Jumaat, 29 Mei 2009

Cinta

Apa yang ku lihat kini, cinta remaja terlalu murah, sehingga boleh dibeli di merata-rata, di hujung lorong-lorong hitam, di taman-taman bunga, di tepi jalan raya, kelab-kelab malam, di warung mamak, dan (terlalu banyak untuk dinyatakan). Sehingga apabila sudah tidak mahu digunakan, dibuang sahaja di tong-tong sampah, digantung di pagar masjid, dihanyutkan air sungai dan di tempat yang saudara dan saudari sendiri mampu namakan.

Sehinggakan aku sendiri sukar, untuk memilih, cinta yang 'mahal' untuk aku simpan dan miliki sehingga menutup mata.

dari pencinta,
SAZLIE

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cinta yg mahal itu perlu dibayar dengan pengorbanan yg tidak juga sedikit

Muhd Sazlie berkata...

terima kasih. harap-harapnya cukuplah nilai pengorbanan ini untuk membayar harga cinta.