Selasa, 18 Januari 2011

DOA

Pada hari ini dan masa ini, ada seorang hamba Allah sedang berjuang melawan kesakitan yang ditakdirkan kepadanya. Dia tidak meminta dan tidak pula berharap, ujian ini datang menyinggahi laman hidupnya sebagai kiriman Allah untuk menguji keimanannya. Mungkin juga untuk mengetuk pintu hatinya supaya lebih menilai hidup sebagai seorang Muslim. Dan sebagai seorang Muslim jugalah saya menitip perkhabaran ini kepada sesiapa sahaja yang tanpa sengaja atau dengan sengaja melewati blog ini. Rasanya usahlah kita bicara tentang siapa hamba Allah ini, kerana mungkin saja kalian tidak pernah bertemu dengannya dan mungkin juga si hamba Allah ini sendiri tidak ingin dirinya diperkenalkan di sini. Yang boleh saya katakan hamba Allah ini sedang berjuang menekuni ujian ini di hospital dan insyaallah akan dibedah pada bila-bila masa pada hari ini. Hamba Allah ini adalah seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang sudah dewasa. Hidup secara sederhana di persekitaran desa dan bekerja sendiri. Pembedahan yang akan dilalui adalah di bahagian kepala akibat pendarahan. Harap dan pinta saya, semoga kita semua mendoakan agar si hamba Allah ini diberikan kesihatan sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Kita doakan juga agar hidupnya selepas pembedahan ini (insyaallah kita doakan dia akan selamat dalam pembedahan ini), akan lebih disinari warna-warna ceria keimanan. Semoga hamba Allah ini memperoleh kesenangan dan kebahagiaan hidup berkeluarga di samping sentiasa mendekati Sang Pencipta.
Akhir kalam, saya mengatur kata-kata penuh takzim dan rendah diri, memohon sebaik budi dan ihsan tuan-tuan sekalian, semoga kita mendoakan kesihatan dan keimanan yang terpelihara untuk hamba Allah ini dan keluarganya.

Sekian saya mohon jasa sekalian. Terima kasih.

Jumaat, 14 Januari 2011

Budak Kecik



Jangan tanya apa-apa, aku tak pernah pun jumpa budak ini. Tiada apa-apa pun istimewanya dia ini, sama macam budak-budak kecil yang lain. Tapi bezanya dengan kita sangat jauh. Kita dah bertahun lama buat dosa, sedar atau tidak tetapi budak ini suci dari dosa. Putih bersih dan jaminan syurga jika masih belum baligh lagi. Budak sekecil ini siapa lagi yang patut mengajarnya kalau bukan kita.Renung wajah dia, betapa kasihannya dia kalau kita abaikan hak-hak dia. Berikan dia bekalan apa yang perlu dia bawa apabila dewasa nanti. Sanggup kita lihat lahir seorang lagi gadis yang rosak akhlak, lupa pada tuhan, dan dimurkai Allah.
Kalau aku terjumpa anak kecil ini, ingin saja ku menjadi zombi, ku kopak kepala otaknya, lihat apa yang sudah terisi, jika kurang ilmu al-qurannya, ku ajar dari alif ba ta sampai ke tarannum, jika kurang ilmu agamanya, akan ku didik akhlak, fekah, dan tauhid. jika kurang pekerti, akan ku titip adat dan budaya timur yang indah. Kerana dia adalah amanah kita, generasi terdahulu sebelumnya.
Muka kudus anak kecil itu, meruntun jiwa kita, menyuruh kita menilai dunia yang penuh kebaikan yang kita tinggalkan. Kita menjadi penipu, penyamun, perompak dan penjahat apabila semakin dewasa, sedangkan pada anak kecil ini, tiada terdetik pun perkara itu.
Pandanglah pada mana-mana anak kecil, dan ambillah pengajaran. Kembalilah kita kepada fitrah.

Anak kecil ini amanah kita.

(tulisan tanpa edit, betulkan mana maklumat yang salah ye)

Isnin, 10 Januari 2011

Baca Bebarapa Blog

Semalam, selain bahan bacaan lain, aku seharian suntuk membelek dua blog ini:

Entri ini memang menusuk terus ke dalam kalbu,
baca ini

Blog macam ini pun ada jugak kat dunia ini,
baca ini

Selasa, 4 Januari 2011

doa org takde duit

ada usrah malam ini, kat putrajaya. itulah intipati sms kawan aku semalam (tige januari). Alamak jauhnya, tgk kat google tadi ada lah dlm 40-50 km nk kena redah. dah la minyak tak berapa ada tu, kena isi lagi, tol plak konfirm banyak. hmm.. duit pun xde la banyak pun. rasa macam malas je nak pegi. hehe.. tapi bila fikir balik, kalau keluar duit untuk kerja2 agama macam ini tak payah la berkira, kalau tak kat dunia, tuhan bayar kat akhirat. takkan la kita hidup melata kerana berbelanja untuk perkara agama. tiba2, trutt trutt,

"Askm mlm ni usrah di rumah akhi Kamil. putrajaya. Kalau anta dapat hadir boleh pergi sekali. Ana plan bertolak 8.45"
sms dr naqib usrah.
Dalam sekelip mata je rasanya masalah selesai. Itulah balasannya kalau kita berbelanja di jalan Allah. dalam kes ini baru je berniat nak belanja. tapi Allah dan mudahkan. Allah mengarahkan hambanya untuk menolong hambanya yang lain dalam kesusahan.
p/s: Ini kisah benar, sebab itu jalan ceritanya tak berapa gempak. lainlah kalau cerit2 keinsafan rekaan di tv, jalan cerita mesti gempak, kena ada scene menangis barulah boleh dipanggil keinsafan. biasalah trend zaman sekarang.

token cinta

menukar duit yang ada kepada token2 cinta di arcade adalah kerja biasa seorang yang menjadi dewasa. remaja yang telah kenal cinta pun biasa berbuat seperti itu. aku juga sama, mengikut arus trend semasa menukar duit kepada token cinta. masuk ke dalam arcade dan mencuba permainan2 cinta. aku menukar duit yang tidak lah terlalu banyak, kerana relatifnya ada orang yang tukar sehingga dua uncang, ada yang hanya tukar kepada 2, 3 keping token saja. aku biasa2 je. aku pergi ke permainan pertama, harap2nya dapatlah jackpot. tak berjaya. normallah, dalam seribu ada berapa je yang dapat jackpot percubaan pertama. tapi orang sebelah aku ni sekali je dah dapat jackpot, nasib baik die tukar skit je duit. dan dia balik dengan senang hati. aku pergi ke permainan lain lagi, dari satu ke satu permainan lain. tak dapat2 jackpot lg. tension pun ada jugak ni.
aku pun pergi ke permainan lain. tekad aku inilah terakhir. token aku masukkan. alamak terjatuh, aku kutip dan masukkan ke tempatnya. main game. cemerlang. dan cemerlang. dan makin lama makin susah. cis, game macam ini pun ada jugak ye. makin lama makin susah dan akhirnya makin menyampah aku. arrghh... aku sepak game tu selepas kalah. orang kiri kanan pandang sekejap je, dan terus bermain. maklumlah, tempat tu kan bising, mana ada orang nak amik pot perhatikan kau. dan aku lihat aku satu lagi token pada aku. ku renung kosng. tanpa rela dan dengan rela aku menepuk bahu orang sebelah, "bang, amik lah token ni, saya dah nak balik rumah".
(ini perenggan akhir, maknanya cerita ini dah nak habis). Aku melangkah keluar. sampai rumah. baring. terlelap. dan aku set mimpiku supaya pergi ke arcade dan bermain game sehingga menang jackpot. kalau bangun sekali lagi, aku akan tidur dan bermimpi yang sama lagi.

due ribu seblas

BAHASA: Tajuk di atas 'valid' sebutannya pada tahun2 ke depan ini. Itu lambang trend perubahan dan dinamika bahasa melayu yang sentiasa berkembang. jangan sekat ia atas alasan semata2 merosakkan bahasa. Bahasa harus dibiarkan sebegitu kerana keanjalan yang sebegitu akan mengindahkan, mewarnakan, menyerikan seterusnya memperkasa bahasa melayu. jika kita tegar untuk menyuruh orang bercakap pada laras yang baku dan standard sahaja, lama kelamaan minat terhadap bahasa keramat ini akan pudar, dan mereka akan memilih bahasa lain yang lebih anjal sebagai bahasa pilihan. Contoh terdekat adalah Inggeris.

MUAMALAT: atau bahasa biasanya pergaulan antara manusia. Fokus di sini antara perempuan dan lelaki yang boleh berkahwin. Definisi pergaulan bebas kini sudah bertukar, meski pun hukumnya tetap sama. dulu boleh dikatakan tiada keperluan langsung untuk lelaki bertemu perempuan atas urusan apa pun, terutama keja. Sekarang pertembungan itu sudah tidak dapat dielak. Dekad lepas di alaf ketiga ini menyaksikan perubahan ketara yang tidak tergambar pun oleh nenek moyang kita yang hidup di zaman sebelum merdeka. jika kita masih lagi mengikut definisi mereka, kita sudah ketinggalan zaman. kesannya, golongan muda tidak akan selama2nya bersetuju dengan kaum tua. akhirnya, kaum tua akan ketinggalan kerana dunia ini akhirnya milik kaum muda. jadi, pendekatan baru harus diolah, pemikiran segar harus dicerna, berbetulan dengan hikam (kata-kata hikmah) saidina umar, didiklah anak2mu dengan cara mereka.

PERUBAHAN: dari segala genap golongan dan pemikiran, kita harus menerima perubahan. tiada satu pun yang kekal (kecuali Allah) melainkan perubahan. semua mesti menerima perubahan. Quran dan Sunnah sebagai tiang paksi segala hukum, memang tiada perubahan dan jangan kita ubah. Pendekatan dan penerimaan itu yang seharusnya berubah. menyuruh anak gadis menutup aurat tanpa memberi opsyen untuk mereka berhias dan bercantik2 adalah sesuatu yang salah. mereka bukan hidup di zaman semua perempuan tempatnya di dapur. kini ketua muslimat pas pun ada fesbuk. jika diletak gambar yang sugul dan kelam manakan nampak elegan dan gahnya Islam di mata bukan Islam. hukumnya tetap sama, tetapi pendekatannya mesti segar dan mendepani zaman. itu hakikat yang harus kau terima, kaum tua.

AKU: bagi menyimpul tahun 2010, aku bariskan satu kata2, tahun 2010 adalah tahun jatuh cinta dan menjatuhkan cinta. Menyoroti satu demi satu peristiwa, banyak kenangan yang membuahkan cinta kita. Betapa kejayaan dan memori manis yang kita telah cipta itu membuahkan cinta. dan di satu lagi keadaan, ada 'cinta2' yang sedang mekar dicantas, itulah maknanya menjatuhkan cinta.

KESIMPULAN: 2011 menyediakan sekali lagi peluang bagi yang gagal dan membuka lebih luas ruang untuk yang berjaya.