Assalamualaikum,
hari ini kembali menulis. setelah lama berhenti. dan setelah kembali dari menjadi tetamuNya. catatan yang aku tulis, baru hari ini nak dibaca. sengaja aku buat catatan perjalanan, rasanya inilah pertama kali dalam sejarah penciotaan aku, aku menulis satu perjalanan. harapan ku satu, agar dapat aku luahkan di sini. harap agar dapat dimanfaatkan.
memang, ke haramain (dua tanah haram - makkah dan madinah), sebanrnya adalah atas jemputan Allah. ke sana bermakna, menjadi tetamu Allah. hanya setelah dibukakan pintu untuk kita, barulah kita dibenar memasukinya. lihat lah berapa ramai mereka yang kaya, sanggup membelah langit, meredah lautan ke negar2 asing, tapi tak sampai juga ke Haramain. lihatlah juga, si bongkok tua, berjalan dipapah orang pun sampai ke Haramain, sedangkan mereka yang sihat tak terinign pun ke sana. benarlah.. mereka yang ke Haramain ini adalah tetamu Allah. sudah namanya tetamu, mestilah apabila sudah dijemput baru boleh masuk, bukankah begitu bang haji?
duit, kesihatan, kelapangan waktu bukan halangan sekiranya kita sudah dijemput. ibarat magnet sama kutub, walau apa halangannya mesti jua ingin bercantum.
alhamdulillah aku dijemput ke sana juga akhirnya. dan pada hari akhir aku di sana, sebenarnya itu adalah satu permulaan bagi aku. permulaan untuk ke sana sekali lagi. dan untuk tujuan dan maksud itu, aku haru mendapat perkenan Tuan rumah dulu.. bagaimana? haha.. doa, usaha dan tawakal. insyaAllah akan dijemput lagi.
sampai di sini dahulu rasanya jari ini mengetuk papan kekunci ini. akan sampai masanya aku menulis tentang pengalaman aku di sana. dan insyaAllah aku memilih cara bercerita untuk menyampaikan isi dan kandungan kunjungan aku ke sana..
sehingga bertemu, aku doakan kesejahteraan semua.
Sebelum
Selepas
3 ulasan:
wah! slamat pulang! slamat pulang!
rambut dah tak ada.. takpe, askar memang dah biasa dengan kepala ringan macam tu.. hehe.. tak sabar nak tunggu cerita kat sana.. do'a2 juga, nak jadi tetamu Dia.. amin, huhu~
best nye.. bl lar giliran aku plk..
Dah balik? patutlah rasa semenanjung malaysia ni makin berat. haha!
alhamdulillah~
tulislah kembara 'travelog UMRAH'~
Catat Ulasan