Isnin, 9 Februari 2015

Kebahagiaan Tidak Boleh Dibeli

Jumaat lepas aku dan rakan-rakan pejabat bermain badminton. Kalau hendak dikirakan, akulah yang paling beria-ia hendakkan ianya terjadi. Raket cuma ada satu, yang hendak bermain 4 orang. Raket harus dicari. Aku pun dengan semangatnya ke pasar raya mencari raket. Hanya ada yang murah. Kalau ikut perkiraan, 3 raket tambahan yang aku beli belum pun sama harganya dengan 1 raket yang berkualiti.
Raket sudah dibeli dan kini masa untuk bermain. Kami berempat gagahkan juga supaya riadah ini menjadi kenyataan. Walaupun tempat yang ingin dituju sudah penuh ditempah, kami masih berharap dengan satu tempat lain. Alhamdulillah ada kosong dan pelan kami untuk beriadah akhirnya terrealisasi.
Aku terfikir satu perkara,tanpa ada usaha, kesungguhan, pengorbanan dan sedikit wang tak mungkin kegembiraan bermain badminton akan terhasil. Itulah kegembiraan sebenarnya, wang hanya diperlukan sekadar satu juzuk dari prasyarat kegembiraan. Selebihnya adalah kebersamaan dalam niat, pengorbanan dan komitmen untuk bersama melaksanakannya.
Insyaallah resepi ini aku akan adaptasikan dalam hidup berkeluarga nanti. Insyaallah.

Tiada ulasan: