Minggu lepas, semasa minum petang di kedai sebelah ofis, kawanku bertanya, "Apa warna kegemaran kau?"
Aku jawab,"merah aku suka, hijau pun, kuning pun sama dan bla bla.."
"Cakap betul-betul lah!"
"Betullah tu. Takkan aku nk fix kan satu je warna aku suka."
"Main-main lah"
"Ok lah, aku suka warna merun."
Kebanyakan kita hari ini sudah terlalu biasa dengan kebiasaan. Apabila ditanya warna kegemaran, kita mesti ada satu, mungkin dua, atau beberapalah. Kita jarang keluar daripada kebiasaan, dalam kes ini, saya cuba sebenarnya hendak terangkan kepada dia yang warna yang digemari tak semestinya jatuh kee dalam warna kegemaran. Cuba keluar dari sesuatu kebiasaan. Kes tadi saya cuba pesongkan (jika boleh dikatakan begitu) kepada kebiasaan kita mempaten sesuatu perkara, benda, keadaan atau apa-apa sahajalah.Aku jawab,"merah aku suka, hijau pun, kuning pun sama dan bla bla.."
"Cakap betul-betul lah!"
"Betullah tu. Takkan aku nk fix kan satu je warna aku suka."
"Main-main lah"
"Ok lah, aku suka warna merun."
Contoh pertama, kebiasaan kita untuk mengukur kejayaan murid-murid sekolah dengan keputusan peperiksaan. Semakin banyak A, semakin pandai budak itu, semakin tinggi markahnya, semakin cemerlang, dan semakin banyak jawapan betul diberikan pada kertas peperiksaan, semakin bijaklah mereka. Kebijaksanaan yang ditonjol di kertas adalah sebahagian kecil. Merata lagi orang yang bijak pandai tetapi gagal menterjemahkannya di atas kertas. Akibatnya, dalam dunia yang cepat dan berlumba-lumba ini, mereka ditinggalkan. Ditinggalkan dalam suatu keadaan ketidakadilan yang tersembul.
Contoh kedua, Kita mendefinisikan cantik. Faham? Sekarang cantik itu telah dipatenkan. Dan seseiapa, atau apa-apa yang mamatuhi deskripsi cantik itu akan dianggap sebagai cantik. Antara natijahnya muncullah pertandingan ratu cantik. Beberapa kriteria ditetapkan, dan yang hanya menepatinya sahaja dianggap cantik. Sudah tentulah, orang yang gemuk, rendah, cacat dan seumpamanya (tiada niat memperkecilkan) akan dianggap tidak cantik. Sekurang-kurangnya tidak dianggap cantik oleh sejagat. Padahal cantik itu adalah universal, dan terbebas dari sebarang pengelasan. Pernah saya terbaca ada satu puak yang menganggap perempuan gemuk sebagai cantik. Nah, universal dan menyeluruh bukan!
Cuba keluar dari ruang keselesaan kita, memikir sesuatu perkara sehingga ke puncanya. Dan keterbiasaan kita mempatenkan sesuatu itu juga sebenarnya perlukan review semula. Jika terlalu bergantung dengan itu kita sebenarnya menyempitkan ruang lingkup kebebasan berfikir. Kan sepatutnya fikiran itu ruang tanpa batasan. Saya cuba bawa misalan ini kepada perkara 'Usul Fiqh'. Terlalu bergantung kepadanya menyebabkan kita lemah berfikir di luar kotak, tak seperti ulamak silam sebelum wujudnya disiplin ilmu itu. Saya hentikan perbahasan itu di sini kerana ceteknya ilmu berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh.
Kalaulah kawan aku tu terbaca blog ini, tentu dia bangga kerana soalan remehnya menjadi perdebatan hangat di ruang lingkup pemikiran aku.
p/s: "Eh, kau dah tau warna kegemaran aku tu nak buat apa? nak hadiahkan sebijik honda civic kaler merun? hehehe...
p/s: "Eh, kau dah tau warna kegemaran aku tu nak buat apa? nak hadiahkan sebijik honda civic kaler merun? hehehe...
2 ulasan:
>☺☻<
paten~~new vocab 4 me ;p
Catat Ulasan