Isnin, 15 Ogos 2011

Berbuka Puasa ke-15

Tiada Apa-apa


Tiada apa-apa sangat untuk dikongsi atau difikir bersama hari ini. Penant sikit hari ini, kerja bertimbun di ofis.

Di masji di bulan Ramadan memang selalu dipenuhi bukan sahaja orang dewasa tetapi juga budak-budak. Ada yang berlari, bermain, datang nak makan, dan bergaduh-gaduh anak pun ada. Biarkan sahajalah, bila dah makin matang sedikit kita tegurlah perlahan-lahan. Apa yang penting, kenalkan hatinya dengan masjid.

Kadang-kadang aku curi-curi dengar juga 'perbincangan' kanak-kanak ini, dan aku selalu terfikir siapa sebenarnya yang ajar mereka guna kata ganti nama 'kita' dan 'awak'. Sungguh comel aku rasa. Sudah pasti bila besar mereka perlahan-lahan akan bertukar kepada 'aku' dan 'kau' tetapi 'kita' dan 'awak' tetap comel bagi aku bila lihat mereka petah bercakap sesama mereka.
ok, 'kita' berhenti di sini dulu ye. Esok kita cite kat 'awak' lagi.


p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berkeypad qwerty.

Ahad, 14 Ogos 2011

Berbuka Puasa ke-14

[Hari ini banyak pula Perkasa berkata-kata. Kali ini mereka ingin mengambil alih peranan Pas sebagai pembela Islam (Islam defender) Tidak perlu mengambil alih rasanya, buat sahajalah tugasan itu, orang-orang dalam Pas cuma melaksanakan suruhan Allah, dan Allah sendiri akan memelihara Islam itu. Lagipun tiada sesiapa pun melantik Pas untuk tugas itu, kerana itu adalah tugas umat Islam sarwajagat. Selamat berjaya Ibrahim Ali dan ahli-ahlinya yang perkasa]



Pandangan Orang

Semalam aku di masjid Tabligh dan malam ini di masjid kariah sendiri. Memang banyak bezanya. Sepanjang perjalanan balik aku sering bertanya sendiri, apa agaknya pandangan orang Islam kebanyakan tentang Tabligh. Melihat mereka menghabiskan masa di masjid, keluar untuk berusaha ke atas iman dan amal, cara berpakaian dan kehidupan seharian mereka, apakah yang tersimpul di hati orang kebanyakan. Sedangkan orang yang rajin ke masjid dan membaca Al-quran pun kadang-kadang dipandang lain kerana mereke dilihat menjauhi hidup realiti dunia (sebenarnya orang awam itu sendiri keliru dengan realiti dunia), apatah lagi dengan orang Tabligh.

Sehingga bertemu lagi.

p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berketypad qwerty.

berbuka Puasa ke-13

Unity in Diversity

Aku tak pernah tersangka akan berbuka di markaz pusat Tabligh hari ini. Di mana tempat ini? Sila google sendiri. Ada beberapa benda yang aku baru nampak hari ini. Pertama, orang mazhab Hanafi solat sunat Witir berasingan dari jemaah utama. Rupa-rupanya ada kelainan sedikit solat Witir mereka pada rakaat akhir. Susah mahu cerita macam mana kelainan itu, sekali lagi silalah google. Ringkasnya takbir selepas baca surah mereka tidak terus rukuk, diorang berdiri lagi. Kemudian takbir kali kedua baru rukuk.

Kedua, selain jemaah utama, ada beberapa jemaah kecil yang iman mereka lagi kental. Jemaah utama akan solat Terawih dengan bacaan Al-Quran satu juzuk lebih, tetapi ada juga jemaah yang membaca 3 juzuk dan ada yang membaca 5 juzuk semalam untuk solat Terawih. Pergh....mantap. Aku yang ikut jemaah utama pun dan sakit-sakit kaki.

Urusan harian mereka berjalan macam biasa, tazkirah 'usaha atas iman dan amal' tetap berjalan, selepas maghrib dan selepas Terawih. Kawan aku kata, jemaah masa bulan puasa jelas kurang kerana sebahagian mereka keluar 3-hari, 40-hari dan lain-lain.

Lupa hendak bagitahu, buka puasa mereka macam biasa, ada bubur lambuk dan ada makan dulang yang harganya RM8 kata kawan aku. Kami berbuka dengan bekal yang dia bawa sahaja.

Sekian dahulu untuk masa ini.

p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berkeypad qwerty.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Berbuka Puasa ke-12

Tolong-menolong

Hari ini aku pulang lewat dari ofis. Tak kira apa lagi, aku terus pecut ke masjid. Alhamdulillah sempat ampai sebelum buka. Sebelum ke dalam masjid aku sempat juga menumpangkan mat bangla yang menapak ke masjid. Alhamdulillah, ada juga perbuatan baik aku buat hari ini.

Sampai ke tempat makan, buur untuk berbuka puasa habis. Tak apa lah, aku kata dalam hati. Aku ambil air dan duduk di depan abang yang rumahnya satu blok debngan aku. Dia tengok aku bawa air saja, terus dia pelawa untuk ambil separuh bubur dia. Aku kata tak apalah, lagipun lepas ini nak makan nasi pula. Tapi yang membuatkan aku sedikit bangga dengan jemaah hari ini bila adik sebelah aku tawarkan bihun yang dia dapat ntah dari mana kepada aku. Bagus budak itu. Tiba-tiba pula, orang kuat masjid yang duduk dekat aku pun sibuk ambil bubur yang ada kat meja AJK dan bagi aku. Tak semena-mena makanan aku jadi banyak hari ini.

aku pilih berbuka dengan bubur, bihun aku biarkan dulu. Lepas habis makan bubur sempat juga aku gurau dengan adik yang bagi bihun ini, aku kata: adik nak amik balik tak bihun ni? Dia geleng kepala. Baguslah, kecil-kecil sudah ada rasa ingin menolong.

Khamis, 11 Ogos 2011

Berbuka Puasa ke-11Berbuka Puasa ke-11

Aku selalu merungut setiap kali beratur nak berbuka di masjid. Kalau orang lain dengar mesti dia akan kata: sudah-sudahlah berbuka kat masjid tu, baik beli je kat bazar, lagi kenyang kau makan. Tapi aku tetap jugak tak mahu beli di bazar, atau berbuka di kedai atau masak sendiri.

Aku pilih berbuka di masjid kerana selain senang untuk beribadat, aku suka melihat perangai manusia ketika lapar. :-) Banyak yang sudah aku perhatikan, tapi lagi banyak yang aku tak dapat perhatikan. Ya lah, sample size di masjid ni kecil saja, paling banyak pun 100++ je.

Aku tak berapa kisah sangat bila sampai giliran aku mahu ambil makanan, lauk sudah habis atau nasi sudah habis. Kalau semata-mata mahu kenyang, boleh saja aku keluar makan di kedai. Tapi inilah peluang yang aku ada untuk mendidik sifat sabar, peluang yang tidak harus aku sia-siakan.

Insyaallah setiap hari aku akan memerhati sifat manusia, dan sedapat-dapatnya aku akan tulis di blog ini untuk bersama-sama kita kongsi dan bahaskan.


p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berkeypad qwerty.

Kes 'Serbu' Gereja

Kita biarkan persoalan siapa salah dan siapa betul. yang salah mengaku sahajalah, dan yang betul jangan menghentam yang salah. Cuma satu yang mungkin kita boleh pelajari,

"Penganut agama lain bersungguh untuk membuktikan yang agama mereka benar dengan menyantuni penganut agama lain, sedangkan penganut agama Islam menggunakan kekerasan untuk mempertahankan agama mereka"

'Kekerasan" itu bukan merujuk kepada tindakan JAIS terhadap gereja di Damansara Utama 9Tidak berapa jauh dari rumah saya) tetapi terhadap tindakan kita selama ini.

Lihat sahajalah bagaimana kita 'menyantuni' (kalau masih boleh diguna perkataaan itu) masalah seperti adauan azan itu membisingkan, penggunaan kalimah Allah, pengucapan ayat Al-Quran dan hadis oleh yang bukan Islam dan pelbagai lagi. Cuba lihat, secara spontannya kita akan melenting, dan akan cuba untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk menghalangya. Kenapa begitu sekali tingkah kita? hilang sudahkah hikmah dalam setiap tindakan kita?

Kita pindah sedikit kepada isu zakat, isu anak yang timbul selepas penangkapan ini. (kita cuba jauhkan pemikiran kita daripada isu JAIS-Gereja D.Utama dalam membincangkan ini) Kita selalu melihat dan pernah tersaksi yang penganut Kristian membantu orang yang bermasalah, terutama tentang kewangan. bagi orang Islam yang bermasalah, kenapa bukan kita yang membantu? Tersergam indah di dada akhbar tentang banyaknya jumlah kutipan, tetapi ke mana kah disalurkannya? 8 asnaf yang layak diberi wang zakat, yang pasti sampai wangnya adalah AMIL, dan yang paling kurang sampai adalah 7 yang lain. Setuju?

Selain 7 asnaf itu mencari pusat zakat, apakata pusat zakat sendiri yang mencari mereka sehinnga ke lubang cacing sekali pun. Itu sekadar cadangan. Kalu belum buat, boleh lah buat. Kalau sudah buat, pertingkatkan lah lagi. Pergi cari di hospital-hospital, tepi-tepi lorong, ceruk-ceruk kawasan dan macam-macam lagi.

Ok, setakat ini dahulu. Selamat berbuka semua. Sambil bayar zakat fitrah di masjid nanti, ajaklah si Amil tu bersembang pasal ini.

Selasa, 2 Ogos 2011

There is enough in the world for everyone's need, but not enough for everyone's greed

Haha.. Bulan puasa ini sekali lagi aku berbuka berseorangan di masjid. Setiap kali Ramadan aku selalu berharap itulah Ramadan terakhir aku berbuka 'single'. Harap-harapnya amadan akan datang aku dapat berbuka dengan keluaga sendiri.
Hari ini agak tercabar jugalah kesabaran aku. Kes masih macam tahun lepas, makanan tidak cukup. Tapi kali ini aku buat kesimpulan ini: Apa yang ada sebenarnya cukup untuk semua jemaah, tetapi cuma bila ada yang tamak barulah semuanya tidak cukup. Kali ini aku duduk di sebelah budak (dan orang tua) yang ambil lauk banyak. Maksud aku lebih adalah sebab apa yang mereka ambil sebenarnya lebih daripada keperluan, sampaikan budak itu tak termakan pun apa yang dia ambil.
Bagi aku secara individu, aku halalkan saja, tetapi sebagai ahli sesebuah komuniti, aku ambil berat tentang ini. Ini baru kes buka puasa di masjid, bagaimana sifat ini yang selalu kita terbawa-bawa dalam hidup bermasyarakat akan merugikan kita? Sama-sama kita fikirkan di bulan Ramadan yang penuh keampunan ini.

p/s: entri ini ditulis dari handset berkeypad qwerty di masjid.

Rindu

Ya, rindu itu mainan orang yang berumah tangga. Rindu mereka direstu Tuan segala cinta, yang merahmati sepasangan itu. Merindulah pasanganmu sepanjang masa, kerana itu nikmat yang telah dihalalkan oleh kamu berdua.
Tetapi rindu itu tiada batas sempadan, tidak terlepas bagi manusia biasa merindu yang bukan/ belum lagi miliknya. Kerana rindu itu fitrah, sesiapa saja berhak berasa rindu. Bagi rindu kepada yang belum miliknya, kenapa harus ianya ditahan? Bukankah lebih mudah perkenankan saja daripada menzalimi rindu itu. Didiklah si perindu itu agar menghargai yang dirindunya, dan menjadikan rindu itu bukan sekadar kesukaan dunia.

p/s: entri ini ditulis dari handset berkeypad qwerty. :-)