Isnin, 28 Februari 2011

Kata-kata

Semalam, balik dari kenduri kahwin, dalam kereta, aku ambil keputusan untuk tidak banyak bercakap. Berjalan, Melihat dan Mantafsir bak kata lagu nasyid kumpulan apa tah yang aku tak ingat. Akhirnya dapat aku simpulkan apa yang aku renungkan kepada beberapa patah kata:

1. Berkatalah daripada kesimpulan-kesimpulan buah fikiran. Ianya lebih tepat, padat dan bererti.
-Jangan membazirkan terlalu banyak kata-kata untuk bercakap tentang sesuatu perkara. Lagi banyak bercakap lagi banyak pemohongan yang mungkin kita lakukan. Seelok-eloknya banyakkan lah diam, dan berkata bila ada keperluan. Itu lebih enampakkan yang kita bijak.

2. Hidup ini terlalu panjang bagi mereka yang meninggalkan solat, dan hidup ini pula terlalu singkat bagi mereka yang menjaga solat. Jadi logiklah mereka yang menjaga solat lebih beringat tentang saat matinya nanti.
-Bagi orang yang tidak pernah meninggalkan solat, sentiasa takut jika terlepas waktu solatnya, dia akan merasakan sepanjang harinya mesti sentiasa bersedia. Sesudah habis satu solat wajib, maka mereka akan berjaga-jaga sehingga masuk waktu selepasnya. Dan apabila masuk waktu solat itu, mereka akan berjaga-jaga dengan waktu sehinggalah mereka menunaikan solat pada waktu itu. Kitaran berjaga-jaga dan sentiasa peka terhadap waktu ini akan terus berlaku dan akan memotivasikan mereka bahawa hidup in kena sentiasa bersedia. Jika waktu solat dibahagi sama rata, maknanya setiap lebih kurang 4 atau 5 jam sekali mereka harus menunaikan kewajipan solat. Atau contoh lagi tepat adalah ketika musafir dan kita dibenarkan men-jamak-kan solat. Maknanya setiap 8 jam sekali kita harus bersedia. Mungkinkah orang yang tidak solat langsung akan sesensitif ini?

Sekian dari saya. Harap dapat perbetulkan apa yang silap dari fikiran ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: