Jumaat, 19 Julai 2013

Haiku

cuti sekolah
durian mula gugur
senyum pengantin

debuk berbunyi,
pengantin di pelamin,
durian gugur


Haiku mana lebih sedap?
Apa itu haiku?
Orang yang rajin akan cari sendiri.

Ramadhan Ini

Ramadhan kali ini datang terlalu laju,
Ibarat gerabak kereta api yang tidak singgah di stesen,
Aku masih termanggu di hadapan tanpa berbuat sesuatu,
Sedang kepalanya telah meninggalkan dan semakin menjauh,

Aku seperti melihat Ramadhan itu bagaikan gerabak kereta api,
Apa faedahnya kepada aku? Ada atau tiada?
Aku tidak berbuat apa-apa lagi,

Dan masa berlalu,
Menjadikan aku rugi,
Aku rugi,
Aku rugi,
Aku rugi,

Dan setiap kali aku berkata "aku rugi," sebenarnya aku semakin rugi,
Aku tak tahu apa perlu buat,

Dan gerabak bergerak meninggalkan stesen,
Sedang aku termanggu,
Aku rugi,

Tiada ruh Ramadhan menjengah, (atau aku yang tidak menyedari)
Tiada alunan tadarus,
Tiada zikir,
Tiada solat,
Hanya maksiat,
Sehari-harian,


Aku rugi.

Isnin, 15 Julai 2013

Sempurna & Menyempurnakan

Pada titik itu,
Mereka mahu sempurna,
Dan aku mahu menyempurnakan,
Terbentanglah dua simpang,
Yang Entah bila akan bertemu...