Jumaat, 13 Februari 2009

kawan, sahabat, teman, dan yang seerti dengannya..

assalamualaikum,

jika aku ada kawan,
aku akan kenangmu,
tetapi aku tak minta kau kenangku,
kerana itu pilihanmu,
kenanglah seikhlas hatimu,

jika aku ada kawan,
aku akan membantu kesusahanmu,
kesusahanku biarlah ku tanggung,
kalau pun kau menolong hanya ikhlas pintaku,

jika aku ada kawan,
masa sepimu akan kuisi,
tetapi biarku sendiri menanggung sepiku,
melainkan kau menemaniku dengan ikhlas,

kawan,
apa sahaja kebaikan yang aku lakukan untuk mu,
sebenarnya adalah tanggungjawabku,
sedangkan membalas jasa bukanlah syarat kebertanggungjawabanku,
jadi lebih suka aku membiarkan saja,
jika masa susahku tiada kawan membantu,
kerana pohon pengharapan adalah kepada Allah,
Dia berhak menyuruh sesiapa sahaja membalas jasa baikku terhadapmu,
hatta musuh sekalipun yang datang membantu,

dan pesan ini untukmu juga kawan,
jangan marah jika pengorbananmu tidak berbalas,
kerana jika ikhlas niatmu itu,
pertolongan Allah akan datang,
dari sisi yang selalu kamu sepikan.

Sazlie,
Kuantan (tempat aku dan kawanku belajar dan hidup bersama)

1 ulasan:

Asma’ AB berkata...

(T_T) huhu~ bergenang2 mata bila menelusuri tiap baris kata.. memang dah semakin sepi pun tanpa semua geng ICT..

apapun, moga langkahmu semakin laju dan penuh bererti..

yang selalu mendo'akan, adik ICT