Angin
Tiupkan ke dalam hatinya
Rasa rindu ini
Moga dalam kejauhan
Dia masih merasa
Lembut puput bayu cintaku
Kiranya indah karangan di atas, ambillah. Aku hadiahkan padamu. Hadiahkan ia kepada isteri/suami, pasanganmu yang sah. Tiada halangan cinta antara kamu berdua, satu cinta yang diredhai, malah dikurniakan pahala berlipat ganda kepada pasangan sah yang bercinta.
Nikmatilah cinta sepanjang hayatmu, bukan semata-mata di bulan Februari sahaja. Usah rendahkan maruahmu, seperti anak-anak muda yang menjual kehormatan di malam Valentine di Bulan Cinta ini. Beredar di kalangan mereka, berkempen agar menunjukkan kesetiaan cinta mereka kepada kekasih dengan menyerah tubuh di malam Valentine, "Apa ini semua adik-adik ku? Semakin pandai dirimu, semakin keliru sikapmu. Bukan ini yang kami harapkan dari permata bangsa kami sekalian" Sungguh, mereka keliru, antara firman-firman Allah dan bisikan halus syaitan.
Wahai pasangan suami isteri, hanyutlah kamu di alam percintaanmu, dan Allah akan mengurniakan rezeki berupa anak dan harta kepadamu. Jadikanlah sempadan, kisah manusia berhati kering sanggup membuang anak sendiri. Entah menjadi makanan anjing mahupun dimamah ulat sampah. Di Bulan Cinta ini sahaja, paling kurang 3 anak yang dibuang begitu sahaja. Salah satu ditemui rentung. Tiada setitis dosa pun pada mereka. Hei manusia, jika malu bagimu menerima anak itu, serahkan sahaja padaku, atau pada sesiapa yang berhati emas menerimanya.
Pasangan yang kuhormati, hubunganmu disenangi Ilahi. Amalan agamamu digandakan pahalanya. Syaitan bersedih melihat kamu bermesra bersama, seisi alam menyenanginya. Sungguh indah percintaan yang halal dan sah ini. Jauhilah sama sekali perceraian, kerana itu perkara sah yang paling dimurkai Allah yang Maha Besar. Sayu melihat di dada-dada akhbar, yang bertarikh di Bulan Cinta ini, kisah suami isteri bergaduh, sehingga cedera fizikal, hampir nyawa tergadai, dan akhirnya bercerai.
Sahabat, kawan dan saudara yang ku kasihi, ini baru secebis kisah yang berlegar di kalangan kita pada Bulan Cinta ini. Walaupun tiada asas untuk mengatakan Februari adalah Bulan Cinta, tetapi inilah realiti yang kita tatapi setiap hari sambil sebelah pihak sibuk mempromosikan kehebatan cinta Februari. Kita keliru sebenarnya, bukan menyemai cinta sempit ini tetapi tugas kita adalah memakmurkan dunia, Allah sentiasa bersama kita dengan sifat Al-Rahman dan Al-Rahim. Kasih sayang terhadap setiap makhluknya, dan kasih sayang terhadap makhluknya yang beriman kepadanya.
Cinta Februari adalah cinta yang keliru, cinta berdasarkan nafsu fikiran semata-mata. Sedarlah kalian, dengan Februari yang masih sedikit berbaki, kikislah cinta bertunjangkan nafsu serakah, tiada asas di dalam Islam untuk meraikan Valentine, dan ketahuilah, Islam merai percintaan yang sah, lebih hebat dari roh Hari Valentine itu sendiri.
Nasi lemak buah bidara
Daun selasih hamba lurutkan
Restu emak, Allah, dan saudara
Barulah kasih hamba turutkan

1 ulasan:
realitinya, lelaki yg baik jupe pompuan yang tak baik, pompuan yang baik jupe laki yang tak baik, yang baik jupe yang baik, yang tak baik jupe yang tak baik.. maka mcm2lah jadi nye.. huhu
Catat Ulasan