"Untuk membolehkan tindak balas ini berlaku, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah suhu bagi kedua-dua bahan kimia itu. Apabila telah mencapai takat suhu tertentu, maka atom-atom (bagi yang adiunsur) atau molekul (bagi yang mempunyai banyak unsur) yang membentuk bahan kimia itu akan mempunya cukup tenaga untuk bergetar. Apabila dua bahan berlainan unsur (ambil sahaja contoh 2 larutan kimia) dicampurkan di dalam balang dan dengan kepanasan yang tertentu maka aatom-atom atau molekul-molekul ini akan bergetar dan bergerak secara rawak menggunakan hukum Brown akan berlaga sesama sendiri dan menghasilkan tindak balas kimia."
"Keadaan seterusnya adalah kelajuan semasa berlaku pertembungan itu juga memainkan peranan. jika lemah, kemungkinan dua atom/molekul itu tidak dapat bertindak balas, lalu yang terjadi hanyalah pertembungan sementara dan kemudiannya terpelantun masing-masing ke tempat lain."
"Keadaan yang lain pula adalah sudut pertembungan itu. Ini boleh lebih difahami sekiranya kita melakar 'anatomi tubuh' atom/molekul itu. Sekiranya sudut pertembungan itu 'memuaskan', maka dengan suhu yang sesuai, dan kelajuan yang cukup, maka sesebuah tindak balas kimia boleh berlaku. Boleh kita andaikan bahawa perlagaan dua atom/molekul itu berjaya membentuk satu molekul yang baru, seterusnya bahan kimia yang baru."
"Berdasarkan kepada jenis unsur atom itu, atau jenis-jenis unsur molekul itu, proses 'percantuman' dua atom/molekul akan membentuk beberapa jenis ikatan, ikatan kovalen dan ikatan ionik. Ikatan kovalen adalah berbentuk perkongsian elektron, manakala iatan ionik berbentuk perpindahan elektron ke unsur satu lagi. berasaskan ini, sifat-sifat sebation itu dapat ditentukan. Ada yang mudah larut air, ada yang berkeadaan rapun, ada yang bersifat konduktor elektrik dan pelbagai lagi"
Cikgu kimia itu menutup kata-katanya, "tapi ini bukan tentang Unsur dan Ikatan Kimia, tapi ini adalah tentang Jiwa dan Ikatan antara Keduanya"
Murid itu menambah, "tanpa dimasukkan unsur perasaan di dalam atom itu"
Dua unsur atau dua jiwa?
Luar kelas: cerita ini ditulis dengan sisa-sisa pengetahuan kimia sekolah dan berbantukan rujukan google.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan