Sabtu, 15 September 2012

Raikan Cinta

Hari ini aku berada di negeri yang pernah mengajar erti cinta. Dan esok aku akan meraikan cinta kawanku bersama pasangannya. Semoga mendapat barakah Allah dan kekal bahagia selama-lamanya.
Tapi perjalanan cinta aku belum lagi tiba ke destinasinya. Memang lewat dan terlewat jika untuk bermula semula. Pada sejauh ini perjalanan hidup, kahwin bukan lagi semata-mata untuk bersuka ria. Ia lebih kepada misi. Misi hidup dalam mencapai berkat Ilahi. Sungguh bertuah mereka yang sudah melangsungkan perkahwinan, separuh perjalanan hidup sudah sempurna. Tetapi lebih bertuah bagi mereka jika dapat menjadikan perkahwinan itu batu loncatan untuk mencapai misi hidup.
Semoga berbahagia mereka yang sudah berkahwin dan semoga dipermudahkan bagi mereka yang belum. Semoga kita sama-sama dapat mengejar misi hidup kita ini.

Jumaat, 7 September 2012

Panggilan Agung

Panggilan itu semakin dekat
Tapi maksiat ini masih melekat
Apapun niat sudah tersemat
Mencari rahmat membawa berkat

Selasa, 4 September 2012

Blog Jual Muffin


Ini blog dia
Meneroka alam tanpa dimensi
Di mana tiada lagi dinding
Tiada had masa dan ruang

Ini blog dia
Mencuba mencari ringgit
Mungkin dari berdikit
Dapat rezeki sebukit
Aku doakan...

http://rumahmuffins.blogspot.com/

Rindu Tulis

Aku telah lama tidak bersajak
Memintal bait-bait kata
Menjadi tali
Mengikat nafsu
Mengekang selera
Aku rindu tulis

Isnin, 13 Ogos 2012

Penghujung Ramadhan

Tanpa ada gangguan syaitan, iman kita selalu tewas bila Ramadhan ingin melabuh tirai. Rupa-rupanya diri sendiri lebih kuat melemahkan iman. mungkin terdidik dengan dakyah syaitain atau diri kita sendiri sememangnya jahat, tepuk dada carilah jawapan. Semoga detik-detik akhir Ramadhan ini masih lagi memberi ruang, peluang dan masa untuk kita melentur hati.

Selamat mengejar Lailatulqadar

Rabu, 1 Ogos 2012

Blogging Is So Yesterday

Yes, blogging is so yesterday. People nowadays prefer to express their thought or say something through Facebook and Twitter. Same goes to me. Hehe.. Maybe they think to write long in blog is too wasting time. And Facebook and Twitter are more reachable to their followers /  friends. But really deep in my heart, i miss to active in blogging. Hopefully one day I can actively write in my blog. Until we met again, my doa is with you. happy fasting everyone.

Selasa, 3 April 2012

Sekuntum Rindu Berkelopak 3

Kerinduan ku ada pada 2 perkara
Rindu pada seorang gadis, dan
Rindu pada sebuah kebahagiaan yang lama telah menyepi
Dan atas segalanya, aku rindu bertemu Pemilik Rindu

Semoga rinduku terubat dalam keadaan Dia menerimaku..

Rabu, 29 Februari 2012

Pelamin Itu Mimpiku

Aku bermimpi dan mimpi aku pelamin itu
Dalam jaga aku berdoa, dalam mimpi aku berharap
Niat ini bukan calang hajatnya
Bukan kanak-kanak menaruh janji
Bukan pasangan muda mabuk bercinta
Hajat ini terlalu putih
Dari tangan bersalut selut dosa
Mana mungkin mereka percaya
Kerana kulit menilaikan isi buku, kata mereka
Tapi hati ini cuba menjadi tabah
Kerana matlamat itu terlalu mahal untuk digadai dengan satu penyerahan
Selagi terdaya jiwa bertahan
Kucuba memecah tembok
Kesangsian mereka agar tempias niat putih itu
ke hati mereka
Agar sekurang-kurangnya mereka mampu memahami niat hati itu

Selasa, 24 Januari 2012

Jom Lepak kat Masjid!

Catchy kan tajuk tu.. tiba-tiba idea ini keluar masa aku lepas makan tengah hari tadi. Keluar makan lewat, pukul 4ptg baru siap makan. Rasa hendak solat di masjid, kalau balik rumah ini dah tentu-tentu aku malas nak keluar balik. Aku pun pusing-pusing la kat kawasan rumah ini. Tetiba dapat idea nak lepak je kat masjid.
Dari situ timbul idea ini: 'Masjid dalam Taman'. Aku rasa memang ramai orang yang ada kes macm aku tadi. Elok juga sebenarnya kalau ada masjid yang macam aku sebutkan ini. Di perkarangan dan kawasan masjid kita sediakan tempat untuk berekreasi, bersukan dan bersiar-siar. Semuany dalam kawasan jagaan masjid dan masjid pun kita buat 'open air', biar senang pengunjung nak masuk tunaikan solat.
Kalau ini terjadi, aku rasa mesti ramai hati yang akan terpaut dengan masjid. Masalahnya mungkin pada pengelola masjid, bersediakah mereka untuk masjid mereka 'dicemari' oleh pengunjung-pengunjung yang datang ke masjid. Ya lah, mestu ada orang yang pakai baju sukan, pakaian santai dan macam-macam lagi. Bolehkah kita mencabut adat kebiasaan kita berbaju melayu ke masjid? Dan juga bersediakah pihak pengelola masjid untuk menghadapi situasi-situasi 'mencemarkan' seperti ada orang bersantai di penjuru tempat solat, kanak-kanak berlari keliling tempat solat dan suasana bising di sekeliling? Anjakan minda diperlukan di sini.

Negeri-negeri Pakatan Rakyat, dare to take the challenge?


Ahad, 15 Januari 2012

Kuliah Maghrib 15/1/2012

Oleh Ust Fadlullah

Surah As-Saff 1-5
Ayat-ayat yang tertumpu bagi mereka yang di dalam medan dakwah.
Allah menjanjikan keteguhan iman bagi siapa yang menegakkan agama Allah.
Perkasa Allah - tiada siapa boleh menyekat kekuasaan Allah.
Bijaksana Allah - Allah bijaksana dalam menentukan hukum dan mengatur setiap sesuatu.
Allah menegur kenapa kamu cakap benda yang kamu tidak buat (Islam)?
Amat besar murka Allah bagi mereka yang tidak buat apa yang mereka kata.

Sabtu, 14 Januari 2012

Kuliah Maghrib 14/1/2012

Manusia tertipu dengan 2 perkara:
-umur yang muda
-badan yang sihat
sehingga manusia lalai dengan tanggungjawab.

Kepentingan Akidah

Mereka yang tidak tahu akidah seperti orang buta yang tidak 'kenal' tubuh badannya:
-Mereka tidak kenal siapa menjadikan mereka.
-Tidak tahu kenapa dijadikan
-Tidak tahu ke mana akan pergi lepas mati
2 perkara tidak boleh berpisah dengan akidah, Iman dan Amal.

Selasa, 10 Januari 2012

Kuliah Maghrib 10/1/2011

Kisah Nabi Musa selepas diselamatkan daripada Firaun

Bani Israel meminta panduan hidup daripada Nabi Musa
N.Musa mohon kepada Allah dan Allah kata pergi ke Bukit Thur selama 40 hari dan akan diberi Taurat.
Nabi Musa berjalan lebih cepat daripada kaumnya dan ditegur Allah.
Semasa ditinggalkan Musa (Nabi Harun bersama Bani Israel), kaumnya telah diuji dan disesatkan oleh Samiri.
Samiri telah menyesatkan Bani Israel dengan menyuruh mereka menyembah lembu.
Samiri telah mengambil emas yang ditanam oleh Israel (hasil rampasan dari Firaun) dan campur dengan tanah dari tanah tapak kaki kuda Jibril(Jibril mengetuai rombongan ketika itu) dan membentuk lembu.
Lembu itu hidup kemudian Samiri berkata: "Wahai Israel, N.Musa berjanji tidak tinggalkan kamu tetapi kini dah tinggalkan kamu. Maka sembahlah lembu ini."
Allah lalu murka dan kata perbuatan itu adalah zalim. Allah kemudian ampunkan mereka dengan mereka bertaubat.
N.Musa kata mereka harus bertaubat dengan membunuh diri.
N.Musa kata sesiapa yang menyembah mesti dibunuh oleh yang tidak menyembah.
Lalu hukuman berjalan.
Assignment: Apa terjadi kepada Samiri?

HADIS

Keistimewaan umat Muhammad dijadikan seluruh bumi ini tempat sujud.

Kisah Zunnun Al-Misri yang dituduh mencuri permata semasa dalam pelayaran. Lalu turun ke atas laut dan solat di atas air. Kemudian banyak ikan timbul dan membawa mutiara. Terbukti tidak bersalah kerana dia tidak memerlukan harta sampai mencuri sedangkan beliau boleh dapat dengan hanya berdoa.

Orang bakhil adalah yang apabila disebut nama Nabi Muhammad dia tidak berselawat kerana sombong untuk diselawat oleh Allah sebanyak 10 kali.

Isnin, 9 Januari 2012

Nota Usrah 9/1/2012

Dengki

Ibarat api yang membakar kayu kering (cepatnya memakan amalan).

Pendengki sebenarnya melakukan bangkangan terhadap kebijaksanaan Allah.

4 bencana pendengki sebelum terlaksana dengkinya:
1) risau yang tidak putus-putus,
2) tercela yang tidak baik
3) musibah yang tidak berpahala
4) murka Allah

Amalan berkurang berkadaran dengan dengkinya.

Tips bermujahadah dengan sifat dengki:
- ucap selamat kepada yang didengki dan ucap takziah ketika dia kesusahan
- puji kebaikan di belakangnya
- merapatkan silaturrahim
- membela ketika dia dianiaya
- berdoa untuk buang  sifat dengki

Sabtu, 7 Januari 2012

Kuliah Maghrib 7/1/2012

Oleh Ustaz Amir Shah

Berbuat baik kepada ibu bapa & menghubung silaturahim itu perintah Allah.

Melakukan kebaikan kepada ibu bapa setaraf dengan larangan menyekutukan Allah.

Tidak boleh meninggikan suara dalam keadaan apa pun, walaupun berkata "uh".

Tidak boleh menderhaka walaupun ibu bapa tidak menurut Islam.

Hak kedua ibu bapa terhadap anak: Mereka adalah syurga atau neraka bagi anak-anak. (mafhum hadis)

Berkata perkataan baik kepada ibu bapa.

Selepas solat jangan sesekali lupa berdoa kepada ibu bapa.

Hubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan ibu bapa selepas mereka menimggal.

Redha Allah ada pada redha ibu bapa dan kemurkaan Allah ada pada kemurkaan ibu bapa.

Amalan yang tidak memberi kesan:
1. Orang sekutu Allah
2. Menderhaka ibu bapa
3. Orang lari dari perang
(mafhum hadis)

Kuliah Subuh 7/1/2012

Petua dapat hati yang baik:
Bersyukur (bukan hanya mengucap Alhamdulillah),
Rancang utk buat baik,
Rancang utk tidak buat jahat.

Imam Ghazali suruh tanamkan dalam hati, rugi kalau tak solat sunat subuh.

Jumaat, 6 Januari 2012

Pertama

Ini entri pertama:

1) pertama di tahun 2012
2) pertama menggunakan telefon android

Sekian.