Wahai gadis, bunga bangsaku, engkau adalah aset berharga kami. Engkaulah tulang belakang perjuangan kami. Jangan biar perkara sekecil cinta sesama manusia menghancurkan hidupmu. Perjalanan hidupku ini pernah melihat pelbagai ragam kawanmu. Pernah ku melihat mereka berpeleseran, menjadi hidangan mata dan nafsu lelaki, ada yang menghanyutkan diri sendiri, merelakan nafsu mengawal takdirnya, dan tak kurang juga yang meletakkan maruah di celah kaki lelaki.
Pun begitu juga aku melihat, kawanmu yang teguh berdiri menjaga maruahnya, hingga malu aku berhadapan dengannya. Iman seteguh tiang seri, solat mengukuh rumah agamanya. Hati keras menigimpikan pahala sebesar Saidatina Aisyah si merah, tak kurang juga mendambakan semangat Saidatina Fatimah, puteri Baginda.
Tetapi ingat bunga bangsaku, jiwamu lemah dengan cinta lelaki, tak kira siapa kamu, ustazah di sekolah, atau gadis peleseran, demi namanya cinta, sanggup kau mengorbankan diri. Ini sejarah, dan ia sentiasa berulang. Beringatlah wahai bunga bangsaku, penyeri agamaku.
cinta ku hadir,
ketika melihat gadis itu,
serinya menghembus bayu lembut,
lalu dedaun hatiku bergetar,
tak perlu pandang pertama,
kerna bayu tak sentiasa berpuput lembut,
hanya pabila cuaca indah,
dan mentari menyinar ceria,
baru ku terasa, indah alam ada maknanya,
makna dalam keindahan,
keindahan hakiki,
dan kau telah kutemui,
setelah semalam tengkujuh melanda,
sembunyikan segala keindahan,
bukan mata, tapi hati melihat,
cinta itu hadir bersama kemuliaan,
kemuliaan murni gadis,
penuh santun budi,
halus akhlak pekerti,
patuh mu pada agama,
tak bisa tercabut iman,
laksana kukuh akar mencengkam tanah,
bak kejora yang tak pernah jatuh,
gadis sepertimu,
ingin aku miliki...
-iSwa-
10.28pm,
11 Ogos 2009,
Kuala Lumpur (Kota Batu)
9 ulasan:
ehem2
ye cik asma, blh saya bantu?
kata-kata yang indah.
seindah gadis itu, mungkin? :)
hehehe.. siapa gerangan itu gadis ;p
Tanpa Nama --> gadis pada maknanya memang sesuatu yang indah.
asma --> gadis itu ialah dot dot dot.. soalan provok nmpk..
gadis bayangan ni..
hehe..
dapat keje gaji besor, bleh laa kumpul duit nak kawen :p
semoga ketemu lak yek!
haha! salah ke tanya soalan provok? ahak!
salam amboi bermadah plak
xsangka pandai tulis puisi
ada bakat terpendam
erk siapa gerangan gadis itu?
tumpangberteduh --> tak payah bgtau la. nnt ramai yang tau. hahaha... mana address blog bdk2 lain. bg la kat aku...
Catat Ulasan