Jika dalam hidup ini, kita terjumpa 1000 orang yang lebih beruntung daripada kita, percayalah kita juga mampu terjumpa dengan 1000 orang yang lagi malang daripada kita. Bergembiralah, kerana Allah telah menurunkan sedikit nikmat syurga ke dunia ini. Ambillah, dan manfaatkanlah. Tiada sebab untuk kamu bersedih mengenangkan nasib malangmu, kerana Allah itu Maha Penyayang, mengurniakan rahmat kepada hambaNya yang meminta kepadaNya.
Seorang Tabiín, Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH Taála selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan ALLAH Azza Wa Jalla.
3 ulasan:
wow! blog dah cantik.. suke flash atas tu.. hehe.. buatkan org satu.. warna, susunan.. kemas dan smart.. suke!
Pergh, new look of ISWA! [refer to blog's layout]
Purple, mantop!! [refer to blog's layout]
Nmpk kurus sket seh. hahaha~ [refer to blog's author]
Terima kasih atas pujian ikhlas anda sume. :) alhamdulillah..
Y: kurus sket eh? nnt aku buat kurus byk..
Catat Ulasan