Jumaat, 31 Oktober 2008

Pengakhiran itu adalah Permulaan

Bismillahirrahmanirraahim,

Dengan nama Allah, Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..

Pemula bicara, perpisahan itu benar, dan pasti berlaku. selagi ada pertemuan selagi itu perpisahan menanti diakhir noktah cerita. selagi mana kita bergerak, berfikir, dan juga bermimpi, pengakhiran itu sebenarnya adalah perpisahan.

Perpisahan, itu yang bermain di fikiran aku kini. hampir suku hayat aku hidup di uia, dan dalam beberapa hari aku akan tanggalkan topi uia yang aku pakai. tiada lagi kuliah, tiada lagi kuiz, assignment, dan juga jawatan2 dalam persatuan pelajar.

Persoalannya, kalau dah aku ingin terus di uia, kenapa tak usahakan sahaja aku terus di uia? hmm... ada perkara elok kalau ia terus kekal, tapi ingat, ada juga perkara yang akan luput, habis, expired, pendek kata ia harus tamat apabila tiba masanya. kalau tak masakan dinosaur boleh pupus, malam mesti berganti siang, atau siang diganti malam..

Bukan sudah tempat aku di sini. jika aku terus di sini, tempat ini bukan milik aku lagi. di sini, di uia ini, dan juga di mana sekalipun, kau hadir hanya pada waktu mereka memerlukan kau, atau paling kurang pun, kau memerlukan mereka. dan jika habis masanya, silalah pergi. itu yang terbaik.

Itu hukum alam, bukan meratap, tapi menyedari, pusingan dunia ini sebenarnya untuk kita hadapi. kita tak mungkin di satu2 tempat selama2nya. perpisahan itu bukan hukuman. perpisahan itu sebenarnya adalah permulaan. permulaan untuk kau bersedia semula, untuk kau menjadi bodoh semula, untuk kau belajar lebih banyak.

Ayat2 ku ini tak mungkin menyedarkan kau tentang hakikat ini. aku bukan sedih akan tinggalkan uia ini, itu hanya contoh. yang ingin aku nyatakan betapa kau harus sedar, tiada apa dalam hidup kau akan kekal (kecuali Allah dan apa yang Dia kehendaki sahaja). semuanya datang dan pergi apabila tiba masanya. wujud hanya pada masa yang patut untuk nya sahaja.

Dan semua yang pergi akan menjadi memori. memori bukan untuk disanjung, dipuja, ia sekadar tak lebih sebagai tanda ingatan kita kepada yang lepas, untuk diambil iktibar.

Dan aku gulungkan kata2 pada masa ia masih terbelit, hidup ini hanya secebis perjalanan, datang dan pergi perkara biasa, jumpa dan pisah itu pasti, dan kenangan sahaja yang tinggal. dan sepastinya, seagung2 perpisahan adalah ketika nyawamu berpisah daripada badan. di kala itu, tiada kenangan, tiada masa lalu, tiada memori, cuma 3 yang masih bersambung dengan mu, doa anak solehmu, sedekah jariahmu, dan perbuatan baikmu yang berkekalan.

Alhamdulillah, sehingga berjumpa

Tiada ulasan: