Selasa, 4 Januari 2011

doa org takde duit

ada usrah malam ini, kat putrajaya. itulah intipati sms kawan aku semalam (tige januari). Alamak jauhnya, tgk kat google tadi ada lah dlm 40-50 km nk kena redah. dah la minyak tak berapa ada tu, kena isi lagi, tol plak konfirm banyak. hmm.. duit pun xde la banyak pun. rasa macam malas je nak pegi. hehe.. tapi bila fikir balik, kalau keluar duit untuk kerja2 agama macam ini tak payah la berkira, kalau tak kat dunia, tuhan bayar kat akhirat. takkan la kita hidup melata kerana berbelanja untuk perkara agama. tiba2, trutt trutt,

"Askm mlm ni usrah di rumah akhi Kamil. putrajaya. Kalau anta dapat hadir boleh pergi sekali. Ana plan bertolak 8.45"
sms dr naqib usrah.
Dalam sekelip mata je rasanya masalah selesai. Itulah balasannya kalau kita berbelanja di jalan Allah. dalam kes ini baru je berniat nak belanja. tapi Allah dan mudahkan. Allah mengarahkan hambanya untuk menolong hambanya yang lain dalam kesusahan.
p/s: Ini kisah benar, sebab itu jalan ceritanya tak berapa gempak. lainlah kalau cerit2 keinsafan rekaan di tv, jalan cerita mesti gempak, kena ada scene menangis barulah boleh dipanggil keinsafan. biasalah trend zaman sekarang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

So true.

Tp bila baca part:

"p/s: Ini kisah benar, sebab itu jalan ceritanya tak berapa gempak. lainlah kalau cerit2 keinsafan rekaan di tv, jalan cerita mesti gempak, kena ada scene menangis barulah boleh dipanggil keinsafan. biasalah trend zaman sekarang."

Rasa nak tergelak pulak. Klakar juga anda ni.