Isnin, 13 Ogos 2012

Penghujung Ramadhan

Tanpa ada gangguan syaitan, iman kita selalu tewas bila Ramadhan ingin melabuh tirai. Rupa-rupanya diri sendiri lebih kuat melemahkan iman. mungkin terdidik dengan dakyah syaitain atau diri kita sendiri sememangnya jahat, tepuk dada carilah jawapan. Semoga detik-detik akhir Ramadhan ini masih lagi memberi ruang, peluang dan masa untuk kita melentur hati.

Selamat mengejar Lailatulqadar

Rabu, 1 Ogos 2012

Blogging Is So Yesterday

Yes, blogging is so yesterday. People nowadays prefer to express their thought or say something through Facebook and Twitter. Same goes to me. Hehe.. Maybe they think to write long in blog is too wasting time. And Facebook and Twitter are more reachable to their followers /  friends. But really deep in my heart, i miss to active in blogging. Hopefully one day I can actively write in my blog. Until we met again, my doa is with you. happy fasting everyone.

Selasa, 3 April 2012

Sekuntum Rindu Berkelopak 3

Kerinduan ku ada pada 2 perkara
Rindu pada seorang gadis, dan
Rindu pada sebuah kebahagiaan yang lama telah menyepi
Dan atas segalanya, aku rindu bertemu Pemilik Rindu

Semoga rinduku terubat dalam keadaan Dia menerimaku..

Rabu, 29 Februari 2012

Pelamin Itu Mimpiku

Aku bermimpi dan mimpi aku pelamin itu
Dalam jaga aku berdoa, dalam mimpi aku berharap
Niat ini bukan calang hajatnya
Bukan kanak-kanak menaruh janji
Bukan pasangan muda mabuk bercinta
Hajat ini terlalu putih
Dari tangan bersalut selut dosa
Mana mungkin mereka percaya
Kerana kulit menilaikan isi buku, kata mereka
Tapi hati ini cuba menjadi tabah
Kerana matlamat itu terlalu mahal untuk digadai dengan satu penyerahan
Selagi terdaya jiwa bertahan
Kucuba memecah tembok
Kesangsian mereka agar tempias niat putih itu
ke hati mereka
Agar sekurang-kurangnya mereka mampu memahami niat hati itu

Selasa, 24 Januari 2012

Jom Lepak kat Masjid!

Catchy kan tajuk tu.. tiba-tiba idea ini keluar masa aku lepas makan tengah hari tadi. Keluar makan lewat, pukul 4ptg baru siap makan. Rasa hendak solat di masjid, kalau balik rumah ini dah tentu-tentu aku malas nak keluar balik. Aku pun pusing-pusing la kat kawasan rumah ini. Tetiba dapat idea nak lepak je kat masjid.
Dari situ timbul idea ini: 'Masjid dalam Taman'. Aku rasa memang ramai orang yang ada kes macm aku tadi. Elok juga sebenarnya kalau ada masjid yang macam aku sebutkan ini. Di perkarangan dan kawasan masjid kita sediakan tempat untuk berekreasi, bersukan dan bersiar-siar. Semuany dalam kawasan jagaan masjid dan masjid pun kita buat 'open air', biar senang pengunjung nak masuk tunaikan solat.
Kalau ini terjadi, aku rasa mesti ramai hati yang akan terpaut dengan masjid. Masalahnya mungkin pada pengelola masjid, bersediakah mereka untuk masjid mereka 'dicemari' oleh pengunjung-pengunjung yang datang ke masjid. Ya lah, mestu ada orang yang pakai baju sukan, pakaian santai dan macam-macam lagi. Bolehkah kita mencabut adat kebiasaan kita berbaju melayu ke masjid? Dan juga bersediakah pihak pengelola masjid untuk menghadapi situasi-situasi 'mencemarkan' seperti ada orang bersantai di penjuru tempat solat, kanak-kanak berlari keliling tempat solat dan suasana bising di sekeliling? Anjakan minda diperlukan di sini.

Negeri-negeri Pakatan Rakyat, dare to take the challenge?


Ahad, 15 Januari 2012

Kuliah Maghrib 15/1/2012

Oleh Ust Fadlullah

Surah As-Saff 1-5
Ayat-ayat yang tertumpu bagi mereka yang di dalam medan dakwah.
Allah menjanjikan keteguhan iman bagi siapa yang menegakkan agama Allah.
Perkasa Allah - tiada siapa boleh menyekat kekuasaan Allah.
Bijaksana Allah - Allah bijaksana dalam menentukan hukum dan mengatur setiap sesuatu.
Allah menegur kenapa kamu cakap benda yang kamu tidak buat (Islam)?
Amat besar murka Allah bagi mereka yang tidak buat apa yang mereka kata.

Sabtu, 14 Januari 2012

Kuliah Maghrib 14/1/2012

Manusia tertipu dengan 2 perkara:
-umur yang muda
-badan yang sihat
sehingga manusia lalai dengan tanggungjawab.

Kepentingan Akidah

Mereka yang tidak tahu akidah seperti orang buta yang tidak 'kenal' tubuh badannya:
-Mereka tidak kenal siapa menjadikan mereka.
-Tidak tahu kenapa dijadikan
-Tidak tahu ke mana akan pergi lepas mati
2 perkara tidak boleh berpisah dengan akidah, Iman dan Amal.