Sehingga ke saat ini, apakah genre sebenarnya penulisan yang aku minat ini pun aku tak tahu namanya. aku suka membaca tulisan budak-budak indie (ini sebagai contoh: sufian abas), bukan kerana mereka budak, apatah lagi kerana mereka indie tetapi mereka berkarya dengan genre yang aku minat. Suka sampai tersenyum lebar dan terkagum-kagum (betulkah perkataan ini) aku dengan tulisan mereka. tetapi jika ada si pak tua yang menulis dalam genre yang aku minat pun aku akan baca sebenarnya. Ia tiada kaitan dengan beza usia.
Cari punya cari, aku terjumpa ini, kemudian aku mencari siapa pak tua ini sehingga aku jumpa ini. Dengan penuh rasa inginkan jawapan aku membaca sehingga aku terbaca tentang ini di profile-nya. Adakah SURREALISM itu sebenarnya genre tulisan yang aku minati?
Dahulu pernah juga aku membaca himpunan cerpen yang ditulis di kulitnya, "Cerpen-cerpen Eksperimental". Jadi semenjak itu aku bermazhab bahawa genre yang aku minati adalah tulisan-tulisan EKSPERIMENTAL. Dan sekarang aku keliru, apa sebenarnya surrealism, apa sebenarnya eksperimental, apa beza keduanya, apa persamaan, dan yang paling penting, apa jawapan kepada soalan aku, "Apa Nama Genre Tulisan yang Aku Minat Ini Sebenarnya?"
tambahan: Aku sebenarnya suka menghasilkan tulisan menggunakan perlambangan sehingga memaksa orang berfikir tentan maksudnya. Kekadang aku sengaja sembunyikannya sehingga susah dicari, tapi yang penting, ia straight forward sebenarnya tulisan aku ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan