Isnin, 9 Februari 2009
Sulatus Salatin
Titah Seri Teri Buana, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, " Jikalau raja Melayu itu mengubah perjanjiannya dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya. " Itulah dianugerahkan Allah subhanahuwataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadhilatkan dengan kata-kata keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa........Sulalatus Salatin m/s 26 (cetakan kelima 1996 A. Samad Ahmad)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Raja Melayu?????
Raja Norjan....????!!!
apa la yang ko cbe sampaikan...macam blaja AA da ak rasa..=p
kalau keMelayuan ini yang hangat diperbincangkan, tidakkah ini teks yang patut mereka takjub dan rujuk, sembah menerimanya sesetianya.
Catat Ulasan