Sabtu & Ahad baru ini aku mengikuti kursus anjuran Pertubuhan Ikram, Kursus Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk 1. Ada no 1 tu maknanya akan ada yang no 2, 3 dan seterusnya. Sapa tahu kan? Gambar di bawah adalah seorang aktivis dakwah Ikram, Hj Muhammad Nicholas Sylvester. lebih kurang gitu lah ejanya. Orang KadazanDusun yang sebelum ini memeluk dan menyebarkan agama Kristian. Kalau tidak kerana ada orang yang berdakwah, mana mungkin orang macam Pak Haji ini akan tertarik dengan Islam. Alhamdulillah, beliau di pihak yang benar dan berkesedaran pula untuk memberi kesedaran kebenaran agama kepada yang lain.
Memang mudah untuk mengikuti kursus dakwah. Dengar teori, penerangan dan contoh berkenaan dakwah. Terpana kita mendengar ketabahan kisah nabi kita berdakwah di Taif dan disambut dengan balingan batu, tapi tidak putus asa. Bagaimana mantap glerr sahabat2 nabi dahulu berdakwah sampai ke negara China, sehingga kewujudan Islam di sana amat terasa. Mungkin ramai yang tidak tahu, Dinasti Ming yang memerintah China selama lebih kurang 300 tahun adalah beragama Islam. Laksamana tersohor ketika itu, Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho adalah seorang Islam. Lihat betapa islam itu tersebar ke merata bumi dibawa oleh pekerja2 dakwah yang tabah.
Jadi, di mana kita? Masyarakat Islam Malaysia telah lama duduk sebumbung, berpijak di tanah yang sama dengan Yang Belum Islam (YBI) tapi belum penah didakwah. Aku mendengar input yang diberikan dengan bersemangat, dihiasi kisah-kisah indah kejayaan, ibarat candu bagi mereka yang ketagih. Pergh... sungguh mengkhayalkan. Hari kedua kursus, kami dibawa ke lapangan. Aku kena ke Giant batu Caves, untuk praktikal memperkenalkan Islam kepada YBI. Kalaulah itu program multi-level-marketing, atau anjuran syarikat yang buat direct selling, dah lama aku angkat kaki sebab rasa dipergunakan. tapi untuk berdakwah ini tidak, sapa yang nak pergunakan aku? Allah? Cakap baik2 sikit beb.. Kalu kita tak sampaikan dakwah pun Allah tak rugilah, sikit pun tak berkurang keaqungan Dia. jadi aku buat ini sebenarnya untuk diri aku (cewah.. ayat macam orang tabligh). Sebenarnya memang untuk diri aku pun, kerana kita nanti akan ditanya di akhirat nanti jika tidak menyampaikan ayat-ayat Allah.
Alhamdulillah, target yang kami kena capai adalah bertemu dengan lima orang, tapi aku dapat jumpa satu je. hehehe... (boleh lah tu). Mad'u (orang yang didakwah) itu seorang buddhist, cina dan masa akun jumpa tu dia tengah makan. aku inta duduk sekali, kata nak buat survey tentang pendapat YBI terhadap Islam. Dia kata Islam bagus, bukan untuk Melayu sahaja, dan bukan mengajak kepada keganasan. Dia tiada masalah dengan islam, cuma dia kata kalu aku ajak dia masuk Islam, dia tidak boleh. sebab? sebabnya adalah asal keturunannya memang buddhist. Dia fire aku balik, kata dia, kalau saya ajak awak masuk buddhist pun awak meti tak mau kan? sebab mak pak awak orang Islam. aku pun senyum je.
dalam kursus aku diajar memang orang cina ni ethnocentric. maknanya kuat berpegang kepada ke-etnik-an. hakikatnya memang ramai cina masih tidak memeluk islam sebab takut kena tukar nama, tukar nama maksudnya buang keturunan, kerana mereka amat berbangga dengan sir name mereka. itulah salah tanggapan di Malaysia ini. tapi alhamdulillah, ada segolongan aktivis dakwah yang bertungkus lumus mencerahkan perbezaan Islam sebenar dengan amalan yang kurang tepat tentang Islam di Malaysia ini.
Sebelum beredar aku sempat bagi buku 'The Meaning of Islam' kepada dia. Sempat juga die belek muka pertama, dia kata, Woo... ini Islam dengan Kristian itu sama ka? aku senyum lagi. begini encik, memang ada persamaan Islam dengan Kristian, tapi kami mula berpisah bila bicara tentang nabi Muhammad. Kristian tidak mengakui kerasulan Muhammad dan menganggap Nabi Isa (Jesus) itu adalah Anak Tuhan, tapi bagi kami Nabis Isa adalah salah satu nabi yang wajib dipercayai, dan Nabi Muhammad datang memansuhkan segala ajaran nabi-nabi sebelum ini.
Ada mafhum hadis yang menyebut ketika kedatangan Muhammad itu, islam itu ibarat rumah yang sudah tersergam indah, Muhammad cuma datang untuk buat last touch up sahaja. Maknanya ada kesinambungan antara ajaran yang dibawa oleh nabi2 sebelum ini dengan ajaran dibawa oleh Muhammad.
Kesudahannya, aku pulang semula ke tempat kursus dengan harapan mad'u yang aku jumpa tadi akan diberi sinar Islam. Insyaallah. dan aku berharap aku akan sentiasa rasa terpanggil dan sentiasa diberi kelapangan dan kekuatan untuk berdakwah. dan juga berharap apabila aku dihadapkan di hadapan Allah nanti, aku ada jawapan untuk diberikan.
3 ulasan:
Correction:
sir name -> surname..
ok, timekasih pokokhijau.. lama betul tak dgr kaba pokokhijau ni, harap2 sihat la ye. timekasih la sbb masih membaca blog ni lg ye. ;-)
hee.. sama2. alhamdulillah, sihat aja.. teruskan berjuang utk dakwah islamiyyah..
Catat Ulasan