Isnin, 28 Februari 2011

Kata-kata

Semalam, balik dari kenduri kahwin, dalam kereta, aku ambil keputusan untuk tidak banyak bercakap. Berjalan, Melihat dan Mantafsir bak kata lagu nasyid kumpulan apa tah yang aku tak ingat. Akhirnya dapat aku simpulkan apa yang aku renungkan kepada beberapa patah kata:

1. Berkatalah daripada kesimpulan-kesimpulan buah fikiran. Ianya lebih tepat, padat dan bererti.
-Jangan membazirkan terlalu banyak kata-kata untuk bercakap tentang sesuatu perkara. Lagi banyak bercakap lagi banyak pemohongan yang mungkin kita lakukan. Seelok-eloknya banyakkan lah diam, dan berkata bila ada keperluan. Itu lebih enampakkan yang kita bijak.

2. Hidup ini terlalu panjang bagi mereka yang meninggalkan solat, dan hidup ini pula terlalu singkat bagi mereka yang menjaga solat. Jadi logiklah mereka yang menjaga solat lebih beringat tentang saat matinya nanti.
-Bagi orang yang tidak pernah meninggalkan solat, sentiasa takut jika terlepas waktu solatnya, dia akan merasakan sepanjang harinya mesti sentiasa bersedia. Sesudah habis satu solat wajib, maka mereka akan berjaga-jaga sehingga masuk waktu selepasnya. Dan apabila masuk waktu solat itu, mereka akan berjaga-jaga dengan waktu sehinggalah mereka menunaikan solat pada waktu itu. Kitaran berjaga-jaga dan sentiasa peka terhadap waktu ini akan terus berlaku dan akan memotivasikan mereka bahawa hidup in kena sentiasa bersedia. Jika waktu solat dibahagi sama rata, maknanya setiap lebih kurang 4 atau 5 jam sekali mereka harus menunaikan kewajipan solat. Atau contoh lagi tepat adalah ketika musafir dan kita dibenarkan men-jamak-kan solat. Maknanya setiap 8 jam sekali kita harus bersedia. Mungkinkah orang yang tidak solat langsung akan sesensitif ini?

Sekian dari saya. Harap dapat perbetulkan apa yang silap dari fikiran ini. Terima kasih.

Selasa, 22 Februari 2011

Kerja siang malam

Kerja siang malam, tunggang langgang, berkejar ke sana sini, kalut tak tentu hala sudah jadi trend kerja zaman kini di Malaysia. Paling kurang pun ianya terjadi di KL, bandar di KUALA yang penuh LUMPUR. Senang nak cerita, kita bahagikan kerja kepada dua bahagian: kerja membuat kebajikan kepada orang seperti doktor, polis, bomba dan seertinya, kedua kerja yang menjana duit seperti orang bisnes, dan businessman, dan yang sama erti. (Bahagian kedua ini rasanya satu saja contoh pekerjaannya)
Aku tak kisah sangat kalau orang bahagian satu, bekerja untuk kebajikan orang lain, diorang nak komited melampau-lampau terhadap kerja. memang kerja itu murni sebab menolong orang. Ini kita anggap semua orang adalah ikhlas ye. Yang kedua aku kurang setuju sedikit. Bersusah payah, banting tulang pagi ke malam, tinggal surau, jiran, masyarakat dan tanggungjawab lain. Ada yang bangga dengan apa yang dia buat, nampak komited dan bersemangat terhadap kerja. Akhirnya bila cuti abiskan masa dengan tidur kat rumah. Sampai bila nak macam tu? Sampai tak larat nak kerja? Fikirlah, dunia ini terhampar bukan untuk kita kejar duit semata-mata. Ataupun bukan untuk kerja semata-mata. Banyak lagi untuk kita buat di luar sana.

(Tetiba segala idea nak tulis hilang)

Akhir sekali, sebelum pulang kerja fikirlah, untuk apa aku kerja ini kalau kerja yang aku buat itu sekadar berlegar di sekeliling aku, tiada manfaat kepada ramai melainkan kepada perut dan hati sendiri..

p/s: jom pulang dari kerja, dan lakukan sesuatu untuk yang lain, terutama umat Islam.

Selasa, 15 Februari 2011

mobile blogging

Jika berjaya publish, inilah entri pertama danmasaberlalu ditulis di handphone.. Seputar bermain di fikiran sekarang adalah tentang kisah Generasi Z.. saya tak ingat apa definisi tahun bagi gen-z ni tapi saya percaya mereka sekarang tengah melalui zaman persekolahan, sama ada menengah atau rendah, dan juga tadika. Mereka adalah generasi yang lahir dengan segala kemajuan IT sudah tersedia. Malah berita kelahiran mungkin sekali sudah tersebar meluas di blog, facebook dan juga twitter. Mereka generasi yang tidak canggung dengan IT. Tak seperti gen-y, yang menyaksikan kemajuan pesat IT semasa tempoh pembesaran mereka, gen-z pula lahir dengan kemajuan IT adalah menjadi benda biasa penduduk dunia. Akibatnya, secara langsung pemikiran mereka sebenarnya adalah berpaksi dan berasaskan kemajuan IT.
Tak larat nak tulis panjang-panjang di handphone yang keypadnya masih lagi 'old-school' punya stail. Sambung lain kali je la ye.

Selasa, 1 Februari 2011

Tentang Malam Itu

Ini kisah seorang perempuan. kisah hidup seorang perempuan. kisah nasib seorang perempuan. Kisah malang seorang perempuan. Hidup nasib malang.Selepas perkenalan itu, perkenalan yang bukan rancangan perempuan itu, rogol menjadi jamuan hari-harinya. Dipukul disiksa rutin wajib tanpa cuti. Siksa tanpa belas, adalah siksaan perempuan itu. Diperlaku semahunya, sepuas-puasnya. Malar. Terus. Tanpa henti.

Sehinggalah pada satu hari, mungkin sudah jemu memperlaku sebegitu, si perempuan diajak mencintainya. Cinta seikhlas-ikhlasnya. Cinta tulus lagi mulus. Cinta yang mesti diberi sepenuh jiwa. INI ARAHAN SUCI, katanya. DATANG DARI PERHITUNGAN ORANG SUCI, katanya lagi.

Sekali lagi perempuan itu dipaksa. Semestinya selepas cinta diberi, perkara lama akan berulang, cuma kali ini ianya HALAL, atas tiket sebuah ikatan sah cinta.

Perempuan itu tiada hati, kerana perempuan itu adalah hati. Perlambangan hati si dia.