Kita biarkan persoalan siapa salah dan siapa betul. yang salah mengaku sahajalah, dan yang betul jangan menghentam yang salah. Cuma satu yang mungkin kita boleh pelajari,
"Penganut agama lain bersungguh untuk membuktikan yang agama mereka benar dengan menyantuni penganut agama lain, sedangkan penganut agama Islam menggunakan kekerasan untuk mempertahankan agama mereka"
'Kekerasan" itu bukan merujuk kepada tindakan JAIS terhadap gereja di Damansara Utama 9Tidak berapa jauh dari rumah saya) tetapi terhadap tindakan kita selama ini.
Lihat sahajalah bagaimana kita 'menyantuni' (kalau masih boleh diguna perkataaan itu) masalah seperti adauan azan itu membisingkan, penggunaan kalimah Allah, pengucapan ayat Al-Quran dan hadis oleh yang bukan Islam dan pelbagai lagi. Cuba lihat, secara spontannya kita akan melenting, dan akan cuba untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk menghalangya. Kenapa begitu sekali tingkah kita? hilang sudahkah hikmah dalam setiap tindakan kita?
Kita pindah sedikit kepada isu zakat, isu anak yang timbul selepas penangkapan ini. (kita cuba jauhkan pemikiran kita daripada isu JAIS-Gereja D.Utama dalam membincangkan ini) Kita selalu melihat dan pernah tersaksi yang penganut Kristian membantu orang yang bermasalah, terutama tentang kewangan. bagi orang Islam yang bermasalah, kenapa bukan kita yang membantu? Tersergam indah di dada akhbar tentang banyaknya jumlah kutipan, tetapi ke mana kah disalurkannya? 8 asnaf yang layak diberi wang zakat, yang pasti sampai wangnya adalah AMIL, dan yang paling kurang sampai adalah 7 yang lain. Setuju?
Selain 7 asnaf itu mencari pusat zakat, apakata pusat zakat sendiri yang mencari mereka sehinnga ke lubang cacing sekali pun. Itu sekadar cadangan. Kalu belum buat, boleh lah buat. Kalau sudah buat, pertingkatkan lah lagi. Pergi cari di hospital-hospital, tepi-tepi lorong, ceruk-ceruk kawasan dan macam-macam lagi.
Ok, setakat ini dahulu. Selamat berbuka semua. Sambil bayar zakat fitrah di masjid nanti, ajaklah si Amil tu bersembang pasal ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan