Rabu, 25 Ogos 2010

Erti Puasa

[Tajuk] di Bulan Ramadan


Sesekali teringat lagu Ramadan nyanyian Fotograf,

Pertama Ramadhan Ini

Pertama ramadhan ini
aku tidak berlapar lagi
kerna mengingati Mu

Pertama ramadhan ini
aku tidak kehausan lagi
kerna merindui Mu

Sepatutnya entri ini adalah cerita aku sebelum Ramadan membuka tirainya. Aku sebenarnya sudah penat dengan Ramadan yang dipenuhi majlis berbuka dengan makanan yang mewah, berbuka bersama-sama kawan sampai hampir telepas Maghrib. Berbelanja untuk raya sehingga tiada masa beramal dan pelbagai lagi perkara 'mengarut' yang sepatutnya tidak terjadi di bulan Ramadan ini.
Jadi, sebelum bermulanya Ramadan, aku bertekad untuk berpuasa dengan sebenarnya. Aku mahu untuk pertama kalinya Ramadan ini, aku tidak lapar lagi, aku tidak haus lagi, dan aku tidak gelojoh dengan 'perkara-perkara' raya. Siapa boleh beri jaminan kepada aku bahawa tahun hadapan aku akan bertemu Ramadan lagi? Tiada. Aku ingin buka seluas-luasnya hati, aku mahu bayu dari syurga yang dibuka pintunya seluas-luasnya oleh Allah akan sampai kepada aku. Aku mahu bayu itu melembutkan hati keras ini.
Cukup sedar, aku bukan orang yang boleh dikatakan baik. Setiap tingkah, kata dan fikiran tentu saja ada yang tidak menyenangi. Aku sedar diri ini belum pasti dijamin akan ke syurga, jika tidak kerana amalku yang tidak cukup, mungkin juga kerana dosaku sesama manusia. Sedikit sahaja aku 'berurusan' dengan manusia, aku sudah melupakan Allah Maha Esa.
Pertama Ramadan ini, aku bertekad untuk 'melupakan' dunia seketika. Jika ada kata yang terlafaz, aku harap ianya adalah kata-kata yang baik, jika ada perbuatan yang terlaku, ianya adalah ibadah dan jika ada terlintas dalam fikiran, ianya adalah keranaNya. Tapi aku manusia lah kawan, pagi cakap lain, malam buat lain. Aku berdoa agar aku mampu melakukan apa yang aku tekadkan.


Biarku bersendiri
kerana:
Aku mahu hati ini menangis ketika diingatkan dengan Allah,
Aku mahu tidak lapar apabila tidak makan,
Aku mahu tidak haus apabila tidak minum,
Aku mahu tidak rugi jika tidak 'bergembira' berbuka bersama kawan-kawan,
Aku mahu tidak rugi jika tidur ku tidak cukup,
Aku mahu tidak rugi jika masaku habis dengan mengaji,
Aku mahu semua,
Semua aku mahu,
Kerana aku tak boleh menjamin bahawa aku akan bertemu Ramadan hadapan,
Dan tidak menjamin akan ditempatkan di syurga

SEMOGA RAMADAN INI MEMBERI MAKNA KEPADA KITA. AMIN...

3 ulasan:

Zahpp berkata...

Peringatan dari seorang ustazah:
Abu Ishak as-Subai’ei menderita sakit, seluruh anggotanya lemah selama dua tahun sebelum menemui ajalnya. Dia tidak berupaya untuk bangun tanpa pertolongan orang lain. Apabila dia sudah berdiri tegak (dengan bantuan orang lain), dia memulakan solat, membaca 1000 ayat dalam keadaan berdiri!
Subhanallah! Alangkah malunya kita.

Nurulbadiah Lai berkata...

salam raamdhan dari nurul..pertama kali disini..
iye..semoga ramadhan kali ini menjadi raamdhan yang terbaik utk kita..alangkah indahnya kite..dilahirkan sebagai muslim..dapat kita merasai nikmatnya islam..nikmatnya ramadhan..

sama2 lah kita sebagai muslim..berusaha untuk menjadi Hamba Allah yang soleh dan solehah..amin..
selamat hari raya sahabat

Muhd Sazlie berkata...

Nurulbadiah Lai: Amin.. Selamat Hari Raya sahabat IT baru..