Jumaat, 22 Julai 2011

Bayu Ramadan

Ya Allah, Ramadan Mu telah hampir tiba. Bayunya semakin menghampiri jiwa-jiwa kami.
Ya Allah, jangan Kau lindungi hati-hati kami dari menikmati bayu Ramadan Mu ini.
Ya Allah, aku berharap dengan sebenar pengharapan. Makbulkanlah.

Ahad, 3 Julai 2011

Hidup & Kerja

Secara semulajadinya adalah kita wujud dan kemudian kita hidup. Lalu untuk melangsungkan dan melestarikan hidup maka kita perlu bekerja. Pendek kata, untuk kita meneruskan hidup, kita kenalah bekerja. bekerja itu ertinya mengambil upah dan daripada hasil upah itu bolehlah kita menampung keperluan sehari-hari hidup kita. Maka bolehlah kita melihat orang yang membayar harga makanan dan tempat tinggal daripada hasil upah untuk keselesaan dan keperluan hidup

Tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. kita hidup untuk kerja. Secara jelasnya, seolah-olah asal kejadian kita adalah bekerja, kita wujud dan kemudian kita kerja. Lalu untuk melangsungkan dan melestarikan kerja maka kita perlu hidup. Terbalik terus daripada kenyataan di atas tadi. Contohnya, saya datangkan satu analogi. Seeorang itu membelanjakan hasil upahnya untuk membeli dan membayar sesuatu untuk keselesaan hidupnya seperti makanan, tempat tinggal dan perkhidmatan kesihatan. poin pentingnya adalah semua itu dibayar untuk keselesaan hidup. Tetapi kini orang yang sama juga perlu membelanjakan hasil upahnya untuk membeli dan membayar sesuatu untuk membolehkan mereka terus bekerja. Contoh paling keji adalah seseorang itu terpaksa membeli kereta, membayar tol, minyak dan parking semata-mata untuk membolehkan dia kerja dengan senang. Hoi!!! Kenapa sampai macam itu sekali?

Itu yang saya cuba ketengahkan di sini. betapa sistem ekonomi hari ini telah menerbalikkan kesepatutan yang patut berlaku di dalam hidup kita. Maka timbullah perasaan saya untuk menentang sistem ekonomi faham Kapitalisma yang kita tengah dokong dan berada di dalamnya sekarang. Bukan untuk memuja faham Sosialisma, tetapi sekadar ingin mengetuk rakan, taulan, saudara dan orang-orang di sekeliling tentang realiti dunia ini.

Soalan untuk anda: berapa ringgitkah dari upah kerja anda itu untuk hidup? dan berapa ringgit lagikah untuk kerja? FIKIR!!! Jangan jadi malas.


p/s: 1 Julai adalah tarikh ulang tahun aku melangkah ke alam pekerjaan.