Selasa, 22 Januari 2013

Unsung Place

Di sini aku luah apa yang tidak terluah di alam nyata, yang berdimensi 3. Aku bebas di dimensi 'jiwa', kerana ia tidak tertakluk dengan 3 dimensi. :-)

Aku ingin ke unsung place, menceritakan segala unsung feeling kepada unsung person.

Pelik. Entry kali ini memang pelik, sebab aku sendiri dalam keadaan pelik.

Sabtu, 12 Januari 2013

Selamat Hari Jadi

Pada tarikh ini, 28 tahun yang lalu lahir sorang bayi sulung yang dinanti-nantikan ke dua pasangan baru. Bersyukur dan sangat terhutang budi kerana sejak melihat dunia, bayi itu dibelai dijaga dididik sehingga menjadi manusia 28 tahun kemudian. Dan akan terus memanusiakn peribadinya sehingga ke akhir hayat. Boleh sahaja bayi itu dibiar dibuang dan dibunuh sesuka hati, tetapi naluri keibubapaan mereka menghendaki bayi itu terus hidup dan menjadi manusia menjadi insan menjadi hamba kepada Maha Esa.

Proses memanusiakan bayi itu amat panjang. Dengan berbekal sedikit gaji hidup sederhana di pinggir bandar dan ilmu yang sedikit tetapi bertambah dari hari ke hari, bayi itu dididik sepanjang kehidupannya. Melalui proses pembelajaran yang ada turun dan naiknya, sedih dan tawa sesekali sesal dan bangga akhirnya bayi itu menjadi seperti apa yang dia ada kini.

Bukanlah seorang yang ternama mahupun yang berjaya dengan warna berterbangan, tetapi tidaklah menjadi sampah masyarakat, dia kini telah berdiri di pentas dunia. melayari setiap babak dan mengharungi rintangan dunia. Seorang yang mentah, serba kekurangan dan sentiasa merasa dirinya kecil di mata orang lain. Dia itu ialah aku.

Aku tidak pernah merasa aku lebih dari orang yang lain. Rasa rendah diri. rasa serba kurang. Itulah diri aku. Ditambah pula dengan sejarah hidup yang jarang-jarang mnyebelahi aku, lagi membuatkan aku rasa diri aku ini terlalu kurang. Aku mengaku, aku bukan merendah-rendahkan diri dan bukan juga mengadu nasib.

Tapi aku sedar semua perasaan itu tak membawa aku ke mana. Bermuram dan berserah tak menjadikan aku sesiapa. Aku perlu terima semua itu sebagai bahan tarbiyah untuk kelangsungan hidup ini. Banyak yang aku perlu pelajari, kerana banya kesilapan masa lampau yang aku perbuat.

Menyalahkan sesiapa sudah tiada dalam kamus hidup ini. "Jika kita menganggap itu sebagai kesalahan maka kita akan sibuk mencari siapa yang salah. Jika kita anggap itu sebagai pengajaran maka kita akan mencari siapa yang mengajar kita." Itulah kata-kata yang aku dapat sepanjang aku berada di Mekah menunaikan haji. Pergi haji tidak semestinya menjadikan kita ini orang yang baik, sebaliknya semangat untuk berubah selepas kembali itu yang akan mengubah akhlak ini.

SELAMAT HARI JADI kepada diri sendiri. Pada usia se'tua' ini bukan ucapan dari sesiapa yang aku nantikan, melainkan peringatan tentang mati yang aku harapkan dari insan-insan yang pernah mewarnai layar kisah hidup aku.

Semoga di saat-saat kematian aku nanti, aku masih seorang Muslim.


Muhd Sazlie, v28.0

Isnin, 7 Januari 2013

Sabar

Aku sedang bersabar dan menanti. Semoga nanti hasil itu akan aku kecapi. :-)

Rabu, 2 Januari 2013




It's all about drama, and love, and 'lationships
And when the going gets tough, you deal with it
And you don't ever, you never walk away from it
You hold on, and be strong

Selasa, 1 Januari 2013

Mengharap 2013 Bersinar

Selamat tahun baru semua!!!


Tinggi sungguh harapan di tahun baru ini. Setelah bertahun menyemai harap dan doa, aku berharap tahun ini segalanya akan tercapai. Aku berharap dan berharap sangat. Semoga segala keindahan itu kembali ke sisi semula dan 'awan hitam' akan berarak pergi.

Aku berdoa, dia berdoa dan harapnya semua mendoakan..

:-)