Unity in Diversity
Aku tak pernah tersangka akan berbuka di markaz pusat Tabligh hari ini. Di mana tempat ini? Sila google sendiri. Ada beberapa benda yang aku baru nampak hari ini. Pertama, orang mazhab Hanafi solat sunat Witir berasingan dari jemaah utama. Rupa-rupanya ada kelainan sedikit solat Witir mereka pada rakaat akhir. Susah mahu cerita macam mana kelainan itu, sekali lagi silalah google. Ringkasnya takbir selepas baca surah mereka tidak terus rukuk, diorang berdiri lagi. Kemudian takbir kali kedua baru rukuk.
Kedua, selain jemaah utama, ada beberapa jemaah kecil yang iman mereka lagi kental. Jemaah utama akan solat Terawih dengan bacaan Al-Quran satu juzuk lebih, tetapi ada juga jemaah yang membaca 3 juzuk dan ada yang membaca 5 juzuk semalam untuk solat Terawih. Pergh....mantap. Aku yang ikut jemaah utama pun dan sakit-sakit kaki.
Urusan harian mereka berjalan macam biasa, tazkirah 'usaha atas iman dan amal' tetap berjalan, selepas maghrib dan selepas Terawih. Kawan aku kata, jemaah masa bulan puasa jelas kurang kerana sebahagian mereka keluar 3-hari, 40-hari dan lain-lain.
Lupa hendak bagitahu, buka puasa mereka macam biasa, ada bubur lambuk dan ada makan dulang yang harganya RM8 kata kawan aku. Kami berbuka dengan bekal yang dia bawa sahaja.
Sekian dahulu untuk masa ini.
p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berkeypad qwerty.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan