Jumaat, 29 April 2011

Buletin Utama

Punyalah tak boleh blah, tengah-tengah aku makan malam kat kedai sambil tengok (baca:terpaksa tengok) Buletin Utama semalam, boleh pula TV3 siarkan berita pasal video seks boroi. Buat tak lalu makan saja. Esok-esok ingat nak jugak aku buat sumpah melaknat TV3 sebab buat aku tak lalu makan.

malam 27-Apr-2011

Pada siangnya, perasaan untuk bawa kereta meluap-luap.Entah kenapa. Mungkin sekali sebab tayar kereta itu sudah lebih seminggu tidak bergolek. kalau ya pun, cuma pergi tempat yang dekat sahaja. Maka aku putuskan untuk solat isyak nanti aku mesti bawa kereta ke masjid. Aku cuba mengarahkan keinginanku ke arah yang bermanfaat dan ada unsur-unsur keberkatan di situ. Insyaallah.
Maka berkeretalah aku ke masjid malam itu. Sampai ketika imam sudah rakaat ketiga, masbuk lah jawabnya aku ini. Selesai sahaja solat, dan berwirid sedikit, imam ajak makmum untuk bersolat hajat, katanya ada hajat dari seseorang yang meminta kita doakan. Ketika takbir diangkat, aku masih lagi menhabiskan rakaat-rakaat solat Isyak. Sudah sahaja aku memberi salam, imam dan makmum-makmumnya berada pada rakaat kedua, lantas berkatalah hati aku, "Malaslah nak join, balik teruslah". Macam ini punya malas pun ada juga rupanya. Aku pun keluar masjid menuju ke kereta yang tengah dimanjakan itu.
Tiba-tiba di luar masjid ada seorang budak lelaki tengah menangis. Aku tanya kenapa, dia jawab hendak balik rumah tapi tiada orang hendak hantar. Ah, pendekkan sahaja cerita, budak lelaki itu, dan abang dia sebenarnya -abang dia lambat sedikit muncul di dalam cerita ini kerana semasa aku jumpa budak itu, entah ke mana entah abang budak itu pergi-baru habis tuisyen di masjid. Mak budak itu yang hantar ke situ, dan biasanya ada ustaz yang hantar 'pentuisyen-pentuisyen' di masjid ke rumah. Disebabkan sedikit yang datang, maka ustaz itu tak perasan atau pun malas nak hantar budak itu balik -malas macam ini pun ada juga ya- Maka menangislah budak itu tidak dapat balik rumah.
Sebagai penduduk yang bertanggungjawab, aku hantar jugalah budak dan abang dia itu ke rumahnya. maka selesailah masalah budak yang menangis itu. lagipun rumah budak itu tidak jauh mana pun, dekat sahaja.


Pengajaran:
1. Tension jugak bila budak tu kata tak tahu rumah kat mana, dan tak tau macam mana jalan nak ke rumah, tapi bila fikir balik, aku sebenarnya pun macam itu juga, terlupa sebab dah lama tinggalkan zaman kanak2.

2. Dalam perjalanan aku tanya soalan-soalan pasal keluarga diorang, tapi pasal ada kakak atau tidak aku tak tanya ye. Diorang ada kata ayah diorang tinggal di rumah lain. maka secara literalnya aku faham ayah dan mak diorang tidak tinggal sebumbung. Aku konklusikan, mungkin ada masalah keluarga, tapi alhamdulillah budak2 tu tak nampak macam diabaikan mak bapak.

3. Yang ni paling penting. aku nak katakan semuanya sudah dalam perancangan Allah dan Dia berkuasa ke atas kita untuk 'mengarahkan' kita buat apa yang Dia suruh. Aku sebenarnya menjadi askar Allah untuk menghantar budak-budak yang tidak berdosa, tambahan lagi baru balik tuisyen di masjid, ke rumah mereka. Tak pernah ada dalam jadual aku untuk ke masjid solat isyak naik kereta. biasanya ke surau yang dekat naik motor je. kita boleh bayangkan bagaimana Allah di 'atas' mengatur perjalanan hamba-hambanya dan mendatangkan pertolongan dari sudut yang tidak terjangka. kes budak ini kecil sahaja bagi kita, tapi besar bagi diorang. kalau tidak takkan lah budak tu sampai menangis-nangis. benarlah bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.

4. Adanya blog ini, bolehlah boleh aku hikayatkan di pentas maya ini. semoga ada manfaatnya.

Rabu, 27 April 2011

kimia

"Apabila dicampurkan dua (sekurang-kurangnya) bahan kimia, maka akan berlakulah suatu tindak balas yang dipanggil tindak balas kimia. Ianya akan menghaslikan sebatian, berbeza dengan campuran, yang hanya bercampur dua unsur tetapi tiada tindak balas berlaku."


"Untuk membolehkan tindak balas ini berlaku, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah suhu bagi kedua-dua bahan kimia itu. Apabila telah mencapai takat suhu tertentu, maka atom-atom (bagi yang adiunsur) atau molekul (bagi yang mempunyai banyak unsur) yang membentuk bahan kimia itu akan mempunya cukup tenaga untuk bergetar. Apabila dua bahan berlainan unsur (ambil sahaja contoh 2 larutan kimia) dicampurkan di dalam balang dan dengan kepanasan yang tertentu maka aatom-atom atau molekul-molekul ini akan bergetar dan bergerak secara rawak menggunakan hukum Brown akan berlaga sesama sendiri dan menghasilkan tindak balas kimia."


"Keadaan seterusnya adalah kelajuan semasa berlaku pertembungan itu juga memainkan peranan. jika lemah, kemungkinan dua atom/molekul itu tidak dapat bertindak balas, lalu yang terjadi hanyalah pertembungan sementara dan kemudiannya terpelantun masing-masing ke tempat lain."


"Keadaan yang lain pula adalah sudut pertembungan itu. Ini boleh lebih difahami sekiranya kita melakar 'anatomi tubuh' atom/molekul itu. Sekiranya sudut pertembungan itu 'memuaskan', maka dengan suhu yang sesuai, dan kelajuan yang cukup, maka sesebuah tindak balas kimia boleh berlaku. Boleh kita andaikan bahawa perlagaan dua atom/molekul itu berjaya membentuk satu molekul yang baru, seterusnya bahan kimia yang baru."


"Berdasarkan kepada jenis unsur atom itu, atau jenis-jenis unsur molekul itu, proses 'percantuman' dua atom/molekul akan membentuk beberapa jenis ikatan, ikatan kovalen dan ikatan ionik. Ikatan kovalen adalah berbentuk perkongsian elektron, manakala iatan ionik berbentuk perpindahan elektron ke unsur satu lagi. berasaskan ini, sifat-sifat sebation itu dapat ditentukan. Ada yang mudah larut air, ada yang berkeadaan rapun, ada yang bersifat konduktor elektrik dan pelbagai lagi"

Cikgu kimia itu menutup kata-katanya, "tapi ini bukan tentang Unsur dan Ikatan Kimia, tapi ini adalah tentang Jiwa dan Ikatan antara Keduanya"


Murid itu menambah, "tanpa dimasukkan unsur perasaan di dalam atom itu"






Dua unsur atau dua jiwa?



Luar kelas: cerita ini ditulis dengan sisa-sisa pengetahuan kimia sekolah dan berbantukan rujukan google.

Jumaat, 22 April 2011

New Look

(ver 1.0)

Blog ini berwajah baru lagi. Tukar sebab bosan, bukan sebab yang baru ini lawa. Yang ruginya tak sempat nak capture layout blog yang lama.


(ver 2.0) -versi ini ada sebab lepas publish baru ada idea nak tulis apa-

Blog ini berwajah baru lagi. Tukar sebab bosan, bukan sebab yang baru ini lawa. Yang ruginya tak sempat nak capture layout blog yang lama.


Eh, rugi ke! Apa nak ruginya, barang dunia ini kan datang dan pergi. yang kekal di akhirat sana. tak dapat masuk syurga baru rugi amat.. setakat tak dapat capture layout blog lama tu benda biasa je. Nak buat kenangan, memori? lama-lama memori itu kan menyesakkan kita. Tak pecaya? cuba penuhkan memori harddisk tu, lama-lama kita juga rasa susah kalau bila na masukkan benda baru tapi tak cukup space. Kan?


p/s: blog ini nampak 'jambu' la. hehe.. biarlah la, hidup ini jangan selalu rock, kadang-kadang kena bunga-bunga juga. bak kata hamka "Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan." So, cukuplah itu sebagai justification aku kan? ;-)

hilang akal

Akak ofis depan meja aku, merangkap bos aku, bercerita tentang tweet yang baru dia terima, eeiii ada pelayan hotel rogol warga emas. gila apa. sahut budak ofis plak, eeii dah hilang akal.



aku kata dalam hati, korang cuba bukan laman web blue 18sx, ada kategori granny kat situ.



moral: ada pro dan kontra. fikirlah sendiri ya.

Khamis, 21 April 2011

apa genre nya?

Sehingga ke saat ini, apakah genre sebenarnya penulisan yang aku minat ini pun aku tak tahu namanya. aku suka membaca tulisan budak-budak indie (ini sebagai contoh: sufian abas), bukan kerana mereka budak, apatah lagi kerana mereka indie tetapi mereka berkarya dengan genre yang aku minat. Suka sampai tersenyum lebar dan terkagum-kagum (betulkah perkataan ini) aku dengan tulisan mereka. tetapi jika ada si pak tua yang menulis dalam genre yang aku minat pun aku akan baca sebenarnya. Ia tiada kaitan dengan beza usia.
Cari punya cari, aku terjumpa ini, kemudian aku mencari siapa pak tua ini sehingga aku jumpa ini. Dengan penuh rasa inginkan jawapan aku membaca sehingga aku terbaca tentang ini di profile-nya. Adakah SURREALISM itu sebenarnya genre tulisan yang aku minati?
Dahulu pernah juga aku membaca himpunan cerpen yang ditulis di kulitnya, "Cerpen-cerpen Eksperimental". Jadi semenjak itu aku bermazhab bahawa genre yang aku minati adalah tulisan-tulisan EKSPERIMENTAL. Dan sekarang aku keliru, apa sebenarnya surrealism, apa sebenarnya eksperimental, apa beza keduanya, apa persamaan, dan yang paling penting, apa jawapan kepada soalan aku, "Apa Nama Genre Tulisan yang Aku Minat Ini Sebenarnya?"

tambahan: Aku sebenarnya suka menghasilkan tulisan menggunakan perlambangan sehingga memaksa orang berfikir tentan maksudnya. Kekadang aku sengaja sembunyikannya sehingga susah dicari, tapi yang penting, ia straight forward sebenarnya tulisan aku ini.

tenggelam

biarkan aku hari ini tenggelam. melayan diri, melayan hati, dan juga karya budak2 indie. biarkan fikiran ini hanyut dibawa arus tulisan mereka. setelah puas aku menatap dunia, hari-hari mendengar ayat korporat, bicara korporat. korporat dan aku ibarat jodoh yang terlalu jauh. mahu saja aku lari, tapi aku masih tidak boleh lari. aku sendiri mengikat kaki di batang korporat, bagaimana aku mahu lari? (kenapa aku masih tidak boleh menerima korporat dalam hidup, sedangkan aku mengais rezeki di lamannya adalah satu soalan sukar dicari jawapan).
Aku juga sudah penat dalam tawar menawar cinta. Cinta itu definisi mereka adalah rumah indah dan kereta sebiji di laman dengan anak-anak bermain gembira, si suami dan isteri duduk penuh mesra, sambil tidak melupakan tuhan. sedang bagi aku cinta itu satu fitrah. berumahkah aku, berkeretakah aku, itu tidak penting. rukun cinta itu bahagia dan adalah satu mitos (harap betulkan sekiranya aku sudah tersasar) mengatakan bahagia itu dibawa oleh pasangan terbaikmu. Tiada pasangan terbaikmu, maka tiadalah bahagia. itu mandatori. sedang bagi aku bahagia itu adalah hasilan yang dicipta oleh kedua-dua pasangan, yang dua hati mereka saling berpaut dengan tali Allah dan mengharapkan keredhaan Allah dalam berkeluarga.
Jadi aku sungguh terganggu dengan mitos itu, kontradik dengan kepercayaan aku bahawa bahagia itu bukan di bawa oleh seseorang yang terbaik, tetapi dicipta oleh sepasang kekasih yang telah halal bersama yang mengharap keredhaan Allah di dalam hidup berkeluarga. aku percaya, kita mesti mencari yang terbaik. Itu nasihat Nabi.
Dua kali aku ulang tanda aku ingin laungkan sekuat-kuatnya, sehingga keluar dari skrin komputer ini gema-gema suaranya sehingga menusuk ke telinga dan bergetar hebat di gegendangnya, bukan sahaja kepada kamu, malah dia, dia, dan juga mereka.
Aku juga terganggu dengan berita lendir-lendir pemimpin bersama pelacur. kenapa kau hidangkan cerita itu di sana sini. sehingga aku terbau busuk pekat dan rasa lekit-lekit lendir. jika kau mahu hidangkan berita itu, kau hidangkan juga pelacur, aku mudah kami memahami berita dengan secara praktikal. dosa kita kongsi 50/50.
Sekian repekan ini. di kala ini aku tengah tenggelam, jangan ganggu.

Mimpi

Jika aku mimpikan kau malam tadi, adakah itu adalah manifestasi bahawasanya aku perlukan kau, atau kau perlukan aku, atau kita saling memerlukan?

Rabu, 13 April 2011

makan

Hari ini kita cerita makan. berikut adalah makanan yang dah lama tak makan dan menjadi favourite:

-kerabu nangka

-gulai tempoyak Perak

-midin goreng belacan (kena pegi Sarawak)

-nasi + cicah budu + ikan goreng



argghh... bila nak balik kampung makan semua ini. :-)

Selasa, 12 April 2011

hidup untuk...

Ya Allah,
aku sedar hidup ini untuk Mu,
hidup ini untuk berbakti dan beribadat kepada Mu,
hidup ini hanya untuk Mu,

Namun,
selalu sahaja hidup ini terganggu,
antara kehendak dan keperluan,
seringkali dan bersilih ganti mengutama di dalam diari hidup kami,
ku pohon padaMu

Ya Allah,
permudahkan segala urusan asas ku,
tutupkan seleraku untuk memenuhi kehendak nafsu,
bukakanlah segala pintu dan ruang,
agar mudah kami menjadi 'pekerja' Mu,

Ya Allah,
kami telah terlalu jauh dari mengingatiMu,
wahai pembalik hati,
Kau tetapkanlah hati kami kepada agama Mu,

Ya Allah,
kau permudahkanlah urusan dunia kami,
agar kami punya lebih ruang dan masa,
berjuang di jalan Mu,
berjuang memperjuangkan agama Mu,

Ya Allah,
aku benar-benar berharap,
segala urusan dunia ini menjadi terlalu kecil bagiku,
agar aku sedar aku punya tanggungjawab yang masih banyak untuk dipikul,

Ya Allah,
aku terlalu memperbesarkan urusan dunia,
sedang ruang untuk berjuang di jalanMu masih tidak kuterokai,

Ya Allah,
dengarlah rayuan hambaMu ini,
hamba yang semangatnya tersepit,
di celah urusan dunia,
dan ruang yang sempit untuk berjuang di jalan Mu,

Ya Allah,
perkenankanlah doa hambaMu,
Amin...