(Entri ini dah lama tersimpan, cuma baru hari ini publish selepas ditouch up sedikit sebanyak)
Memang sudah ditentukan bahawa kejadian aku adalah untuk aku sentiasa menginsafi siapa aku. Manusia dilahirkan sempurna, walaupun kesempurnaan hakiki itu tidak pernah dilihat manusia. Tiada cacat celanya aku, cuma selepas berada dalam persekitaran manusia, perbandingan dan perbezaan mula mengambil tempat, di situlah mula terdetik perasaan ini. Ya, kejadian fizikal (rupa paras <- perkataan ini lebih sesuai digunakan) aku tidaklah sehebat mereka yang lain. Siapa pernah bertemu aku? Tanyalah mereka, mereka memang arif. Tiada apa yang boleh dibangga dengan rupa paras ini. Aku tidak pernah dengar, dan rasanya susah untuk mendengar dan mengetahui bahawa akan ada orang yang suka aku disebabkan rupa paras ini. Berat nak kata, tapi aku gagahkan juga: gemuk, rendah, muka tak kacak, tangan calar sana sini, berparut, memang pakej lengkap untuk mengiyakan perasaan aku.
Insaf? Ya, baru-baru ini sahaja aku insaf. Sebab dahulu aku selalu bertanya, kenapa aku macam ini? Sesiapa saja kawan aku, atau orang yang aku kenal, jika aku bandingkan aku dengan dia, mesti ada sahaja kekurangan aku. Rasa rendah diri itu sentiasa ada bila berhadapan dengan orang. Tapi biasalah, buat apa kita hendak tunjukkan rasa rendah diri, simpan dalam hati seorang-seorang sudahlah. Itu dulu. Waktu hidung masih berhingus, dan tak pandai hendak lap. Sekarang aku suka berfikir semula, memang perasaan rendah diri itu memang ada, cuma aku mula sedar yang semua kejadian ini ada hikmahnya. Ayat klise kan? Tapi itulah yang memberi makna dan pengertian baru kepada apa yang aku fikirkan. Tak ternafi, kejadian aku tak sehebat dan seelok seperti yang lain. Aku pernah cuba bayangkan kalau aku ini sekacak Si Kacak, berbadan segak, tinggi, dan apa-apa lagi yang seerti dengannya. Mungkin masa itu aku lupa daratan, perleceh orang lain yang tak 'sesempurna' aku. Akhirnya tenggelam dan kebanggaan yang dicipta sendiri.
Alhamdulillah aku tidak sekacak Si Kacak. Ada ruang luas untuk aku menginsafi diri. Melihat kekurangan diri sekurang-kurangnya mengingatkan aku ada lagi yang lebih kurang dan malang daripada aku (ayat klise lagi..). Memang lah, walaupun dengan timbulnya sifat insaf ini rupa paras aku akan tetap macam ini, tetap tak cantik macam Si Kacak, itu aku sudah terima dan sebati kenyataan itu dalam hati ini. Cuma kelegaan itu timbul, kerana aku tidak kacak, jadi tertutup satu lubang untuk aku berbangga diri.
Yang kenal aku, ada yang kata aku pandai. Tetapi sebenarnya aku ini biasa-biasa sahaja. Tiada dalam satu periksa pun yang menunjukkan aku 'pandai sangat'. semua sama seperti orang-orang kebanyakan.
Oh, lupa nak cerita, sebagai lelaki aku juga rasa rendah diri kerana tidak pandai main bola dan bola keranjang. Dua permainan yang cukup cocok untuk melambangkan kelelakian. Cukup lengkap pakej 'kurang-lengkap' aku ini. Aku sentiasa bermonolog sendiri dalam hati, memikirkan kekurangan diri, tatkala kawan-kawan yang lain bercerita tentang perkara yang nampak kelelakian ini.
Hari ini aku memilih untuk menukilkannya di blog ini. Aku tak mahu ambil peduli ada pembaca atau tidak. Orang mahu baca atau tidak. Ini bukan sebuah perkongsian, apatah lagi iktibar yang boleh diambil pengajaran. Ini semata-mata nukilan di blog ini, untuk aku semakin menginsafi kejadian diri.
Ok, aku sekarang cuma ada pembolehubah hati, setelah pembolehubah rupa dan bakat telah dimalarkan. Semoga aku berjaya mengkacakkan hati ini, semoga kelihatan kacak di Hari Akhir nanti.
Amin, Ya Rabbal 'Alamin..
6 ulasan:
hai abg sazlie hensem.. hehehehe~ org pun tak cantik, tak pandai, tak reti masak. ngaa~
nk cantik kan hati jugek! >.< nk yang baru!! *tiber emo :P*
Apa gunanya jika kacak fizikal tapi rosak rohaninya. Setiap ciptaan ALLAH itu ada baik dan buruknya. Lebih penting untuk kita curi perhatian ALLAH berbanding penuhi kehendak manusia yang tak pernah cukup. Yakin dengan kebolehan diri, dan pandanglah kepada insan yang hidupnya kurang berbanding diri kita.
sazlie, mana ada manusia yg smpurna.. btol x? bersyukur n hargai ngan apa yg kta miliki.. smua org sama je ada klbihan n kekurangan msing2 lgpun Allah x pndang rupa paras kita tapi pada niat hati dan amalan kita:-)
-->gemuk, rendah, muka tak kacak, tangan calar sana sini, berparut, memang pakej lengkap untuk mengiyakan perasaan aku<-- *ish.. sazlie je yg rasa mcm ni*
jngn mrendah diri sngt la sazlie.. skali skala tu cba la puji dri sndri plak;-)hehe
asma:
haha... hensem la sgt. asma buat apa skang ni? tak lama lg konvo kan?
tnpa nama:
'Apa gunanya jika kacak fizikal tapi rosak rohaninya' vs 'Ada gunanya jika kacak fizikal dan tidak rosak rohaninya'.
timekasih. akhirnya, ayat klise jg yg menjadi nasihat.. kn? ;-)
ayuz:
sekali sekala tangan ingin menulis apa yang hati ingin kata, walaupun itu yang sebenarnya tidak ingin dikata oleh hati.
Cukup lengkap pakej 'kurang-lengkap' aku ini --> mmg lengkap pakej kau. Tak puas dengan itu, kau nak tambah lagi pakej 'hamba durhaka, anak durhaka, teman durhaka'. Mmg betul-betul lengkap! Tahniah la kau
anoy 9/2/11 9.47am: sapa ni?
Catat Ulasan