Sabtu, 15 September 2012

Raikan Cinta

Hari ini aku berada di negeri yang pernah mengajar erti cinta. Dan esok aku akan meraikan cinta kawanku bersama pasangannya. Semoga mendapat barakah Allah dan kekal bahagia selama-lamanya.
Tapi perjalanan cinta aku belum lagi tiba ke destinasinya. Memang lewat dan terlewat jika untuk bermula semula. Pada sejauh ini perjalanan hidup, kahwin bukan lagi semata-mata untuk bersuka ria. Ia lebih kepada misi. Misi hidup dalam mencapai berkat Ilahi. Sungguh bertuah mereka yang sudah melangsungkan perkahwinan, separuh perjalanan hidup sudah sempurna. Tetapi lebih bertuah bagi mereka jika dapat menjadikan perkahwinan itu batu loncatan untuk mencapai misi hidup.
Semoga berbahagia mereka yang sudah berkahwin dan semoga dipermudahkan bagi mereka yang belum. Semoga kita sama-sama dapat mengejar misi hidup kita ini.

Jumaat, 7 September 2012

Panggilan Agung

Panggilan itu semakin dekat
Tapi maksiat ini masih melekat
Apapun niat sudah tersemat
Mencari rahmat membawa berkat

Selasa, 4 September 2012

Blog Jual Muffin


Ini blog dia
Meneroka alam tanpa dimensi
Di mana tiada lagi dinding
Tiada had masa dan ruang

Ini blog dia
Mencuba mencari ringgit
Mungkin dari berdikit
Dapat rezeki sebukit
Aku doakan...

http://rumahmuffins.blogspot.com/

Rindu Tulis

Aku telah lama tidak bersajak
Memintal bait-bait kata
Menjadi tali
Mengikat nafsu
Mengekang selera
Aku rindu tulis