Haha.. Bulan puasa ini sekali lagi aku berbuka berseorangan di masjid. Setiap kali Ramadan aku selalu berharap itulah Ramadan terakhir aku berbuka 'single'. Harap-harapnya amadan akan datang aku dapat berbuka dengan keluaga sendiri.
Hari ini agak tercabar jugalah kesabaran aku. Kes masih macam tahun lepas, makanan tidak cukup. Tapi kali ini aku buat kesimpulan ini: Apa yang ada sebenarnya cukup untuk semua jemaah, tetapi cuma bila ada yang tamak barulah semuanya tidak cukup. Kali ini aku duduk di sebelah budak (dan orang tua) yang ambil lauk banyak. Maksud aku lebih adalah sebab apa yang mereka ambil sebenarnya lebih daripada keperluan, sampaikan budak itu tak termakan pun apa yang dia ambil.
Bagi aku secara individu, aku halalkan saja, tetapi sebagai ahli sesebuah komuniti, aku ambil berat tentang ini. Ini baru kes buka puasa di masjid, bagaimana sifat ini yang selalu kita terbawa-bawa dalam hidup bermasyarakat akan merugikan kita? Sama-sama kita fikirkan di bulan Ramadan yang penuh keampunan ini.
p/s: entri ini ditulis dari handset berkeypad qwerty di masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan