Khamis, 21 April 2011

tenggelam

biarkan aku hari ini tenggelam. melayan diri, melayan hati, dan juga karya budak2 indie. biarkan fikiran ini hanyut dibawa arus tulisan mereka. setelah puas aku menatap dunia, hari-hari mendengar ayat korporat, bicara korporat. korporat dan aku ibarat jodoh yang terlalu jauh. mahu saja aku lari, tapi aku masih tidak boleh lari. aku sendiri mengikat kaki di batang korporat, bagaimana aku mahu lari? (kenapa aku masih tidak boleh menerima korporat dalam hidup, sedangkan aku mengais rezeki di lamannya adalah satu soalan sukar dicari jawapan).
Aku juga sudah penat dalam tawar menawar cinta. Cinta itu definisi mereka adalah rumah indah dan kereta sebiji di laman dengan anak-anak bermain gembira, si suami dan isteri duduk penuh mesra, sambil tidak melupakan tuhan. sedang bagi aku cinta itu satu fitrah. berumahkah aku, berkeretakah aku, itu tidak penting. rukun cinta itu bahagia dan adalah satu mitos (harap betulkan sekiranya aku sudah tersasar) mengatakan bahagia itu dibawa oleh pasangan terbaikmu. Tiada pasangan terbaikmu, maka tiadalah bahagia. itu mandatori. sedang bagi aku bahagia itu adalah hasilan yang dicipta oleh kedua-dua pasangan, yang dua hati mereka saling berpaut dengan tali Allah dan mengharapkan keredhaan Allah dalam berkeluarga.
Jadi aku sungguh terganggu dengan mitos itu, kontradik dengan kepercayaan aku bahawa bahagia itu bukan di bawa oleh seseorang yang terbaik, tetapi dicipta oleh sepasang kekasih yang telah halal bersama yang mengharap keredhaan Allah di dalam hidup berkeluarga. aku percaya, kita mesti mencari yang terbaik. Itu nasihat Nabi.
Dua kali aku ulang tanda aku ingin laungkan sekuat-kuatnya, sehingga keluar dari skrin komputer ini gema-gema suaranya sehingga menusuk ke telinga dan bergetar hebat di gegendangnya, bukan sahaja kepada kamu, malah dia, dia, dan juga mereka.
Aku juga terganggu dengan berita lendir-lendir pemimpin bersama pelacur. kenapa kau hidangkan cerita itu di sana sini. sehingga aku terbau busuk pekat dan rasa lekit-lekit lendir. jika kau mahu hidangkan berita itu, kau hidangkan juga pelacur, aku mudah kami memahami berita dengan secara praktikal. dosa kita kongsi 50/50.
Sekian repekan ini. di kala ini aku tengah tenggelam, jangan ganggu.

Tiada ulasan: