Ahad, 18 April 2010

Jus Oren

(Ini cerita lama. Dah lama terjadi, cuma sesekali teringat.)


1993
Aku, keluarga, makcik dan pakcik saudara serta anak-anaknya makan di kedai di Pontian. Keluar makan bersama-sama apabila sesekali balik ke kampung. Aku order makanan apa pun dah tak ingat, tapi sepupu aku order jus oren malam itu. Apabila semua makanan yang sampai, aku perasan jus oren sepupu aku ada sedikit special. Ada letak potongan oren di gelasnya. Tiba-tiba sahaja rasa nak minum jus oren, tapi apa boleh buat, aku dah order air lain. Pasrah sahaja.

2003
Aku, Emak dan ayah makan di Rantau Panjang (kalau tak Rantau Panjang, kami makan di Pengkalan Kubur. Lupa lah). Aku order jus oren sambil emak dan ayah aku order minuman yang biasanya orang seusia mereka minum. ;-) Apabila sampai sahaja minuman, ia terus mengingatkan aku kepada peristiwa sepuluh tahun lepas. Jus oren aku ada potongan oren. Ya Allah, sepuluh tahun aku tunggu nak minum jus oren yang ada potongan oren, hari ini, masa aku tak berharap apa-apa, hajat aku terkabul.

Monolog
Sebenarnya sejak peristiwa makan dengan saudara, acap kali juga aku order jus oren dengan harapan dapat potongan oren di gelas, tapi semuanya hampa. Jadi, apabila lepas 10 tahun, baru aku dapat minum jus oren macam itu, betul-betul membuatkan aku teringat kebesaran Allah. Kita mungkin lupa, tapi Allah tak pernah lupa apa yang kita hajatkan.

Renungan
Benda sekecil potongan oren, aku harus bersabar selama 10 tahun untuk hajatku dimakbulkan, apakan pula sebuah kebahagiaan, yang mana lebih besar dari potongan oren, berapa lama harus ku tunggu, akan tetap aku tunggu.
JANJI ALLAH ITU SENTIASA BENAR.


sekarang (2010)
Tetiba rasa nak minum jus oren la pulak!!!

5 ulasan:

Asma’ AB berkata...

haha! apa lagi esok pergi pasaraya, beli buah oren, perah sendiri. tapi jangan perah semua.. potong siap-siap tang nak letak kat gelas ;)

harini pun banyak benda yang buat org realize, tahap kesabaran org sgt rendah :( wuwu

syai berkata...

btol2...pasni klu nk g mkn mana2..byk siap2 buah oren yg dh d potong tu...tgal nk oder jus oren n letak dlm jus je buan tuh.. :p

Tanpa Nama berkata...

Kna usaha+sbr yer en.sazlie;-).. Jom g minum jus oren..

Muhd Sazlie berkata...

jom pi minum.
yang tanpa nama ni sapa plak ye?

syai berkata...

'yg tanpa nama' ialah anonymous :)