak nampak pun, apatah lagi bini dia.

B:Biar betul kau ni, Aiman yang badan gempal-gempal tu kan?

A:Ish kau ni, apa pulak gempal, kurus je aku tengok.

B:Aiman mana kau cerita ni?

A:yang jadi ketua tu la, yang mana lagi.

B:Aku pun cerita yang tu lah.

Tiba-tiba,

Aiman: Assalamualaikum

A & B: Waalaikumussalam.

Aiman: Apa kau dua orang buat kat sini?

B: Laa Aiman, lain macam kau sekarang. Dah kurus kering aku tengok.

A: Kan aku dah kata, Aiman kan kurus.

Aiman: Ooo.. bergaduh pasal aku ke? Hehehe.. Ya lah, dulu aku gemuk sebab senang hati. Sekarang tidak, sejak kematian isteri dan anak aku, hidup ini semakin sedih aku rasa. Agaknya sebab itu aku jadi macam ini.

A & B: Innalillah..

A: Sabarlah. Rupanya kau dah kahwin ya. Macam mana aku boleh tak tahu.

Aiman: Itulah, kau dulu di oversea, tak dapat aku nak jemput pegi kenduri.

B: Jadinya, memang kita bercerita pasal Aiman yang sama lah tadi ye, cuma masing-masing tak update, sebab tu jadi macam ini.


Peristiwa ini pernah terjadi dalam hidup kita? Mungkin ada dan mungkin sesetengah orang tidak ada.

Yang ingin saya tanya di sini, dalam kes perebutan nama Allah, mungkin kah peristiwa seperti ini terjadi?

Rabu, 9 Jun 2010

Gaza

(Maaf Gaza, aku hanya berani sampai di sini sahaja...)

















4 Jun 2010, Rakyat Malaysia menyertai rakan-rakan yang lain di luar negara menyatakan simpati terhadap Freedom Flotilla dan kebencian mereka kepada negara haram Israel.

Isnin, 7 Jun 2010

Paten

Minggu lepas, semasa minum petang di kedai sebelah ofis, kawanku bertanya, "Apa warna kegemaran kau?"
Aku jawab,"merah aku suka, hijau pun, kuning pun sama dan bla bla.."
"Cakap betul-betul lah!"
"Betullah tu. Takkan aku nk fix kan satu je warna aku suka."
"Main-main lah"
"Ok lah, aku suka warna merun."


Kebanyakan kita hari ini sudah terlalu biasa dengan kebiasaan. Apabila ditanya warna kegemaran, kita mesti ada satu, mungkin dua, atau beberapalah. Kita jarang keluar daripada kebiasaan, dalam kes ini, saya cuba sebenarnya hendak terangkan kepada dia yang warna yang digemari tak semestinya jatuh kee dalam warna kegemaran. Cuba keluar dari sesuatu kebiasaan. Kes tadi saya cuba pesongkan (jika boleh dikatakan begitu) kepada kebiasaan kita mempaten sesuatu perkara, benda, keadaan atau apa-apa sahajalah.
Contoh pertama, kebiasaan kita untuk mengukur kejayaan murid-murid sekolah dengan keputusan peperiksaan. Semakin banyak A, semakin pandai budak itu, semakin tinggi markahnya, semakin cemerlang, dan semakin banyak jawapan betul diberikan pada kertas peperiksaan, semakin bijaklah mereka. Kebijaksanaan yang ditonjol di kertas adalah sebahagian kecil. Merata lagi orang yang bijak pandai tetapi gagal menterjemahkannya di atas kertas. Akibatnya, dalam dunia yang cepat dan berlumba-lumba ini, mereka ditinggalkan. Ditinggalkan dalam suatu keadaan ketidakadilan yang tersembul.
Contoh kedua, Kita mendefinisikan cantik. Faham? Sekarang cantik itu telah dipatenkan. Dan seseiapa, atau apa-apa yang mamatuhi deskripsi cantik itu akan dianggap sebagai cantik. Antara natijahnya muncullah pertandingan ratu cantik. Beberapa kriteria ditetapkan, dan yang hanya menepatinya sahaja dianggap cantik. Sudah tentulah, orang yang gemuk, rendah, cacat dan seumpamanya (tiada niat memperkecilkan) akan dianggap tidak cantik. Sekurang-kurangnya tidak dianggap cantik oleh sejagat. Padahal cantik itu adalah universal, dan terbebas dari sebarang pengelasan. Pernah saya terbaca ada satu puak yang menganggap perempuan gemuk sebagai cantik. Nah, universal dan menyeluruh bukan!
Cuba keluar dari ruang keselesaan kita, memikir sesuatu perkara sehingga ke puncanya. Dan keterbiasaan kita mempatenkan sesuatu itu juga sebenarnya perlukan review semula. Jika terlalu bergantung dengan itu kita sebenarnya menyempitkan ruang lingkup kebebasan berfikir. Kan sepatutnya fikiran itu ruang tanpa batasan. Saya cuba bawa misalan ini kepada perkara 'Usul Fiqh'. Terlalu bergantung kepadanya menyebabkan kita lemah berfikir di luar kotak, tak seperti ulamak silam sebelum wujudnya disiplin ilmu itu. Saya hentikan perbahasan itu di sini kerana ceteknya ilmu berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh.



Kalaulah kawan aku tu terbaca blog ini, tentu dia bangga kerana soalan remehnya menjadi perdebatan hangat di ruang lingkup pemikiran aku.
p/s: "Eh, kau dah tau warna kegemaran aku tu nak buat apa? nak hadiahkan sebijik honda civic kaler merun? hehehe...

Bahasa 2 Generasi

Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat

(Nikmat, A.Samad Said)


Kalau bicara biarlah mesra
Kalau berguru biarlah kekal
Kalau hati pemanisnya cinta
Apa pula pemanis akal?

(pantun, Sazlie)

Jumaat, 28 Mei 2010

Tuan Bahasa

Jika ada gelar Tuan Bahasa, maka dia lah orangnya:

Khamis, 27 Mei 2010

Nenda Nyemah Mulya

Salam kasih hamba buat nenda Nyemah Mulya,

Siapa hamba tidaklah nenda kenali lantaran jarak waktu menjadi dinding penghalang. Hatta diri nenda sendiri tak seberapa pasti hamba kenali. Hamba mengenali nenda menerusi cerita, yang pastinya ditokok tambah menjadi sedap dibuat orang cerita sebelum tidur.
Tidak mengapalah kita saling mengenali atau tidak, cuma hamba ingin berkongsi sebarang dua perkara dengan ninda. Kisah nenda telah hamba ketahui, keperkasaan, kesetiaan kepada agama, budi dan santun nenda menjadi mahsyur serata Tanah Melayu ini. Tahukah nenda, tanah keramat ini telah merdeka lebih setengah abad lalu, lalu bergabung dengan saudar-saudara kita di Bumi Kenyalang dan Borneo Utara, yang satu masa dulu dinaungi Kerajaan Brunei dan Sulu di Filipina.
Itu kisah dulu nenda, hamba pun belum kenampakan bulan dan matahari masa itu. Cuma dengar kisah dari orang tua sahaja. Kini hamba hidup di zaman serba hebat. Tak tercapai dek fikiran nenda rasanya. Tanah kita ini, setelah bergabung dengan saudara-saudara di Bumi Kenyalang dan Borneo Utara namanya Malaysia. Melaka tidak lagi bersultan. Jambatan Melaka sudah pastinya sudah berganti baru. Cina dan India sudah menjadi rakyat di negara ini. Di sana sini kami berkata tentang perpaduan. 1Malaysia katanya. Entahlah nenda, semua ingin di-1-kan, tetapi bini hendak juga di-4-kan. Hamba bergurau sahaja nenda Nyemah Mulya.
Pernah dulu nenda mengadu kepada Sultan Melaka tentang jahatnya Benggali putih itu, merosak anak dara Melayu, mengkafir setiap yang Muslim, mendera dan memerah tenaga lelaki Melaka. Sungguh azab hamba mendengarnya nenda. Tapi lebih azab jika nenda mendengar kisah hamba. Tahukah nenda, jika dulu Benggali putih sial itu memperkosa anak-anak dara Melayu, kini pemuda-pemuda Melayu sendiri memperkosa mereka. Jika nenda kenal akan TV dan surat khabar, kalau tidak setiap hari pun, kerap kali kami mendengar perkhabaran sebegitu nenda. Jika dulu nenda membenci Purtugis keparat, kini kami terpaksa mengikut langkah nenda, membenci pemuda durjana. Hilang akal sudahkah, memperkosa sedarah sedaging sendiri.
Itu belum lagi hamba khabarkan tentang nasib anak-anak kecil di sini nenda. Baru sahaja dilahir terus dibunuh. Dicampak, dibuang ke merata tempat. Jadi makanan anjing wahai nenda. Jika dulu nenda pilu mendengar kisah Saidina Umar menanam anak perempuannya, kini nenda mesti lagi pilu mendengar sedarah sedaging nenda membuang anaknya sendiri. Salah ibukah atau salah ayah bayi itukah, biarlah bayi itu menjawab di hadapan Ilahi nanti.
Hendak juga hamba khabarkan wahai nenda Nyemah Mulya, akhlak di sini saling tak tumpah seperti di zaman Melaka gemilang. Hiburan di sana sini, tuak dan arak minuman anak muda, pelacur di mana-mana senang terjumpa. Akhlak nabi tidak diikut, malah malu diamalkan. Yang berkuasa terus menindas yang lemah, rasuah makanan harian. Di mata berajalah duit, di mata berajalah wang. Hamba tahu akibat kelalaian itulah Melaka jatuh di tangan Benggali Putih itu. Maka azablah sekalian rakyat Melaka di bawah Benggali Putih itu. Hamba yakin, sejarah boleh berulang. Dan hamba yakin Melayu sudah lupa akan sejarah. Nenda juga kata yang Melayu ini iktibarnya diambil sekejap sahaja. Lalai itu sepanjang masa. Dan ini yang hamba alami. Tiada siapa sedar perkara seperti ini pernah terjadi di zaman nenda, zaman Melaka gemilang.
Jika dulu nenda ibarat lilin, menerangi orang keliling mengajar ilmu agama kepada mereka, kini orang seperti nenda berkurang. Ilmunya ilmu agama, tetapi yang mengajar untuk mendapat upah. Ada yang lagi teruk, menjadi pengampu kerajaan. Di mana ilmu sebenar wahai nenda Nyemah Mulya, aku kehausan mencarinya.
Nenda Nyemah Mulya, panjang sudah hamba mengarang, namun belum habis kerenah orang zaman hamba yang dapat hamba khabarkan. Kering air Selat Melaka dijadikan dakwat belum tentu kebejatan manusia hamba tulis. Cukuplah sekadar yang termampu hamba karang di sini. Sekadar melepas perasaan hamba ini mengarang. Mengadu pada nenda, dengan harapan agar orang keliling hamba dapat mendengarnya.
Sekian dulu wahai nenda, hamba mohon mengundur diri. Hamba pinta doa pada Yang Esa, tetapkanlah iman di hati mereka, kukuhkan kepercayaan kepada Rabb, Tuhan sekalian alam. Teguhkanlah di bumi ini syiar Islam-Mu, agar kami tidak menyesal di Akhirat kekal abadi kelak.

Salam kasih penuh hormat pada nenda Nyemah Mulya.

1515-Faisal Tehrani

Ahad, 23 Mei 2010

GEMS KCH04: Ada Masa Jumpa Lagi

12 Mei 2010, hari akhir gems kch04. Entri sebelum ini aku masukkan unsur2 humor tapi untuk kali ini aku cuba gambarkan rasa dan perasaan aku sepanjang 2.5 bulan. Mungkin ada unsur lucu, sedih, gembira, takut, dan berbunga-bunga, wheeehehehe.

Di depan mata exec training inilah mereka semua meningkatkan kebolehupayaan kerja (employability) mereka. Terima kasih uncle ibm (bak kata participants) kerana menyingkap hijab mataku untuk melihat mereka dari perspektif sumber manusia, HR, walaupun kadang2 aku selalu melihat mereka dari kaca mata seorang lelaki bujang. :-) Minggu2 pertama memang memenatkan, menyusahkan, dan memeningkan bagi aku. Segala-galanya baru, dari cara kerja, bos, suasana dan persekitaran. Ikhlasnya, awal2 program pernah aku kena
so-called-marah dengan bos. Tapi jiwa kena tabah, kalau tak mana boleh jadi exec di sykt yang gah macam Irshad ni. Participants memang cemerlang, rasanya tak susah bekerja dengan diorang. Ambik contoh masa Opening, sikit je bg instruction, diorang dh boleh buat yang terbaik. Naik juga nama aku kat HQ sana (apa boleh buat, lembu punya susu, sapi dapat nama) hehehe..

Mula program dengan sesi mindsetting selama seminggu.
The best trainer we ever had, I can say. Masa ni juga la aku cuba2 beranikan diri bercakap depan graduan lepasan universiti. Sesi pertama kelolaan aku, treasure hunt, memang hancur dan barai. hehehe.. Tak apa, tu pengalaman pertama buat program untuk bekas pelajar univ, banyak yang aku belajar dari trainer selepas tu.
Minggu depannya bermulalah sesi yang bosan, terpaksalah diorang berminggu2 duduk di dalam kelas. tapi ok la skit, mula dengan kelas English. Sume trainers dapat penilaian atas dari 9/10. Nak juga belajar dari diorang ni mcm mana nk jadi mcm tu. Kelas English 2 minggu, diselangi dengan kelas soft skill ditengah2nya. Idea uncle ibm suruh HQ letak dua subjek tu di awal2 memang mantap, subjek2 tu memang membantu participants. Masa macam ni la, QA Manager datang lawat kami di Kuching. Sedikit sebanyak dia ajar aku mcm mana nk buat evaluation masa masuk kelas, dan apa yang perlu dibuat lepas evaluate tu. (Sebenarnya bukan participants sahaja yang belajar, aku pun sebenarnya belajar sambil bekerja masa kat gems ni).
Projek pertama kch04 ialah English Fair dan inilah pertama kali kami
apply format baru English Fair. Dan dengan bangganya walau pun sebagai perintis, hasil kerja kch04 boleh di anggap terbaik pernah dibuat. Hei.. banyak sangat la bakat korang ni... ;-)
English Fair berakhir dengan penuh kenangan. Dari saringan sampailah peringkat akhir, diorang
perform the best. Mengenangkan banyak yang mereka 'laburkan' untuk English Fair ni, terutama sales presentation, rasa terharu pun ada. Tak apalah, setiap apa kebaikan yang kita buat, akan dibalas dengan perkara yang lebih baik.
Hidup di sini penuh dengan pelbagai rencah. Bak kata sesedap lada hitam sarawak, macam tu jugalah suasana di sini. Jika hari pertama semua lebih suka diam, sekarang diam adalah suasana yang sukar di'buat'. Semua nak bising. Dari kaca mata HR, kita dapat lihat bagaimana pembentukan kumpulan itu berlaku. Dan saat paling membimbangkan adalah, apabila diorang terpaksa berhadapan dengan proses penyesuaian, yang biasanya melibatkan penyelesaian konflik. Hai, tunggu sahajalah masanya.
...dan Modul English berakhir. Masuk lah fasa modul2 soft skill yang lain. Masa ni aku mula terbiasa dengan kerja2 rutin seorang exec training. Kiranya dah mula pandai la. Ala, kerja rutin je, tak mencabar minda sangat. Buat fotostet banyak2 sampai ofis bau macam terbakar. susun2 modul tengah malam, macam esok sudah tiada.
Print evaluation & attendance sampai abis dakwat printer. Nasib baik la masa tu ada 2 site assisstant, boleh la 'taichi' kerja2 tu kat diorang. Apa yang exec admin buat aku tak amik pusing, asyik ngadap laptop je.. Database tak abis2 kadang2 tergelak baca fesbuk. Oi, kau ni buat keja ke tidak? Kesian jugak tengok dia kadang2, orang HQ tak abis2 komen pasal keja dia, walaupun die buat betul. Bab ni aku sokong dia, teknologi ePMO yang tak bagus menyebabkan keja2 die sume jadi tak tentu hala di mata HQ.
Bangun dengan terkejut setiap pagi, mandi ala2 P Ramlee, buka ofis dengan muka bgn tdr, termanggu dpn laptop tgk participants amik LCD dah jadi rutin aku hari2. Tanpa belas kasihan participants, aku buat sume ni dengan tabah.
No suffer in silence. 7.40 wajib aku dh buka ofis, kalau tidak ber'piket' la diorang kat dpn pintu tu. Sesekali terlewat jugak, apa lagi, tersengih2 lah buka pintu ofis dpn participants. 8.00 pagi wajib gi kelas buat headcount. Tapi selalunya lewat jugak 2,3 minit (nak wat camno..lotih jugok eden kadang2).. Aku ditugaskan untuk kelas 2 dan 8, alang2 tu buka pintu comp lab skali. Sengaja aku menunjuk yang aku kira, kasi gerun skit kat participants. Pastu trus turun bwh makan sarapan. Muka ketat je pramusaji2 hotel tgk aku turun, nak marah tak blh, terpaksa la layan kitorang. Kadang2 sampai kul 9 kat situ. Di situlah berlangsungnya sesi mengumpat, luahan perasaan , brainstorming, & juga planning untuk sepanjang hari.
Sesudah kenyang perut dan penuh dengan informasi mengumpat, kami masuk ofis. Aku pula macam biasa, pergi kelas ke kelas, sambil kelek kamera dan buku, tulis apa yang patut pasal
trainer, participants, and the whole training process. Tetiba terkenang sorang site assistant yang dah resign. Kalau dia ada dulu, dah lama aku sub kan keja amik gambar ni kat dia. Tahan sebulan je dia keja kat sini. Alasan, tanya dia sendiri lah. Memang seronok masuk dari kelas ke kelas ini. Dimulakan dengan memerhati cara mengajar, respon dari participants dan apa2 cadangan yang perlu untuk dibawa kepada bos. Dah puas semua itu, aku beralih kepada pandangan seorang jejaka bujang pulak. Memerhati apa yang patut. hehee.. yang ni tak nak cerita lebey2 la. Seterusnya sampailah habis semua 8 kelas dalam masa 2 hari. Kerja kat ofis aku buat masa dah dekat dgn lunch atau masa dah abis kelas sesi petang. waktu lunch aku volunteer masuk setengah jam awal, memang sure la ada participants datang dengan pelbagai urusan. Layankan aje.
Malam pulak participants ni banyak aktiviti yang terpaksa dibuat. (rajin semua ye..) Bermula dengan aktiviti spiritual, atau lebih tepat surau. Memanglah, kurang sambutan. Tak pernah participants yang muslim turun semua sekali. Pernah uncle ibm kata masa mula2 dulu, "waktu awal2 ni ramaila, nanti dah nak abis makin kurang". Aku cuba nak nafikan dengan perbuatan, tapi akhirnya terpaksa mengaku jugak, memang makin nak abis makin kurang. Aku cuma berharap, akan tiba masanya hati2 mereka tersedar dengan tiupan iman. Kejayaan dunia hanya sekelumit, akhirat yang pasti abadi. Kejar lah akhirat, pasti dunia kita tak akan ketinggalan juga. terhutang budi sebenarnya dengan
spiritual upliftment committee, walaupun kurang berjaya, tetapi sedaya upaya diorang menghidupkan aktiviti2 macam ini. Hanya Allah sahaja membalasnya. Abis sahaja isyak, macam2 la yang participants ni buat. Selain rutin kompeni masing2 spt meeting, discussion, grouping, finishing the assignments given dan macam2 lagi la, terisi juga malam2 di rooftop tu dengan pertandingan yang pelbagai, gift exchange, intelligent brain dan apa2 lagi yang aku tak ingat nak tulis. :-) Setiap kali ada pertandingan setiap kali itulah aku dengan segala hormatnya dipanggil menjadi juri. ehem.. rupanya nak jadi sekretariat ni kena pandai jadi juri jugak ye..
Minggu ke-8 ada MegaTrend. Apa tu? tanyalah kat participants GEMS ni... Macam Megakonferens la. Panggil segala alim cerdik pandai, bagi diorang cakap sebarang sejam dua, pastu jamu diorang makan. Yang penting program jalan, isi tu dapat atau tidak belakang kira. Firasat aku mengatakan diorang ni banyak dapat ilmu masa anjurkan program, bukannya pada pengisian dalam program itu. Firasat berdasarkan pengalaman. hehe.. Rupanya baru aku perasan, masa program tu aku duduk ber'santap' sekali dengan Menteri Muda Sarawak. Pergh... berbaloi nak cerita benda tu dalam blog ni. Tapi aku tak tahan dengan dia cakap, jenis orang tak kenal fullstop. Apa2hal baik aku belah awal2.. Tinggalah VIP yang lain
suffer in silence menunggu beliau habis ber'madah'. Program ini mantap, pujian demi pujian dari HQ masuk ke inbox emel aku. Tahniah kerana menjadikan program ini cemerlang.
Dapat berehat sehari dua je, pastu ada plak
Teambuilding. Apa lagi, nama Pak Wahab la yang naik kan...? Lelaki gagah kelahiran Muar, Johor memang diminati oleh Gemmies. Kata2nya ibarat sabda yang selalu meniti dari bibir ke bibir. Dia kan askar, memag gitulah caranya. Antara participants pasti ada yang join Palapes kan? memang macam tu lah cara askar mengajar askar kan? Kita yang educated and talented ni kena bersedia menerima apa juga jenis orang atasan. Kalau tak boleh, baik masuk longkang aje lah. hehehe...
Next...
Ada pulak
Career Day yang tertutup untuk gemmies sahaja sehari selepas abis teambuilding. Alhamdulillah, program lancar dan ada juga participants yang dapat respon positif dari majikan yang menemuduga. Hehe.. ada awek cun dari JobMalaysia, tapi tak sempat berkenalan. Kalau dia terbaca blog ni, sila tinggalkan no tepon ye.. Apa yang aku perhatikan semasa Careed Day ni? Susah payahnya nak dapatkan satu2 pekerjaan tu. Ada participants yang aku lihat mencuba nasib dari satu meja ke satu meja. Tabah betul mereka. Ingatlah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Dah memang tujuan masuk GEMS ni pun untuk mencari kerja, itulah yang mereka lakukan sekarang. Teringat masa aku di zaman pengangguran, hari2 bangun terus fikir pasal kerja. Akhirnya Alhamdulillah, aku ke Irshad juga. Dan temuduga dengan Irshad tu la temuduga kerja akun yang pertama. Pertama dan terus diterima bekerja. :-) Kawan2 kch04 yang belum dapat kerja lagi tu, rezeki itu ada, cuma tak tahu bila nak tiba.
(huhhh... Penat dah menulis ni)
Corporate Responsibility - program yang menemukan participants dengan orang luar di sekitar. Waktu persiapan, aku ada juga ambil kesempatan buntuk duduk bersama2 komiti. Sekadar melihat diorang wat kerja dan amik feel kesibukan diorang. Field work dah berjalan beberapa minggu sebelum, dan kemuncaknya pada 1 Mei 2010. Masa ini aku amik peluang berbual dengan lebih rapat dengan peserta2 GEMS. Sambil buat kebajikan sambil jual minyak. hehehe.. Kampung tu rata2 orang Melayu, beragama Islam. Banyak yang perlu diberi suntikan baru di sana. Kesedaran Islam masih rendah (boleh kira berapa yang benar2 concern tentang halal haram), pendidikan yang masih diangkap tak penting (selamba je budak2 tak nak pegi sekolah), kebersihan (sistem longkang), dan gejala sosial remaja (yang terpendam di hati mereka).
Akhir sekali
dinner. Seronok, bergambar sana sini. Pakai baju lawa2, aku pun terpengaruh sampai nak keluar gi cari baju baru. :-) Walaupun namanya dinner, tapi bukan makanan yang menjadi perkara penting. Kenang-kenangan yang ingin disemat. Bergambar, berbual, ucapan2 di layar, persembahan, dan yang lain2 semuanya di buat atas dasar ingin dijadikan kenangan. Dan di mana kenangan itu sekarang? Sendiri jawab sudah.. hehe..
Meniti hari2 akhir ada lagi perkara yang harus dibuat. Ada workshop kerjaya pulak. Mood sume orang dah ada kat kampung. Ada yang dah melayang ke Sabah, Selangor, Johor, dan orang Sarawak pun dah takde hati kat hotel tu lagi, walaupun rumah tak lah berapa jauh. Agak2 berapa persen ilmu yang masuk masa workshop tu?
Dan malam sebelum penutup, sengaja aku letak program kerohanian. Anggap sebagai bekalanlah. Walaupun kita tak saling mengenali sebelum ini, tapi atas dasar orang yang bertanggungjawab menjaga program ini, rasanya inilah buah tangan terakhir sebelum masing2 pulang ke tempat asal. Sayu mengenangkan jika tiada sesuatu yang bermanfaat yang boleh aku hadiahkan untuk semua.
Dan kini hari terakhir, hari yang ditunggu2. Malam sebelumnya, selepas program kerohanian tu abis, aku berbanting tulang dgn sekretariat yang lain menyiapkan 'ijazah' participants. Sampai tertidur sambil buat kerja pun ada. Siap kena marah lagi tu. Nak tahu cerita tanyalah sekretariat yang lain, sebab diorang yang marah aku. hehe.. Ada ucapan yang aku bagi sebelum majlis bermula, dan rasanya ucapan itu tak menyeluruh. Tak apalah, hari itu bukan hari terakhir aku boleh berucapkan? Dalam blog ni lagi panjang aku boleh berucap. ;-)
Perpisahan memang memilukan. Ada air mata bercucuran aku lihat. Ada wajah sedih aku terpandang. 2.5 bulan sebelum ini, kalau berselisih pun tak tentu bertegur. Tapi selepas bersama, berpisah pun tidak mahu. Itulah namanya semangat kekitaan yang ada. Sama2 susah, sama2 senang. Ada juga yang tak rasa apa2. Itu normal, sebenarnya untuk apa kita bersedih kan? Lagi banyak sebab untuk kita bergembira daripada kita bersedih. Pahit manis bersama2, banyak kisah untuk dikongsi, rasa suka, cinta, marah, gaduh, gembira, kelakar, dendam, terharu, terhutang budi, dan pelbagai lagi tersemat di sebalik nama GEMS KCH04.
Dan pada masa entri ini ditulis, masing2 dengan nasib masing2. Ada yang sudah bekerja, ada yang seronok dengan tempat praktikal, ada yang tidak, ada yang masih menunggu mendapat tempat, dan aku di sini hanya memerhati. Memerhati dan berdoa untuk kejayaan kalian. Sekian.

Sabtu, 24 April 2010

PRK Hulu Selangor

Mereka yang di sana
Yang aku kenali
Berbuih mulut memancing undi
Mencari kemenangan

Aku yang di sini
Yang tidak mereka kenali
Mendoakan
Kemenangan parti
Yang dengan konsistennya
Memperjuangkan Islam

Kerana
Islam itu Rahmatan Lil 'Alamin
(Rahmat Seluruh Alam)

Khamis, 22 April 2010

Memaksa untuk Merindu (Bukan kepada Sesiapa).

Terpaksa,
Ku memaksa diriku merindumu,

Ketika,
Kasihmu tidak terasa,
Bayangmu tiada kelihatan,
Tawamu sunyi di telinga,
Wajahmu sirna di mataku,

Ketika,
Ada kasih mula mengalir,
Bayang sentiasa menjelma,
Tawa memecah sunyi diri,
Wajah sentiasa di mata,

Ketika,
Hati sentiasa menyebut namanya,
Mengganti dirimu,

Dan ketika itu juga,
Jauh di sudut hati,
Masih memegang janji setia,

Dan ketika itu juga,
Ku memaksa,
Diriku untuk merindumu.

Ahad, 18 April 2010

Jus Oren

(Ini cerita lama. Dah lama terjadi, cuma sesekali teringat.)


1993
Aku, keluarga, makcik dan pakcik saudara serta anak-anaknya makan di kedai di Pontian. Keluar makan bersama-sama apabila sesekali balik ke kampung. Aku order makanan apa pun dah tak ingat, tapi sepupu aku order jus oren malam itu. Apabila semua makanan yang sampai, aku perasan jus oren sepupu aku ada sedikit special. Ada letak potongan oren di gelasnya. Tiba-tiba sahaja rasa nak minum jus oren, tapi apa boleh buat, aku dah order air lain. Pasrah sahaja.

2003
Aku, Emak dan ayah makan di Rantau Panjang (kalau tak Rantau Panjang, kami makan di Pengkalan Kubur. Lupa lah). Aku order jus oren sambil emak dan ayah aku order minuman yang biasanya orang seusia mereka minum. ;-) Apabila sampai sahaja minuman, ia terus mengingatkan aku kepada peristiwa sepuluh tahun lepas. Jus oren aku ada potongan oren. Ya Allah, sepuluh tahun aku tunggu nak minum jus oren yang ada potongan oren, hari ini, masa aku tak berharap apa-apa, hajat aku terkabul.

Monolog
Sebenarnya sejak peristiwa makan dengan saudara, acap kali juga aku order jus oren dengan harapan dapat potongan oren di gelas, tapi semuanya hampa. Jadi, apabila lepas 10 tahun, baru aku dapat minum jus oren macam itu, betul-betul membuatkan aku teringat kebesaran Allah. Kita mungkin lupa, tapi Allah tak pernah lupa apa yang kita hajatkan.

Renungan
Benda sekecil potongan oren, aku harus bersabar selama 10 tahun untuk hajatku dimakbulkan, apakan pula sebuah kebahagiaan, yang mana lebih besar dari potongan oren, berapa lama harus ku tunggu, akan tetap aku tunggu.
JANJI ALLAH ITU SENTIASA BENAR.


sekarang (2010)
Tetiba rasa nak minum jus oren la pulak!!!

Khamis, 1 April 2010

Semua Orang

Kepada semua pembaca, pengikut (followers), penjengah, peng-komen, dan sesiapa sahaja yang pernah melihat blog ini:

Berbanyak terima kasih saya ucapkan. Pada masa entri ini ditulis, lebih kurang 610 kali
profile saya dilihat orang. Ntah la, mungkin separuhnya dilihat oleh saya sendiri. ;-)

Pada mula-mula blog ini dibuat, saya tak berhasrat untuk ia menjadi tatapan sesiapa. Prinsip saya mungkin berbeza, blog ini adalah platform bagi saya untuk menulis apa sahaja yang terlintas di hati. Tidak berkehandak untuk menjemput orang lain membacanya, tetapi saya sangat menghargai sesiapa sahaja yang membacanya. Saya memang tidak berhasrat untuk mengetahui siapa pembaca blog ini, bagi saya biarlah ia menjadi sesuatu yang tidak saya ketahui. Kebebasan hati saya menulis di sini mungkin direnggut sekiranya tahu siapa pembacanya. Dan entri-entri seterusnya, sama ada untuk menarik perhatian pembaca atau untuk menjaga hati mereka, menjadikannya ia tidak tulen dan tulus dari hati.
Atas sebab itulah tiada 'aksesori' yang saya letak di blog ini. Biarlah ketidaktahuan itu memberi ruang kebebasan untuk saya meluahkan segalanya. Ya, ini bukan blog dakwah, walau ada entrinya menyeru ke arah itu. Ia juga bukan diari, walau ada satu atau dua entri yang sebegitu. Di sini juga bukan platform politik, bukan juga pentas berbahasa sastera walau ada entrinya seperti itu. Di sini adalah
fikiranku, ruang tanpa batasan. Apa yang lahir dari hati saya, saya terjemah dalam kata-kata dan huruf, dan saya pindahkan ke ruang maya ini. Segalanya itu, mungkin ada yang benar dan tidaknya. Terima kasih atas segala ulasan memuji dan juga yang mengajar kalian. Segala pujian hanya kepada Allah dan saya ambil yang baik sebagai pelajaran.
Entri kali ini memang khas saya tujukan kepada pembaca sekalian. Tidak seperti entri-entri sebelum ini, ada yang seperti saya ingin tujukan kepada ramai, tetapi sebenarnya saya tujukan kepada seorang sahaja. Mungkin dia pernah membaca blog ini, mungkin juga tidak. Begitulah sebaliknya, ada entri yang seperti saya ingin tujukan kepada seseorang, tetapi sebenarnya maksud yang ingin disampaikan adalah kepada semua. Ada entri khas untuk diri sendiri sahaja.
Blog ini tidak terkenal dan biarlah ia tidak terkenal. Jika terkenal sekali pun, biarlah saya tidak tahu betapa terkenalnya blog ini. jika ada keperluan untuk saya mengendalikan blog yang mahu diluaspengaruhkan, saya akan buat yang lain.
Sekian, harapan saya agar entri kali ini benar-benar mencapai tujuannya, iaitu menghargai setiap pembaca dan sesiapa sahaja yang pernah singgah di blog ini.

Wassalam.

Rabu, 31 Mac 2010

Seorang

I
Ada masa, dalam selautan orang ramai kita rasa keseorangan,
ada masa, dalam keseorangan, kita rasa kemeriahan ramai orang,
sekarang,
di mana kita?

Di mana kita berada, Allah sentiasa bersama,
cuma kita yang kadang-kadang tidak 'bersama' Allah.



II
Aku dalam keseorangan di malam sepi,
tiada siapa bersama,
tiada perasaan ku rasa,
tiada suara yang hingar,
hanya benda di sekeliling,
tetap pegun,
tanpa perasaan,
menjadi saksi,
ke'seorang'an aku,
yang terlupa kebersamaan dengan Allah,

Allah Maha Besar,
Berilah keampunan,
kerana,
hambamu terlalu lemah,

Sabtu, 27 Mac 2010

Rendah Diri

Sebenarnya kita banyak kekurangan, cuma kebanggaan dan kesombongan menutupi rasa rendah diri. Sesekali apabila rasa itu muncul, segala kebanggaan itu terhina di bawah telapak kaki. Jika kita tidak mampu memunculkan rasa rendah diri, kita sendiri sebenarnya sudah terhina di bawah telapak kaki.


-maaf dan terimalah (jika masih sudi) atas segala kekurangan diri ini-

Isnin, 15 Mac 2010

Kuching GEMS 04 (www.mygemsportal.com.my)

Jarang-jarang blog ini aku jadikan macam diari. tapi kali ni biarlah. layan blues skit.

Sejak hari pertama kerja di Kuching, ni la malam pertama yang free. kesian tengok blog ni, sebab tu la aku post entri ni. dh dekat 2 minggu kat sini, water front je yg dh pegi. hari-hari lain kat tmpat keja ni la. penat, bengang, femes, glamor, sakit hati, ngantuk, mamai, sume dh campur jadi satu. masa jadi peserta dulu, sumenya tak tahu, maklum la br kuar universiti, (walaupun rasanya kat univ tu dh byk blaja, rupanya byk lagi yg aku tak tau) skang dh jadi urusetia, sume benda budak refer kat aku. apa lagi, berlagak macho dan serba tahu la. Walaupun sekadar executive je, soalan yg budak tanya tu macam la aku ni trainer diorang. jangan gabra, muka kena macho, jwpn kena padu, kalau tak tahu, jgn buat memandai, cakap kat peserta, nanti sy bincang dengan site manager. pergh!! cool rasanya. padahal dalam kepala ni dh serabut tahap gaban, kalau tali tu, memang dh tak boleh lerai la, pakai potong je.

untuk site kuching ni, memang unik sikit. asal plannya, peserta mmg kitorang anggap dtg dr area sarawak je. tp disebabkan femes sgt program ni, orang sabah pun nak dtg. jadi, registration yang patutnya satu hari, dah jadi seminggu. setiap hari, pagi hingga malam, ada je orang dtg nk daftar, terpaksa lah aku n sorang lg exec terkontang kanting settlekan benda ni. takkan nk harap site manager plak yg buat, manalah die mahir nk buat sume. tgk 'big picture' dia tau la. mmg dh macam gitu kerja berkumpulan kan. aku tak lah nk salahkan budak2 tu, yg salahnya bhgn recruitment la, nk cerita byk2 kat sini pun tak guna, bukan die tau pun aku ada blog (apa2 hal pun, tu tanggapan aku masa aku tengah serabut la, bukan semestinya diorang salah).

penginapan pun satu hal, nama je hotel, tp menyerabutkan kepala aku. serabut sampai muka aku nmpk ketat. nasib baik la exec sorang lg tu buat lawak suruh maintain muka rileks walau kepala serabut (padahal aku pun penah nmpk muka ketat die masa serabut). tak tau la mana cacatnya, hotel ni yg patutnya jadi eksklusif (tak pun separa eksklusif) untuk budak2 ni, barai terus. esok kami mintak jadikan kelas, mlm tu boleh lg die bantai buat dinner utk budak2 unimas. nampak la jugak, 2 3 budak perempuan unimas nk gedik2 dengan aku, tp aku jual mahal. kepala tengah serabut, lagi kau mahu gedik2 depan aku. makanan tak payah cerita la, hotel 3 bintang, makanan macam 3 tahi bintang. makan tengah hari tadi aku senang2 je boleh jmpa bulu ayam dalam ayam masak kurma.

peserta macam2 plak. bangsa dh tentu lebih dari satu, melayu, iban, bidayuh, cina, dusun, singh pun ada. india je aku tak jmpa lagi. muslim boleh kata separuh la. mmg real 1Malaysia la sarawak ni. yang datang trus cakap sarawak dengan aku pun ada. kamik sik paham la... tapi bagus gak, muka aku ada ala2 rakyat sarawak kot. ada muka mcm cina, aku pakai tembak je tanya, awak ni org cina kan. rupa2nya orang iban dia kata (kalau tak salah la, aku tak berapa ingat sangat) ada jugak yang aku jmpa speaking KL lancar giler, macam bukan orang sarawak. aku pun nk lancar ckp sarawak la, biar orang KL ingat aku ni dr srwk.

yang tadi pasal bangsa, bagus la, colours of Malaysia. untung betul aku datang sini, klu tidak, susah gak nk ngaku rakyat Malaysia. ni nk cerita pasal perangai plak. dulu masa jadi peserta tak berapa perasan sangat, bila jadi urusetia ni baru la tau perangai budak ni macam2. yg terlebih skema pun ada, mcm poyo je aku tengok, yang badan kat sini hati kat tempat lain pun ada, lebih kurang macam aku dulu la, yg terejal pun ada, tapi terejal style universiti la. tak susah sgt nk handle. diorang ada panggil aku encik, pergh, rasa terangkat siut. panggil abang pun ada, yang ni aku kena hati2 sikit, karang tak pasal2 aku cair, perasan sorang2. yang panggil sir aku tak boleh belah sikit la, biasanya sir ni aku panggil lecturer kat uia dulu, bila diorang panggil sir kat aku, terasa macam darjat dh diangkat 40 tingkat rasanya.

walaupun sini sarawak, kitorang kena speaking London, site manager punya arahan. makanya, berbelit la lidah den ni, nk tergeliat gamaknya. aku pakai goreng je bila cakap dengan budak2 tu, tp segan gak dengan budak yg english mcm mat salleh cakap, tapi kena control macho beb. walaupun goreng tak sedap, muka kena maintain as an executive. br la ada ciri2 nk dinaikkan pangkat (aku main cakap je ni).

team member pun macam2 ragam. yg pure dr Irshad (company yg handle prog ni) cuma aku dan sorang exec lg tu je. site manager aku tak tau sgt statusnya, ntah macam mana aggrement yg die sign aku tak tau dan tak nak amik pusing, walaupun begitu, die ada baju korporat, aku plak yg takde (jeles pun ada gak, bila la HR ni nk tempah baju utk aku). ada 2 site assisstant, satu lepasan diploma limkokwing, sorang lg br amik result SPM. korang tnya sendiri la apa result die dapat. aku nmpk sgt la perbezaan ketara bila sorang tu dh masuk univ. yg SPM ni, masih tak tau apa erti 'kerja' tu sebenarnya. mungkin die belum masuk fasa hidup yg kena cari duit sendiri. betapa kerja itu berkait rapat dengan cari rezeki. agaknya yg die tau, keja tu keja, tak tau la kenapa orang berebut2 nk keja, bersungguh2 nk pertahankan kerja, berpenat lelah buat kerja betul2. yg bdk diploma tu, tak byk nk cerita, biasa2 je, tp walaupun diploma, tp klu suruh wat grafik, aku mcm blh challenge die sikit2 (cam berlagak la plak). tp die mmg ada bgtau, kualiti limkokwing skang dh jatuh, admin diorang lebih pentingkan duit. lupa nk bgtau, die amik bhgn animation, jd ada alasan la nk kata tak berapa pandai grafik ni. yg sorang exec ni, dh 3 kali jadi urusetia utk program ni. segala benda dh ada dlm kepala, kira dh khatam la. die la sumber rujukan sahih aku setakat ni. membebel ala2 makcik, obses gila dengan air teh O, panas sejuk sume dia bantai tp keja tak berkira, yg aku punya part pun kadang2 die buat (eh, tiba2 rasa macam aku yg byk buat keja die plak).

TAPI, keja dakwah kena jalan. boleh kata 50% je Islam, macam mana nak buat tu? Setiap kesusahan itu sebenarnya peluang. Maknanya aku kena tengok ada 50% ruang untuk aku kenalkan Islam kepada mereka.

tu la serba sedikit entri yg sebagai diari. ni la isi diari yg paling panjang aku pernah buat. time sek rendah dan sek menengah dulu ada gak cita2 nk buat diari, tp bila pegang pen je, sume idea hilang, cam siut..