Hujung minggu lepas, aku ke satu kawasan penempatan di pinggir KL. Senang kata kawasan rumah pangsa. berpangsa-pangsa rumah aku nampak. Tinggi sampai menonggak kepala, menongkat langit. Padat tak usah kira, agak-agak kalu turun semua boleh sampai target untuk demo Bersih 2.0 nanti. Yang aku ternampak adalah betapa untuk hidup di KL ini mereka terpaksa pasrah dan berserah seadanya. Apa tidaknya, di KL ini, keheningan pagi indah itu harus dibayar, ruang berlegar dan bergerak itu juga ada bayarannya. maka yang termampu bagi si 'kais pagi tak cukup makan, tidak kais tidak makan' akan mencapai apa sahaja termampu. rumah sekadar untuk berteduh, tanpa ruang yang banyak, terpaksa berkongsi tanah (mana tidaknya, orang tingkat dua ke atas berkongsi tanah dengan tingkat satu), dan segala lain macam keperluan. Aku melihat anak-anak berlari bersama rakan, entah apa bikinnya. Apa khabar anak itu, cukup padangkah untuk kau berlari?
Penempatan sepadat itu mungkin sahaja mengundang segala masalah sosial. Setandan pisang, pasti ada sebiji dua yang busuk, begitu jugalah kejiranan ini. Entah berapa jenis perangai manusia yang ada di situ, bercampur baik dan buruk. Bukan melarang kita bergaul dengan orang yang kurang baik ini, cuma dalam keadaan sepadat ini, susah bagi kita mengawasi pergerakan setiap daripada mereka. Beruntunglah jika kejiranan ini mempunyai semangat perpaduan kukuh dan cintakan kedamaian. Jika tidak, bagaimana pula?
Alhamdulillah, di rumah yang saya menyewa ini tidak sepadat di sana. Jika mendongak pun, tak lah perlu terlalu tinggi untuk melihat rumah tingkat teratas. Surau berfungsi baik sebagai penyebar syiar dan kehamonian jiran. terfikir bagaimana nanti generasi bawah saya, perlukah saya menjadi kaya supaya boleh membeli segala kebahagian dan keindahan di KL ini? Supaya hati tidak runsing memikirkan sebarang kemungkinan.
Ahh.. indah dan damainya hidup di kampung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan