Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat yang Tersemat

Telah berlalu beberapa Jumaat dalam hidup aku, yang semuanya tersemat kenangan sayu untuk diingati. Hari akhir GEMS GVR05, SMM06B, BPS06F, SMM07C dan BPS07E semuanya berlaku pada hari Jumaat. Samalah juga hari terakhir aku di Irshad juga pada hari Jumaat.

Menyingkap memori-memori indah pada Jumaat-jumaat yang berlalu, membuatkan aku terkenang bahawa sudah jauh perjalanan hidup ini. Adakah sudah hampir aku ke syurga Allah atau sudah jauh aku meninggalkanNya. Beberapa cita-cita hidup masih lagi tidak tertunai, antaranya mendirikan rumah tangga tetapi aku sudah rasakan jauh sudah berjalan, dan minggu hadapan aku akan ke tempat kerja baru. Tempat yang menjanjikan sesuatu untuk aku santuni dan ertikan, jika aku mahu.

Semoga perjalanan hidup ini akan sentiasa di landasannya. Semoga aku tabah menghadapi cabaran. Semoga aku berjaya mendirikan rumah tangga. Supaya aku mampu berjuang untuk agama Allah. Supaya aku mati dalam keadaan tertunai segala tanggungjawab. Semoga ibu bapa meredhai aku dan keputusan ku. Semoga segala semoga aku tercapai.

Selamat datang ke dunia baru, Sazlie!

Pada Jumaat sekali ini, tersemat lagi satu rindu aku kepada pentas kehidupan bermanfaat yang lalu. Terima kasih semua yang terlibat menjayakan operanya.

Ahad, 28 April 2013

Sarung Telefon Hilang

Sudah banyak hari sebenarnya sarung itu hilang, lebih kurang seminggu. Dengan keadaan telefon yang hampir uzur ini, sarung itu sebenarnya memang menjadi penyelamat daripada terus terburai. Jadi untk lebih kurang seminggu itulah terpaksa aku jaga-jaga bila pegang telefon. Pernah juga sampai terfikir hendak tukar telefon kerana itu.
Tetapi hendak dijadikan cerita, hari ini aku ada masa untuk solat maghrib di surau. Sesudah mandi, ketika hendak menyarung baju Melayu, tetiba akj terasa sesuatu di kocek. Haha, rupanya sarung itu ada dalam kocek baju. Alhamdulillah, bayaran segera daripada Allah.
Pengajarannya, dekatkan hubungan dengan Allah, Allah akan membantu kita. Insyaallah...

Kerja Berpasukan Ikan Bilis

Ikan bilis perlu bekerja bersama-sama kawan yang lain semoga bila dijual nanti, harganya akan mahal.

Lihat sahajalah ikan bilis yang mahal, kecil halus dan sama saiz semuanya, barulah harga mahal.

Kisah 2 Keping Duit RM1

Ringkas, pagi itu aku ambil sekeping seringgit untuk bayaran parking di tempat kerja, tetapi seperti disuruh-suruh untuk ambil dua keping. Apabila tiba di tempat bayaran, ada seorang mamat ini yang tiada duit kecil. Rupa-rupanya itu 'memang duit dia', cuma selama ini aku yang pegangkan.

Allahuakbar, Allah mengetahui segalanya dan mengatur segalanya.

Rabu, 27 Februari 2013

Selangkah ke Alam Misteri

Assalamualaikum,

Aku di Sabah, ada tugasan luar selama 2 bulan. Mengurus latihan lepasan graduan di hotel di Kinarut. Selangkah ke alam misteri, tempat ini selalu sahaja diganggu makhluk lain yang mengacau peserta kursus, setakat ini semuanya perempuan.

Selangkah ke alam diri, apabila semua itu terjadi baru aku sedar, sedikit sangat ilmu agama di dada ini. makhluk lain itu perlu di'tentang' dengan ilmu agama tetapi terasa sangat aku tak dapat menanganinya.

mungkin di sini hikmah perkara itu terjadi adalah untuk aku menyemak balik amalan diri ini, sesuai dengan status 'Haji'.

Astaghfirullah...

PRU 13

Silalah undi Pakatan Rakyat, janji mereka lebih menarik, rekod mereka di 4 negeri tidak mengecewakan.

Manifesto mereka

Tengok orang lain dukung anak kecil,

aku pun nak jugak.....