BAHASA: Tajuk di atas 'valid' sebutannya pada tahun2 ke depan ini. Itu lambang trend perubahan dan dinamika bahasa melayu yang sentiasa berkembang. jangan sekat ia atas alasan semata2 merosakkan bahasa. Bahasa harus dibiarkan sebegitu kerana keanjalan yang sebegitu akan mengindahkan, mewarnakan, menyerikan seterusnya memperkasa bahasa melayu. jika kita tegar untuk menyuruh orang bercakap pada laras yang baku dan standard sahaja, lama kelamaan minat terhadap bahasa keramat ini akan pudar, dan mereka akan memilih bahasa lain yang lebih anjal sebagai bahasa pilihan. Contoh terdekat adalah Inggeris.
MUAMALAT: atau bahasa biasanya pergaulan antara manusia. Fokus di sini antara perempuan dan lelaki yang boleh berkahwin. Definisi pergaulan bebas kini sudah bertukar, meski pun hukumnya tetap sama. dulu boleh dikatakan tiada keperluan langsung untuk lelaki bertemu perempuan atas urusan apa pun, terutama keja. Sekarang pertembungan itu sudah tidak dapat dielak. Dekad lepas di alaf ketiga ini menyaksikan perubahan ketara yang tidak tergambar pun oleh nenek moyang kita yang hidup di zaman sebelum merdeka. jika kita masih lagi mengikut definisi mereka, kita sudah ketinggalan zaman. kesannya, golongan muda tidak akan selama2nya bersetuju dengan kaum tua. akhirnya, kaum tua akan ketinggalan kerana dunia ini akhirnya milik kaum muda. jadi, pendekatan baru harus diolah, pemikiran segar harus dicerna, berbetulan dengan hikam (kata-kata hikmah) saidina umar, didiklah anak2mu dengan cara mereka.
PERUBAHAN: dari segala genap golongan dan pemikiran, kita harus menerima perubahan. tiada satu pun yang kekal (kecuali Allah) melainkan perubahan. semua mesti menerima perubahan. Quran dan Sunnah sebagai tiang paksi segala hukum, memang tiada perubahan dan jangan kita ubah. Pendekatan dan penerimaan itu yang seharusnya berubah. menyuruh anak gadis menutup aurat tanpa memberi opsyen untuk mereka berhias dan bercantik2 adalah sesuatu yang salah. mereka bukan hidup di zaman semua perempuan tempatnya di dapur. kini ketua muslimat pas pun ada fesbuk. jika diletak gambar yang sugul dan kelam manakan nampak elegan dan gahnya Islam di mata bukan Islam. hukumnya tetap sama, tetapi pendekatannya mesti segar dan mendepani zaman. itu hakikat yang harus kau terima, kaum tua.
AKU: bagi menyimpul tahun 2010, aku bariskan satu kata2, tahun 2010 adalah tahun jatuh cinta dan menjatuhkan cinta. Menyoroti satu demi satu peristiwa, banyak kenangan yang membuahkan cinta kita. Betapa kejayaan dan memori manis yang kita telah cipta itu membuahkan cinta. dan di satu lagi keadaan, ada 'cinta2' yang sedang mekar dicantas, itulah maknanya menjatuhkan cinta.
KESIMPULAN: 2011 menyediakan sekali lagi peluang bagi yang gagal dan membuka lebih luas ruang untuk yang berjaya.
1 ulasan:
ada satu fakta salah, cuba cari.
Catat Ulasan