Isnin, 26 Januari 2009

aku berkata

assalamualaikum,

walau apa pun alasan diberi, sekali kamu menulis, maknanya ia mencerminkan dirimu. jadi, aku harus berhati2 menulis, supaya jelas kepada orang, siapakah aku sebenarnya. dan tulisan kali ini, tujuannya unuk mencabar pemikiranmu, walau ayat2 ini terlalu rapuh isinya.

hidup ini tak pernah mudah. walau pun kamu melalui sesuatu dengan senang. bagaimana boleh kau melaluinya dengan mudah tanpa sebelumnya kamu bersusah payah memahaminya? dan jika kamu senang melaluinya, kamu pasti sukar memahami yang tersirat.

kepayahan yang kita lalui usahlah diratapi. sedang di luar sana ada mereka yang berjuang hanya untuk boleh menarik sekali lagi nafas udara ke rongga, ke peparu mereka. di Palestin, manusia pilihan Allah untuk menjaga Al-Quds, tanpa kenal payah, terus tabah mengharung hidup. walau saudaranya diam membisu, mulut disumbat makanan mewah, dari maggi, ke kfc, terus ke McD, mata terpana dek keasyikan hiburan. tangisan dan darah Palestin sekadar 'hiasan kesedihan' mereka.

p/s: tulisan ini akan disambung...

2 ulasan:

Asma’ AB berkata...

telah membaca.. dan menanti sambungannya.. di samping menegtuk pintu hati.. tertanyakan apakah yang telah aku lakukan untuk membantu mereka..

abg sazlie! mana menghilang?

taQi berkata...

bila nak mai wat clearance