Rabu, 29 Februari 2012

Pelamin Itu Mimpiku

Aku bermimpi dan mimpi aku pelamin itu
Dalam jaga aku berdoa, dalam mimpi aku berharap
Niat ini bukan calang hajatnya
Bukan kanak-kanak menaruh janji
Bukan pasangan muda mabuk bercinta
Hajat ini terlalu putih
Dari tangan bersalut selut dosa
Mana mungkin mereka percaya
Kerana kulit menilaikan isi buku, kata mereka
Tapi hati ini cuba menjadi tabah
Kerana matlamat itu terlalu mahal untuk digadai dengan satu penyerahan
Selagi terdaya jiwa bertahan
Kucuba memecah tembok
Kesangsian mereka agar tempias niat putih itu
ke hati mereka
Agar sekurang-kurangnya mereka mampu memahami niat hati itu