Selasa, 10 Januari 2012

Kuliah Maghrib 10/1/2011

Kisah Nabi Musa selepas diselamatkan daripada Firaun

Bani Israel meminta panduan hidup daripada Nabi Musa
N.Musa mohon kepada Allah dan Allah kata pergi ke Bukit Thur selama 40 hari dan akan diberi Taurat.
Nabi Musa berjalan lebih cepat daripada kaumnya dan ditegur Allah.
Semasa ditinggalkan Musa (Nabi Harun bersama Bani Israel), kaumnya telah diuji dan disesatkan oleh Samiri.
Samiri telah menyesatkan Bani Israel dengan menyuruh mereka menyembah lembu.
Samiri telah mengambil emas yang ditanam oleh Israel (hasil rampasan dari Firaun) dan campur dengan tanah dari tanah tapak kaki kuda Jibril(Jibril mengetuai rombongan ketika itu) dan membentuk lembu.
Lembu itu hidup kemudian Samiri berkata: "Wahai Israel, N.Musa berjanji tidak tinggalkan kamu tetapi kini dah tinggalkan kamu. Maka sembahlah lembu ini."
Allah lalu murka dan kata perbuatan itu adalah zalim. Allah kemudian ampunkan mereka dengan mereka bertaubat.
N.Musa kata mereka harus bertaubat dengan membunuh diri.
N.Musa kata sesiapa yang menyembah mesti dibunuh oleh yang tidak menyembah.
Lalu hukuman berjalan.
Assignment: Apa terjadi kepada Samiri?

HADIS

Keistimewaan umat Muhammad dijadikan seluruh bumi ini tempat sujud.

Kisah Zunnun Al-Misri yang dituduh mencuri permata semasa dalam pelayaran. Lalu turun ke atas laut dan solat di atas air. Kemudian banyak ikan timbul dan membawa mutiara. Terbukti tidak bersalah kerana dia tidak memerlukan harta sampai mencuri sedangkan beliau boleh dapat dengan hanya berdoa.

Orang bakhil adalah yang apabila disebut nama Nabi Muhammad dia tidak berselawat kerana sombong untuk diselawat oleh Allah sebanyak 10 kali.

Tiada ulasan: