Jumaat, 14 Januari 2011

Budak Kecik



Jangan tanya apa-apa, aku tak pernah pun jumpa budak ini. Tiada apa-apa pun istimewanya dia ini, sama macam budak-budak kecil yang lain. Tapi bezanya dengan kita sangat jauh. Kita dah bertahun lama buat dosa, sedar atau tidak tetapi budak ini suci dari dosa. Putih bersih dan jaminan syurga jika masih belum baligh lagi. Budak sekecil ini siapa lagi yang patut mengajarnya kalau bukan kita.Renung wajah dia, betapa kasihannya dia kalau kita abaikan hak-hak dia. Berikan dia bekalan apa yang perlu dia bawa apabila dewasa nanti. Sanggup kita lihat lahir seorang lagi gadis yang rosak akhlak, lupa pada tuhan, dan dimurkai Allah.
Kalau aku terjumpa anak kecil ini, ingin saja ku menjadi zombi, ku kopak kepala otaknya, lihat apa yang sudah terisi, jika kurang ilmu al-qurannya, ku ajar dari alif ba ta sampai ke tarannum, jika kurang ilmu agamanya, akan ku didik akhlak, fekah, dan tauhid. jika kurang pekerti, akan ku titip adat dan budaya timur yang indah. Kerana dia adalah amanah kita, generasi terdahulu sebelumnya.
Muka kudus anak kecil itu, meruntun jiwa kita, menyuruh kita menilai dunia yang penuh kebaikan yang kita tinggalkan. Kita menjadi penipu, penyamun, perompak dan penjahat apabila semakin dewasa, sedangkan pada anak kecil ini, tiada terdetik pun perkara itu.
Pandanglah pada mana-mana anak kecil, dan ambillah pengajaran. Kembalilah kita kepada fitrah.

Anak kecil ini amanah kita.

(tulisan tanpa edit, betulkan mana maklumat yang salah ye)

Tiada ulasan: