Khamis, 22 April 2010

Memaksa untuk Merindu (Bukan kepada Sesiapa).

Terpaksa,
Ku memaksa diriku merindumu,

Ketika,
Kasihmu tidak terasa,
Bayangmu tiada kelihatan,
Tawamu sunyi di telinga,
Wajahmu sirna di mataku,

Ketika,
Ada kasih mula mengalir,
Bayang sentiasa menjelma,
Tawa memecah sunyi diri,
Wajah sentiasa di mata,

Ketika,
Hati sentiasa menyebut namanya,
Mengganti dirimu,

Dan ketika itu juga,
Jauh di sudut hati,
Masih memegang janji setia,

Dan ketika itu juga,
Ku memaksa,
Diriku untuk merindumu.

3 ulasan:

Asma’ AB berkata...

fewwwiiiiitttt!! ok nak komen tu jek :P

Tanpa Nama berkata...

~~MeMaKsa UnTuK mEriNdU~~(^,^)

Tanpa Nama berkata...

Banyak kata-kata konflik dalam puisi ni. Terpaksa tp memaksa, merinduimu tp menyebut namanya. Mungkin ada konflik dalam diri? Pertahankanlah apa yang patut dipertahankan.