Jumaat, 13 Februari 2009

politik persada perak

Situasi di sana memang menarik minat aku, dan semakin banyak yang aku tahu tentang raja dan kerajaan, serta juga sejarah silam.

persoalan menarik:
1. di mana akal budi kita? kedaulatan sultan, keramat rakyat dan kebesaran Allah, bagaimanakah susunan keutamaannya?
2. masing-masing mengaku betul. dan yang hanya membenarkan kenyataan mereka adalah orang-orang mereka. jadi, apakah pertimbangan sesuatu perkara itu betul?

aku ditanya, maka jawabku aku masih mahu kerajaan yang ketuanya Nizar terus memerintah. kenapa? malas nak jawab. hehehhe... sebab apapun jawabku, tetap salah di mata penyokong-penyokong kerajaan yang ketuanya Zambry. biarlah, memang itu adat dunia.

jika kelegaan kau terletak pada ramainya ADUN Melayu berbanding PR dahulu, aku mahu setiap Melayu itu mampu berdakwah di bumi Perak itu sebagaimana Ir Nizar buat. biar Islam semua rakyat, termasuklah MCA dan MIC itu. jika tidak, tiada gunanya ramai Melayu kalau Islam tetap layu.


Nizar tengah sampaikan kuliah subuh di Masjid Saidina
Umar, Taman Chenderawasih, Kuantan.


ini sebagai satu perkongsian: apakah kebenaran yang benar bagi kamu? selangkah kamu maju ke hadapan mencari jawapan, kau akan ketemui kebenaran itu adalah sebaliknya. bermakna, kebenaran itu amatlah bertentang benar dengan kebenaran yang kamu pegang sebelum ini. contoh yang jelas, tentang kenyataan bumi itu bukan leper, tetapi adalah sfera. bertentangan bukan? mungkin kajian mendatang berjaya membuktikan kembali bumi ini sebenarnya leper.

tentang berhujah dengan ayat Quran pula. mana yang perlu datang dahulu, hasil penemuan sains atau bukti melalui Quran? apabila dikatakan sistem solar kita mempunyai 11 planet, ramai yang mengaitkan dengan beberapa ayat Quran yang mempunyai angka 11. tetapi sekarang, terdapat laporan planet sebenarnya melebihi 11. hmmm, apa pendirian kau? ini jelas kesilapan kita, bagi aku hujah Quran itu perlu menjangkaui masa. biar mereka dan kamu juga, terkial-kial dan terkejar-kejar mencari fakta bagi membenarkannya.

renungkanlah kawan-kawan...

Tiada ulasan: