Hari ini kita bercakap pasal anak. Anak mereka, anak kau, anak dia dan juga anak aku sendiri; anak aku sendiri itu belum terzahir lagi zatnya (matter), yang ada mungkin bentuk/surah ketentuan (form) sahaja.
Aku selalu makan di luar; rutin hidup bujang kota. Selalu sahaja aku perhatikan kalau-kalau ada femili yang makan di kedai. Antara soalan yang selalu terlintas kat kepala:
- Mak/isteri dia tak masak ke? Kalau tidak, kenapa?
- Sibuk sangat ke ibu bapa / suami & isteri ini?
- Macam mana cara mak ayah ajar anak diorang ni? (sambil lihat telatah anak-anak diorang)
- Ajaran agama untuk anak- anak itu macam mana? (ada anak yang aku nampak macam mengarah-arah ayah dia)
- Pendidikan untuk anak-anak itu? (Aku pernah nampak ayah bawa anak sarapan di kedai dan hari itu ialah hari persekolahan)
- dan macam-macam lagi la..
Pening-pening. Tengok anak-anak yang makan di kedai itu pun sudah membuat aku terfikir dan bimbang, bagaimana pula kalau aku berjalan-jalan di Bukit Bintang melihat telatah anak-anak remaja bersiar/peleseran/pacaran (Aku pernah sekali ternampak mat saleh tengah bercium mulut dengan selambanya di BB tu. Nasib baiklah perempuan itu bukan anak seagama aku, pada pndangan mata kasar aku la).
Wahai kawan, jagalah akhlak kita, jagalah perhubungan kita. Kelak nanti mudah untuk kita menjaga 'warisan' kita nanti. Kepada yang sudah berkahwin dan dikurniakan anak, selamat aku ucapkan dalam pertempuran mahadahsyat ini. Perjuangan kau bukan untuk membesarkan anak tetapi untuk melahirkan seorang khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Aku ambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah bagi yang telah mendapat anak.
p/s: mungkin blog ini boleh jadi rujukan kita bersama: Tips Keibubapaan. Sambil-sambil itu, kita layan dulu lagu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan