Pada siangnya, perasaan untuk bawa kereta meluap-luap.Entah kenapa. Mungkin sekali sebab tayar kereta itu sudah lebih seminggu tidak bergolek. kalau ya pun, cuma pergi tempat yang dekat sahaja. Maka aku putuskan untuk solat isyak nanti aku mesti bawa kereta ke masjid. Aku cuba mengarahkan keinginanku ke arah yang bermanfaat dan ada unsur-unsur keberkatan di situ. Insyaallah.
Maka berkeretalah aku ke masjid malam itu. Sampai ketika imam sudah rakaat ketiga, masbuk lah jawabnya aku ini. Selesai sahaja solat, dan berwirid sedikit, imam ajak makmum untuk bersolat hajat, katanya ada hajat dari seseorang yang meminta kita doakan. Ketika takbir diangkat, aku masih lagi menhabiskan rakaat-rakaat solat Isyak. Sudah sahaja aku memberi salam, imam dan makmum-makmumnya berada pada rakaat kedua, lantas berkatalah hati aku, "Malaslah nak join, balik teruslah". Macam ini punya malas pun ada juga rupanya. Aku pun keluar masjid menuju ke kereta yang tengah dimanjakan itu.
Tiba-tiba di luar masjid ada seorang budak lelaki tengah menangis. Aku tanya kenapa, dia jawab hendak balik rumah tapi tiada orang hendak hantar. Ah, pendekkan sahaja cerita, budak lelaki itu, dan abang dia sebenarnya -abang dia lambat sedikit muncul di dalam cerita ini kerana semasa aku jumpa budak itu, entah ke mana entah abang budak itu pergi-baru habis tuisyen di masjid. Mak budak itu yang hantar ke situ, dan biasanya ada ustaz yang hantar 'pentuisyen-pentuisyen' di masjid ke rumah. Disebabkan sedikit yang datang, maka ustaz itu tak perasan atau pun malas nak hantar budak itu balik -malas macam ini pun ada juga ya- Maka menangislah budak itu tidak dapat balik rumah.
Sebagai penduduk yang bertanggungjawab, aku hantar jugalah budak dan abang dia itu ke rumahnya. maka selesailah masalah budak yang menangis itu. lagipun rumah budak itu tidak jauh mana pun, dekat sahaja.
Pengajaran:
1. Tension jugak bila budak tu kata tak tahu rumah kat mana, dan tak tau macam mana jalan nak ke rumah, tapi bila fikir balik, aku sebenarnya pun macam itu juga, terlupa sebab dah lama tinggalkan zaman kanak2.
2. Dalam perjalanan aku tanya soalan-soalan pasal keluarga diorang, tapi pasal ada kakak atau tidak aku tak tanya ye. Diorang ada kata ayah diorang tinggal di rumah lain. maka secara literalnya aku faham ayah dan mak diorang tidak tinggal sebumbung. Aku konklusikan, mungkin ada masalah keluarga, tapi alhamdulillah budak2 tu tak nampak macam diabaikan mak bapak.
3. Yang ni paling penting. aku nak katakan semuanya sudah dalam perancangan Allah dan Dia berkuasa ke atas kita untuk 'mengarahkan' kita buat apa yang Dia suruh. Aku sebenarnya menjadi askar Allah untuk menghantar budak-budak yang tidak berdosa, tambahan lagi baru balik tuisyen di masjid, ke rumah mereka. Tak pernah ada dalam jadual aku untuk ke masjid solat isyak naik kereta. biasanya ke surau yang dekat naik motor je. kita boleh bayangkan bagaimana Allah di 'atas' mengatur perjalanan hamba-hambanya dan mendatangkan pertolongan dari sudut yang tidak terjangka. kes budak ini kecil sahaja bagi kita, tapi besar bagi diorang. kalau tidak takkan lah budak tu sampai menangis-nangis. benarlah bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.
4. Adanya blog ini, bolehlah boleh aku hikayatkan di pentas maya ini. semoga ada manfaatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan