Khamis, 31 Disember 2009

Minda.Bebas.Selamat

Minda yang bebas
adalah minda yang dalam erti kata sebenarnya bebas

Minda yang bebas dan selamat
adalah minda yang dalam erti kata sebenarnya bebas
dan berpandukan Islam

Berikan mindaku kebebasan dan Islam!




Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256)



Rabu, 30 Disember 2009

Duit ver1.0

Di zaman wang menjadi ukuran, segala-galanya adalah kerana wang. Penangan kapitalis benar-benar membirat di setiap inci badan. Kepandaian Adam Smith rupa-rupanya membawa dunia ke rupa yang sebegini. Kini wang segala-galanya. Ah, bohonglah ungkapan 'money is not everything'. Hakikatnya, wang adalah segala-galanya, dan semuanya mahukan wang. Kesopanan, budaya timur, tolong-menolong, gotong-royong, dan pelbagai lagi perkataan-perkataan suci seperti itu boleh sahaja dibuang ke tong sampah. Hempas sahaja ke dalam tong, dan ludahkan sekali. Begitulah makam sepatutnya untuk nilai-nilai 'semurni' itu.
Di kampung yang permai sekalipun, mereka berparang merebut duit, manalah ada lagi menolong tanpa menghulur, memberi tanpa harap balasan, itu semua cakap-cakap kosong ibarat mat ganja yang khayal melihat syurga ketika lalok.
Di bandar apatah lagi, jiwa kapitalis menjalar ke setiap nadi, meresap ke peparu, bronkus, dan bronkoil yang paling dalam, menjadi darah daging dan sumsum tulang. Hakikatnya duit adalah raja dan bagi atheis, wang adalah tuhan yang patut disembah.
Ke tandas awam (walaupun namanya awam) di'pau' paling kurang 20sen. Jangan ingat ke kubur tak perlu bayar, jenuh kaum keluarga mencari duit semata-mata urusan pengebumian. Apa lagi? Ungkapan 'percuma', 'free', semua itu adalah ganja yang mengkhayalakan. Disebaliknya, adalah nafsu yang laparkan duit, kekayaan dan kemewahan.
Contoh yang mahu dikisahkan ini adalah salah satu kebejatan yang berlaku. Tak mungkin boleh dijadikan hujah di mahkamah untuk menghukum para pelapar duit, kerana penulis tidak berduit untuk merasuah untuk memenangkan kes (wang adalah rukun penting bagi proses rasuah).
Contoh paling signifikan adalah kisah nikah-kahwin-cerai-berai. Bermula dari babak percintaan lagi, duit adalah syarat penting kejayaan sesebuah cinta. Sembilan nafsu wanita pasti sahaja tidak akan membiarkan janji-janji sang lelaki tanpa disaduri wang dan kemewahan. Dapat dilihat di mana-mana, wanita berjalan dengan lelaki tua yang ibarat bapa yang kaya-raya. Jika percintaan tidak berjaya? Lihat sahaja pada contoh bekas tunang yang menyaman wanita sebanyak sejuta; akibat putus tunang.
Masuk ke fasa seterusnya, apabila tiba ke gerbang perkahwinan, perkara yang paling digeruni adalah wang. Mas kahwin+wang hantaran+belanja kahwin+miscellanious, jangan haraplah jumlahnya 4 angka. Dan para bakal pengantin lelaki terpaksa melutut di pintu tauke kapitalis untuk meminjam barang sepuluh sen dua. Sama ada konvensional atau perbankan islam, dua-dua sama (maksudnya, jika ia di tangan kapitalis). Bayarannya tetap mencekik darah hingga ke sel darah merah, sel darah putih, dan plasma. Dan syarat berkahwin pula, mestilah berkereta (perlu juga melutut lagi), sebuah rumah (terpaksa bersujud di pintu bank kerana jumlahnya 6 angka). Kamu ingat kes pembuangan anak tiada kaitan dengan kapitalis ini?
Fasa seterusnya, menanggung anak. Kata-kata indah anak lahir dengan rezeki sendiri menjadi penyejuk hati. Realiti yang ditempuh adalah pahit, setiap anak lahir dengan kos. Sakit bersalin itu ada nilai mata wangnya. Bersalin percuma di hospital kerajaan amat menyakitkan, sebaliknya kurang sakit apabila wang dihulur ke hospital swasta. Saat pertama anak melihat dunia telah 'diajar' dengan kapitalis (azan rupanya perkara kedua yang anak belajar).
Membesarkan anak memang memeritkan. Pada botol susu tersumbat kapitalis. Pada pampers bayi dicop denagn kapitalis Bedak, sabun, pakaian, dan mainan bayi semuanya terselit kapitalis. Sehinggalah memberikan pendidikan formal, semuanya perlukan wang. Kepandaian anak membawa perkhabaran gembira dan bersamanya perkhabaran sedih. Gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading, sedihnya kerana mereka terpaksa berhutang dulu sebelum memanjat menara gading itu.
Dan kitaran itu berulang semula seperti bapanya.
Semuanya wang. Para kapitalis sungguh bijaksana, merangka teori-teori hebat supaya di setiap sudut hidup manusia ada terselit keperluan wang. Dan dalam kesedaran atau tidak, di situ mereka hadir. Kadang-kadang hadir dalam bentuk ingin membantu, dalam masa sama mengaut untung.

(Contoh yang dibawa adalah hal-hal perkahwinan, tetapi bukan hal-hal perkahwinan yang ingin dicerita. Contoh ini diambil kerana ia melibatkan banyak aspek-aspek kehidupan lain.)

Ah, indahnya jika tiada istilah 'Mata Duitan'

"Dan kamu cintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan"(al-Fajr 20).

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi, amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" (al-Kahfi, 46).

Khamis, 24 Disember 2009

Darah Satria


Pastinya, setiap warga tentera tahu akan lagu ini. Lagu yang menggambarkan mereka seperti satria negara, menjadi perisai kepada kedaulatan negara.

Mereka yang berada di barisan hadapan, memegang jawatan tinggi, dan pemerintah yang disanjung telah menjual maruah negara kepada tauke kapitalis, untuk kepentingan kocek mereka sendiri. Sedangkan rakyat biasa ternganga menadah simpati pemerintah. Beratus tahun kita dijajah dengan kapitalisme, sehingga ia menjadi sebati dalam darah daging. Kemuncak kini, harga sebuah kedaulatan dijual begitu sahaja. Kesalahan diletakkan dipundak Lain-Lain Pangkat (lower rank). Dikatanya kuasa terlalu banyak diberikan kepada LLP sehingga mereka bertindak sedemikian. Dan sekali lagi pemerintah atasan cuci tangan macam itu sahaja. Sedangkan mereka yang sedang rancak merogol kedaulatan sebuah negara. Pangkat dibahu sebagai lesen untuk bermaharajalela, bukan lagi dipakai untuk menginsafi diri betapa berat tanggungjawab dipikul. Hei, tahukah engkau, ketua adalah antara orang yang paling lama disoal siasat oleh Allah di padang mahsyar nanti. Jangan bermimpilah kau akan berkuasa seperti di padang kawad seperti selalu.
Insaflah, bersempena Maal Hijrah yang disambut, betapa Jeneral agung tentera bernama Muhammad saw bersusah payah lebih daripada prebet-prebetnya. Baginda sendiri berhijrah, dan diburu oleh kaum Musyrikin. Sedangkan kau, hanya meneguk air anggur di mess yang kau sendiri cipta dan menari bersama gadis-gadis bogel, dan memperaga pangkatmu dan bintang mu yang berkilau dan, dan, dan....

..dan masa berlalu, menjadi saksi kebobrokan sikapmu.

Selasa, 22 Disember 2009

Tentang Yusuf Al-Qardawi ketika di Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim
(semoga isi yang ditulis ini tidak menyimpang tujuannya)

Yusuf Al-Qardawi (YAQ) adalah seorang ulama tersohor masa kini. Dijemput ke Malaysia untuk menerima tokoh Maal Hijrah. Mengambil kesempatan beliau berada di Malaysia, banyak pihak yang menjemput beliau mengadakan ceramah. Salah satunya di Masjid Negeri Selangor, di Shah Alam. Ya, sebuah negeri Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya daripada PKR. Turut serta di dalam majlis itu ialah Anwar Ibrahim, ketua pembangkang di Parlimen. Peduli apa semua itu, malaikat akan tetap menaungi kita walau siapa pun penganjurnya, biru BN atau oren PR, malaikat tetap hadir di majlis ilmu.

Tentang isi ceramah beliau, cari sahajalah di mana-mana blog, ramai yang mengupasnya. Bermula dari sudut Islami, sehinggalah ke sudut politik. Diizinkan kiranya, untuk mengupas dari sudut yang lain, yang sepi dari pandangan orang (mungkin?).

Tiba sahaja YAQ ke dewan masjid, azan hampir berkumandang. Semasa azan dilaungkan, sudah ramai yang mula bangun ke saf-saf depan. Aku cuba menjadi rebel, cuba untuk tidak mengikut rentak ramai. Ya, akhirnya tewas, bangun jugalah aku. Yang kagumnya, habis sahaja azan berkumandang, semua makmum sudah berdiri. Aku ingatkan terus sembahyang maghrib tanpa sunat sebelum maghrib (sebab ada sesetengah tempat yang buat macam itu). Tapi tidak, ada senggang masa antara azan dan iqamah, sempat untuk bersolat rawatib. Menjadi canggung kerana tak pernah makmum berpusu-pusu memenuhkan saf sebelum iqamah, siap semuanya berdiri menunggu solat bermula.

YAQ menjadi imam, ada yang kata beliau buat solat jamak. Yang aku perasan, beliau tidak memulakan Al-fatihah dengan lafaz basmalah. Mungkin beliau berpendapat basmalah bukan sebahagian daripada Al-quran, dan ayat yang akhir dari surah Al-fatihah itu sebenarnya terdiri daripada dua ayat, bagi melengkapkan 7 ayat dalam surah Al-fatihah (sila betulkan kalau aku salah).

Selesai solat, beliau tidak berzikir secara kuat, makmum berzikir sendiri. Tak lama kemudian majlis bermula. Menjadi canggung juga, sekali lagi orang ramai memenuhkan ruang-ruang hadapan. Pastilah, daun pelepah tamar kalau jatuh tidak akan mencecah lantai. Begitu bersungguh penghormatan yang diberi.

Isi ceramah berkenaan Hijrah. Isi-isinya seperti ceramah-ceramah biasa Maal Hijrah, tetapi yang menarik perhatian adalah, kaedah logic thinking yang beliau gunakan. Mengambil iktibar kisah-kisah binatang yang terlibat membantu semasa penghijrahan Nabi, beliau berkata, dalam Al-quran mengatakan Nabi Muhammad dibantu oleh Allah melalui tenteranya yang tidak kelihatan oleh mata kasar, macam mana pula kisah-kisah binatang yang boleh dilihat dengan mata kepala orang, menjadi cerita yang boleh dipercayai. Tambahan pula, hadis-hadis berkaitannya pula lemah. Pendek kata, berpeganglah pada Al-quran, jika ada yang bertentang dengannya, insyaallah sumber itu bukan yang benar, walaupun ada yang mengatakan ianya berasal dari sabda Nabi. Mudah bukan?

Ceramah berlangsung selama sejam setengah. YAQ bercakap hanya setengah dari masa itu, kerana setengah lagi adalah masa untuk ustaz di sebelahnya menterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Selepas itu solat Isyak hendak didirikan. Ketika itu juga, YAQ mula sakit. Berpusu-pusulah makmum ke hadapan, hendak tahu khabar berita. Sehingga betul-betul solat ingin didirikan, orang-orang ini masih sibuk-sibuk lagi di depan. Sudah banyak kali orang masjid menegur menyuruh semua balik ke tempat asal, dan solat bersama. Apalah kamu semua, YAQ baru bercakap tentang ketamadunan Islam selepas Hijrah, perangai kamu masih macam itu lagi. Ramai yang ambil gambar, termasuklah menggunakan telefon bimbit. Mungkin hendak masuk dalam blog rasanya. Mungkinkah ini bahana kewujudan telefon bimbit dan blog?

Pastinya, bukan YAQ yang menjadi imam Isyak. Selesai sahaja solat Isyak, ramai berpusu mengurumun beliau. Beliau terpaksa dipapah untuk di bawa keluar. Sekali lagi, ramai yang mengerumun beliau. Sehingga menyusahkan pihak bertanggungjawab. Terpaksa meminta laluan, dan kadang kala nadanya seperti ingin marah. Apalah. Beliau berjaya dipapah ke tingkat bawah. Alhamdulillah, semasa beliau dipapah, aku berada berdekatan dengan jalan yang diambil, sempatlah menatap wajahnya secara langsung (live). Dalam kekalutan memapah YAQ, aku cuma mengekori dari belakang. Tetiba terasa gelombang orang di sekitar ku seperti mengerumuni seseorang. Ya, YAB Khalid, rupanya dia tertinggal ke belakang, sedangkan YAQ yang dipapah berada di depan. Aku senang dengan caranya, sentiasa mengucap terima kasih kerana sudi datang kepada sesiapa yang bersalam dengannya. Hendaknya budi seperti itulah yang ditunjolkan dalam perkhidmatannya. Aku tak sempat bersalam dengannya (mungkin juga memang tak mahu bersalam, nampak macho skit. ;-)).

Kemudian, aku keluar dari dewan solat dan terus keluar masjid. Pulang ke rumah.

Sunyi=Senyap=Sepi=Seorang




...dan kesunyian ini,
mencabar keakuanku,
pergilah,
bukan masanya semua ini tiba,

sedang memerhati,
satu zat,
mengerling aku,
tanda sinis,
kepada diriku, terhadap sebuah kesunyian....

Meninggalkan Solat




akan datang,
dan pasti datang,
akan ditiup angin bala,
terbangkan,
kapas,
dan yang sekitarnya,


oh, kau juga tak terkecuali.

Isnin, 21 Disember 2009

Kisah Wanita Itu

Seorang Wanita Itu,

kisahnya menyelubung hidupku,
menjadi mahakarya,
menemani liku-liku,
hidup dunia,

Sewaktu kecilnya,
hidup dalam kebutaan,
hanya tekad hatinya,
memandu sepanjang kegelapan,

meniti masa usianya,
sehingga ketemu cahaya,
yang mencelikkan matanya,
ke lapis hati paling dalam dirasa,

taatnya sesuatu yang kupuja,
kepada apa yang diperintah,
kagum, terpegun, dan teruja,
pujian ku berikan tak sudah,

sehingga suatu ketika,
ketaatannya diuji,
sehingga merenggut bahagia dunianya,
menangis wanita itu meratap nasib diri,

jiwanya teguh,
dek cahaya memandu hidupnya,
supaya terus taat sentiasa,
bahagia yang direnggut adalah,
nikmat pinjaman dunia,
yang balasannya adalah syurga,

sungguh, kami di dunia berlainan,
walau aku mampu menyentuhnya,
berbual, bermesra, bersalaman,
tapi kami tak mungkin di dunia yang sama,

dunia aku kecil dan sempit,
dunia dia seluas laut biru,
duniaku penuh nikmat,
sedang dunianya penuh liku,

wahai wanita ku,
mencintaimu,
adalah nikmat bagiku,

sebagaimana,
kau menikmati sebuah ketaatan.

Rabu, 2 Disember 2009

Lidah

Sebermula kisah lidah ini, adalah lidah seorang budak. Lahir dari hasrat ingin melihat bumi dengan upaya sendiri. Jangan ditanya dari mana ia dilahirkan. Sesuatu yang tak ingin, malah dibenci untuk dijawab si budak itu. Lidah, itulah anggotanya. Menyusur bersama membina sejarah kelahirannya. Lidah itu sungguh berkuasa. Hampir saja lidah itu menjadi berhala. Jika pedas lidah itu terasa, maka pedaslah seluruh anggota. Sehingga kuku yang paling hujung pun kepijaran pedas. Jika manis yang terasa, maka ternikmatlah sekalian ahli tubuh. Sebusuk-busuk jari kaki pun merasa manisnya. Begitulah kuasanya lidah ini. Bahkan, jika akal yang selama ini kita kagumi, tapi pada si budak ini, lidah lebih menguasai. Akal yang mampu berfikir tak mampu menggerunkan, apatah lagi menyeru gerombolan batang tubuh untuk bangkit. Nah, kehebatannya terserlah.

Maka kini proses kelahiran itu bermula. Lidah memulakan tugas. Menghamburkan kata-kata kuasa, kata-kata kebencian, dan kata-kata semangat. Jantung menyahut, lalu mengalirkan darah paling elok, telinga mendengar, melorongkan getaran bunyi pada keadaan terbaik, mata membugar, kaki menghentak, hampir-hampir sahaja menerajang, tangan bergetar, menggeliat urat-urat jadi, genggam sebuah penumbuk. Lalu semua bersatu, berpadu-padu, bersekutu, manghasilkan kuasa paling berkuasa. Seketika waktu paling sesuai, semua di tahap tertinggi, maka meletuplah sebuah semangat, menjadi sebuah realiti. Hasilnya, budak itu lahirlah, dengan kekuatan kendiri. Bersempena hari itu, maka bermulalah umur si budak itu dengan sehari.

Tanpa sebarang kompromi, lidah diangkat ke tahap tertinggi. Hampir saja, bahkan ada saja yang menganggap lidah dimahkotakan di atas otak. Lidah adalah tulang belakang kelahiran itu, walaupun ahli batang tubuh tahu yang lidah tidak bertulang. Lidah disanjung, semau ahli batang tubuh memberi pujian. Kehidupan budak itu harus terus langsung. Sekali lagi lidah digunakan untuk menggerakkan ahli batang tubuh. Semua anggota belajar dari lidah ini. Lidah inilah penyuluh hidup mereka, bahkan mata pun mengiyakannya. Sedangkan mata yang sepatutnya bekerja dengan cahaya.

Pernah saja si penguasa tubuh murka pada isi di dalam tubuh. berbekalkan pengaruh si lidah, maka isi itu dihambur keluar. Jika ia di muka, maka dihalau menjadi jerawat, jika di telinga, maka menjadi tahi telinga, di mata menjadi tahi mata, di hidung menjadi tahi hidung, begitulah seterusnya. Lidah memang tidak bertulang, dan menjadi semakin berpengaruh. Lantaran tidak bertulang, tiada siapa boleh membentuknya.

Maka tiba suatu ketika, si penguasa tubuh ingin lestari. lidah terus disogoknya, menjadi pemangkin keinginannya itu. Lidah terus berlentik-lentik, mengikut tari penguasa tubuh. Jangan ditanya pada ahli batang tubuh, siapakah gerangan penguasa itu, meluat untuk menjawab. Ahli batang tubuh dipaksa bekerja keras, tanpa kasihan. Lidah itu disuap gula-gula, agar manisnya terasa hingga ke urat halus paling akhir. Dahulu bolehlah, kini tidak lagi. Keletihan dipaksa itu lebih dirasa oleh urat-urat berbanding manis gula itu.

Bermula dari ahli paling hujung, paling sunyi, iaitu hujung rambut, menyuarakan hasrat ingin membuang lidah. Suara itu sayup-sayup kedengaran. Baru saja ingin sampai ke serata tubuh, terus dipotong rambut itu oleh sang lidah. Begitulah kuasanya lidah pada si budak itu.
Melihat itu, ahli-ahli yang lain turut bengang. Menyumpah seranah. Segala yang haram, segala yang keji terus dihambur. Tapi lidah terus teguh.

"Bagaimana kalian nak membunuh aku? Pahit manis masam masin zat kamu aku yang rasa dulu. Kalau boleh kataku, maka boleh lah ia disalur ke setiap urat sendi kamu. Jika tidak jangan haraplah," sombong si lidah menjawab.

"Ini sudah lebih," kata kaki.

"Aku memang tak sabar lagi," rungut si telinga.

"Setuju," jawab ahli batang tubuh satu persatu.

"Mentang-mentang sang penguasa rapat dengan lidah, ingat kita tak boleh buat apa. Kita nyahkan lidah," gigi bersuara sebagai ahli yang paling hampir dengan lidah.

Maka gerakan dimulakan. Semua mengenang kisah mereka bersatu melahirkan si budak. Sang penguasa adalah penggerak utama, dan lidah hero masa itu. Kini, kedua-dua tiada di saf baru itu. Bermula dengan jantung tidak mengepam darah ke lidah, boikot katanya. Tangan tak mahu menyuap nasi ke lidah, gigi tak mahu mengunyah, sehingga tulang sulbi yang jauh yang tak mampu berbuat apa-apa pun turut menyumbang, menyumbang rasa benci kesumat. Lidah sombong, merasa tiada apa pun memberi kesan.

Lalu kemuncak kegeraman ini meletus tatkala pangkal lidah, yang tak ahli batang tubuh
definisikannya sebagai lidah mula bertindak. Dari dasar paling bawah, pangkal lidah meliuk keluar, memaksa lidah supaya terjelir. Lidah kesakitan. Kalau duduk tak bergerak, terasa sakit, jika menurut akan terjelirlah ke luar mulut. Akibat desakan yang kuat, tanpa ada darah yang mengalir, tanpa merasa apa-apa makanandan zat, beserta dikecam sana dan sini. Mendengar kata cerca dan cela dari setiap inci tubuh, akhirnya lidah sedikit demi sedikit menjadi lemah longlai, tak mampu melawan kehendak ahli-ahli batang tubuh. Lalu yang terakhir, apabila dipastikan lidar sudah terjelir ke luar mulut, maka pangkal lidah memotong hubungan antara mereka berdua.Terhambur keluar lidah yang lama. Semakin lama semakin laju lidah merebah ke bumi, semakin kuat sorakan ahli-ahli batang tubuh, meraikan kemanangan.

Kita menang! Sorak mereka beramai-ramai. sebagai ganti, pangkal lidah sanggup mengambil alih tugas lidah. Penghormatan diberi, seperti mana yang dulu. Ibaratnya sejarah berulang kembali. Sehingga mana sejarah itu berulang? Itu terpulang pada lidah yang baru. Jika ia melakukan sama seperti sejarah silam, maka sejarah akan berulang kembali. Semakin hari, si budak itu semakin membesar, membesar dengan lidah yang baru, dan penguasa pun bertukar, dek kerana lidahnya telah tiada.

Jumaat, 6 November 2009

Tak Pelik Pun...

Apa masalahnya kalau ia berdiri sendiri?
Kalau ya pun, sikit pun aku tak pelik. Semua itu kehendak Allah.

Sejadah berdiri bukan aneh: Pengarah Jaips


KANGAR: Kejadian sejadah berdiri di beberapa negeri sejak kebelakangan ini bukan peristiwa yang aneh kerana ia mungkin dilakukan manusia, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Malek Hussin.

Katanya, dalam beberapa saat sahaja sejadah boleh diletakkan berdiri terutama sejadah baru yang masih keras.

Sambil menunjukkan kaedah mendirikan sejadah di pejabatnya hari ini, beliau berharap umat Islam tidak terpengaruh dengan perkara-perkara karut sehingga memesongkan akidah mereka.


Katanya, dalam kejadian minggu lalu di surau Taman Kastam 3, Padang Besar, empat sejadah dikatakan berdiri dengan kedudukan seperti seorang imam sedang bersolat bersama tiga makmum.

Beliau berkata, empat sejadah itu telah dibawa pulang ke pejabat Jaips dan sejadah yang sama digunakan bagi demonstrasi itu.

Malek berkata, sejadah itu dibawa pulang berikutan orang ramai berpusu-pusu untuk menyentuhnya kononnya untuk mendapat berkat.

Sementara itu pada demonstrasi itu, beliau melipat sejadah itu dan menjatuhkannya ke atas meja pada paras ketinggian dua kali lalu terbentuk sejadah berdiri itu.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang kebetulan berada di situ turut mencuba melakukannya dan mendapati ia begitu mudah untuk didirikan.

Shahidan berkata, oleh kerana ia terlalu mudah, ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan manusia dengan niat hanya individu itu sendiri mengetahuinya. - Bernama

Rabu, 21 Oktober 2009

Kata Pak Samad

Kata-kata seorang tua, yang pada hujung usianya sepatutnya duduk di bangku malas menikmati hari-hari terakhir, tetapi terpaksa lagi mengerah keringat memperjuangkan 'jiwa bangsanya' - bahasa ibundanya.

Inilah kata-kata pak samad semasa meluncurkan album Dari Rakyat Untuk Rakyat di Dewan Keramat AU2, malam Sabtu 17 oktober 2009.

BERNYANYILAH DARI HATINURANI

Malam ini saya rasa seniman coba mengimbangi kuasawan. Kita lebih melakukannya dengan kata-kata berbeda dengan kuasawan yang selalu melakukannya melalui dana.

Kata-kata selalunya “mengkhayalkan” sementara dana “memungkinkan”. Biar apapun peranannya, malam ini, peranan seniman mungkin lebih untuk sekedar “menyedarkan.” Terlalu ramai kuasawan yang terlupa, khususnya kuasawan yang sedang benar-benar berkuasa.

Tema utama kita tampaknya ialah “Dari Rakyat ke Rakyat”. Tapi, sebenarnya kita ingin berdialog dengan pemimpin—kita bercakap saja sesama sendiri, sesama rakyat.
Sebenarnya, kita menyanyi.

Dipercayai atau tidak sebuah lagu biasanya sebuah suara batin—suara dari batin—kejujuran dari batin. Dan malam ini, kejujuran dari batin coba menghantar reslitas masakini melalui lagu atau melodi yang lama terganggu. Ia penuh dengan rintih dan jerit; bisik dan raong. Tapi, isinya berlegar seputar ketidakadilan yang sedang berterusan—kepincangan masalalu (Fatehah Memali) dan ketimpangan masakini (Ikut Suka Aku—ISA).

Lagu-lagu sebondong ini terkadang tidak begitu melodius—lirik lebih nyaring daripada musik. Tapi, itulah kehidupan sebenar—real dan kasar—realitas yang sentiasa tidak melodius; yang melodius selalunya adalah khayalan.
Sebanyak 10 lagu terhimpun dalam album pedih ini, tapi kelahirannya memang petanda jujur bahawa masih terus ada duri siksa dalam masyarakat kita. Seniman membantah kepincangan ini.

Tentu saja akan ada setengah kuasawan yang menganggap bahawa album ini adalah serpihan propaganda. Benar juga—ia propaganda, tapi suara yang tulen. Ada propaganda melalui cogankata yang mendadak—cogankata (tahu-tahulah sendiri) yang sangat nyaring (atau memang dinyaringkan) kerana semua media utama (yang citak, yang letronik)—patuh (terkadang melampau) menjeritkan propaganda itu.
Ada bedanya antara propaganda institusi gergasi dengan propaganda jerit insan kecil. Yang pertama sangat berazam diguruhkan; yang kedua sekedar berharap suaranya terdengar.

Di sinilah terletaknya album “Dari Rakyat ke Rakyat” oleh Meor Yusof Azidin (pada tempat-tempat tertentu disokong Black dan Rahmat Haron). Lagu-lagu dalam album ini adalah pesanan jujur (atau setingginya jeritan jujur) dari batin seniman yang sedang terdera—tersiksa oleh realitas hidup yang mendendangkan suara-suara bombas yang terlalu berat sebelah. Dan ingat, “pelampau” memang perlu diwaraskan. Keras yang buas perlu dilembuti tangan yang berhemah.

Lagu “Ikut Suka Aku—ISA” ini memang dengan mudah diselar sebagai propaganda politik kontemporer; sebaliknya, ia sebenarnya adalah jeritan masakini yang memang masih terus mendera.

Begitu juga lagu “Fatehah Memali” mudah diselar sebagai propaganda berhasrat. Padahal ia adalah jeritan semula masalalu yang tertimbus—atau ditimbus oleh kuasa lalu yang sangat gamam. Pemangsaan tidak pernah tidur nyenak; ia terpaksa bangun mewaraskan pemangsaannya. Makanya, lagu “Fatehah Memali” membangunkan yang tidur supaya dapat sama-sama mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.

Sangat lama, malah sedang terus, kita didesak percaya bahawa insan Memali “gila”, kerajaannya yang waras ketika tercetusnya peristiwa. Jentera propaganda Kerajaan terlalu menekan dan menghukum ketika itu. Tapi, sekarang ini, generasi mudanya mula berupaya melahirkan iklim baru—yang salah wajar diperiksa. Mereka mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.

Memangpun pada malam ini secara berdikit dan jujur, generasi muda ini ingin meluhurkan semula perjuangan. Masakini bukan lagi sepenuhnya hak generasi lalu; masakini adalah lebih hak generasi kini.

Sokonglah “Dari Rakyat ke Rakyat.” Bernyanyilah dari hatinurani; bukan dari keangkuhan diri.—A. SAMAD SAID.

17 Oktober 2009.

catatan SS:
-Fatehah Memali dalam teks ini merujuk kepada lagu Syuhada Memali, lirik Amin Iskandar.
-Dari Rakyat Ke Rakyat merujuk kepada album Dari Rakyat Untuk Rakyat

Isnin, 19 Oktober 2009

Mari Bercerita Kisah ... (semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat)

1. Mari Bercerita Kisah Chenta

Dalam ketenangan dan kebluesan hidupku, rupa-rupanya, tanpa sedar aku telah termasuk dalam zon larangan sepasang kekasih. Aku langsung tidak sedar, sehinggalah pasangannya menelefon aku memberitahu tentang ini. Aku berhubung dengan dia melalui sms. Aku bukanlah rajin sangat nk balas sms, apa lagi nak bermesej-mesej ini. Balas mesej orang pun biasanya lambat. Cuma bila ada mood saja aku rajin bermesej. jadi kalau dia sms aku balas macam biasa, ikut mood. Berkawan pun sekadar memenuhi tuntutan silaturrahim sesama Islam, tak pernah lebih. Tak pernah pun fikir nak lebih. Bila pasangan dia telefon, barulah aku kenal siapa dia ini, mereka ini setapak lagi nak ke jinjang pelamin. Terkejut jugalah mula-mula itu, tapi watak pasangannya ini rasional, aku pun respeklah. Pasangannya mengadu yang dia ini selalu sangat senyap bila bersama. Jadi sebab itu lah pasangannya buat spot check kat handset dia ini. Ooo... Itu al-kisahnya. Pasangannya ada juga tanya soalan-soalan provok, tapi aku jawab dengan hati-hati, takut pasangannya syak yang pelik-pelik pula dekat dia ini. Watak aku pula suka kepada kedamaian. Aku janji pada pasangan ini akan lebih hati-hati membalas mesej kalau dia mesej aku lagi. Di hujung perbualan sempat aku doakan semoga mereka ini selamat sehingga kahwin. Ketawa besar pasangan dia ini. Selesai satu kes.

Komen aku: Bercintalah dengan penuh penghormatan. Berikan cinta hanya apabila tiba masanya dan pada orang yang berhak. Bataslah cinta dengan batasan-batasan Islam, kerana hanya Yang Maha Pencinta sangat-sangat memahami kehendak laki-laki dan perempuan, Makhluk ciptaannya.


p/s: bila dah bercinta tu, kawinlah cepat-cepat.


2. Mari Bercerita Kisah Boikot

Ada seorang mak cik ni, tinggal di utara jauh semenanjung, Changloon, masih setia memboikot barangan yang menyokong Israel. Dia berpelajaran sederhana saja, buka internet sendiri pun tak pernah. Tahu cerita-cerita boikot ini pun dari anak-anak dia yang belajar di universiti. Untung dia kata ada anak-anak yang belajar tinggi beritahu dia perkara-perkara macam ini. Bukannya ada di TV pun benda-benda macam ini. Jadi, dan masa berlalu dia masih lagi memboikot, anak-anak balik nak minum milo pun tak ada, dia ganti jenama lain, maggi pun tak makan, apatah lagi McD, KFC, Coca-cola, dan barangan Nestle. Semua cari alternatif lain. Kita terpaksa pasrah yang semangat memboikot barang-barang ini semakin lama semakin luntur. Agaknya kita nak tunggu Israel jatuhkan bom sekali lagi baru nak tersedar.

komen aku: Bagaimana kita? yang berpelajaran dan sentiasa hidup dengan internet. Semua maklumat tersedia dan terhidang. Masih memboikot lagikah? atau sudah melupakankah? Nak-nak lagi tawaran promosi dari syarikat berkenaan yang memujuk nafsu kita melupakannya. Mak cik ini, tanpa perlu diingatkan lagi, terus teguh memboikot.


p/s: jom pi Sg. Petani, pekena Radix FC



3.Mari Bercerita Kisah Ibu

Baru-baru ini, aku menelefon ibuku, waktu itu aku tengah minum seorang-seorang di kafe, waktu bekerja. Dia tanya khabar, dan dengan tak sengaja, aku termengadu sakit perut kat ibuku, sebab itulah aku pergi minum waktu kerja. Dia cuma pesan, kalau lepas alas perut tu masih sakit lagi, makan lah ubat. Baiklah mak, dan sampai situ perbualan kami. Sedang buat kerja waktu malam di rumah, tiba-tiba dapat satu mesej dari celcom, YOU HAVE 1 MISSED CALL FROM YOUR MOTHER (biasalah, line kadang-kadang tak elok, orang telefon pun tak dapat). Mak aku telefon? Aku telefonlah ibuku. Rupa-rupanya dia telefon sebab risaukan aku, sampai tak boleh tidur katanya. Dia kata takut jadi sakit macam yang dulu. Terkejut. Terkasima. Terpaku. Tak sangka pula ibuku sampai begitu sekali walaupun aku ini sudah besar panjang. Aku pun terfikir, mungkin sebab itulah wajib bagiku untuk taat kepada ibuku, mungkin sebab itulah redha Allah terletak pada redha ibu, mungkin sebab itulah, tak boleh berkata 'uh' pada ibu, mungkin sebab itulah ibu 3 kali lebih utama dari ayah, mungkin sebab itulah syurga terletak di bawah tapak kaki ibu, mungkin sebab itulah... mungkin sebab itulah... dan mungkin sebab itulah....

komen aku: Beruntung setiap wanita di dunia ini, Allah telah kurniakan kamu dengan naluri keibuan. Hargailah, kerana ia adalah sesuatu yang amat bernilai. Kami lelaki tiada mampu untuk seprihatin itu, itu adalah kurniaan istimewa Allah kepada mu.


p/s: terima kasih ibu!

Rabu, 14 Oktober 2009

Telefon

Setakat ini, aku dapat 3 perbualan telefon:

perbualan 1: simpati

perbualan 2: gembira

perbualan 3: kecewa

Hidup ini penuh rencah dan ragamnya. Jangan lupa masa kita gembira, ada orang lain sedang berduka. Jangan bersedih semasa kecewa, ramai lagi yang kurang bernasib baik daripada kita. Allah itu Maha Adil, cuma kita yang kurang arif menilai keadilannya. Bersimpati kepada orang yang susah, menjadi tanggungjawab kita sesama manusia untuk menolong. Siapa boleh jamin kesenangan kita hari ini akan kekal hatta untuk esok sekali pun? Dan mereka yang susah itu pasti menerima kesenangan apabila tiba gilirannya.

Simpati, gembira, dan kecewa, aku doakan orang-orang yang terlibat sentiasa dalam iman yang teguh untuk melalui liku-liku hidup.


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,

(Al-Baqarah, 45)

____________________________________________________________________

Masa makan tengah hari lah,

tauke: nasi ok dik?
aku: ok. (sedap, kata dalam hati)
tauke: adik selalu makan sini tak?
aku: jarang2.
tauke: kenapa?
aku: aaaa....

(selepas lebih kurang 10 saat dan muka tauke nampak pelik je)

tauke: keja sini ke?
aku: ye, keja sini.

p/s: salah ke cara aku jawab tadi.. sebelum ni memang la tak makan situ, sebab puasa Ramadan.

Selasa, 6 Oktober 2009

Petikan 'La Tahzan'

Pada setiap hati yang rawan, carilah Allah sebagai tempat mengadu.

'Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hati yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan; yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan. Dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kabahagian itu di syurga.Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.'

Jumaat, 2 Oktober 2009

of 25th IIUM Convocation

pada segulung ijazah
yang tertulis
kejayaan berupa huruf dan angka;
yang tak tertulis
suka
duka
tawa
hiba.


Selamat berkonvo rakan seperjuangan sekalian. Moga hidupmu yang mencabar selepas ini dapat ditempuhi dengan berbekalkan rahmat Allah.

Rabu, 30 September 2009

Cerita Politik Sikit

Menjelang pilihan raya ini, akan ada satu saluran tv Malaysia yang akan mengeluarkan kenyataan seorang ahlim (ahli alim) politik yang berbunyi, "sapa yang undi parti sebelah saya akan masuk syurga"

hehehe... ayat klise..

Selasa, 29 September 2009

Jangan Bersedih

Jika dalam hidup ini, kita terjumpa 1000 orang yang lebih beruntung daripada kita, percayalah kita juga mampu terjumpa dengan 1000 orang yang lagi malang daripada kita. Bergembiralah, kerana Allah telah menurunkan sedikit nikmat syurga ke dunia ini. Ambillah, dan manfaatkanlah. Tiada sebab untuk kamu bersedih mengenangkan nasib malangmu, kerana Allah itu Maha Penyayang, mengurniakan rahmat kepada hambaNya yang meminta kepadaNya.

Seorang Tabiín, Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH Taála selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan ALLAH Azza Wa Jalla.

Isnin, 21 September 2009

Lagu Jiwaku Lagu Cintaku




Diuji dengan kehebatan cinta-cinta, dan keterdesakan untuk menyimpan rahsia, mungkin ini yang cuba disimpulkan oleh Allahyarham Loloq dalam lagu ini

Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca...
Hatiku saat ini

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan...ku disini
Oh.....
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini... hebat begini...

Selasa, 15 September 2009

Masak Untuk Raya Nanti

Assalamualaikum,

Raya nanti saya nak masak rendang. Nak minta izin siapa ya? oh, macam mana pula dengan ketupat, sambal goreng, masalodeh, tapai, lemang, bahulu, dan banyak lagi lah. Itu semua nak kena minta izin juga ya.


p/s: Nasib baik lah makan kurma masa puasa tak kena minta izin dengan pak Arab.


sumber di sini.

Ahad, 13 September 2009

Sempena Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre

Saidina Umar, Khalifah Islam ke dua tak pernah sesekali digelar 'saudara baru', dek kerana lewat masuk Islam. Bahkan dilantik menjadi Amirul Mukminin. Tetapi selepas 1400 tahun, di tempat kita ini, 'saudara baru' bukan sekadar dikelas-kelaskan, tetapi menghadapi kesukaran daripada umat Islam (yang Melayu terutama sekali) sendiri. Apa nak jadi? hmmm... jadilah.

Selasa, 8 September 2009

Pantun Berkait

Salah satu seni budaya yang agak asing bagi masyarakat kini. Tak ramai mampu menghasilkan pantun berkait seindah ini. Lagi indah jika bersulam adat dan agama. Medan dakwah lebih menarik jika diwarnai dengan keindahan berbahasa seperti ini.

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang Subuh
Minta doa pada Tuhan


Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Minta doa kepada Tuhan
Moga-moga Allah makbulkan


Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Moga-moga Allah makbulkan
Dapat nanti seorang jodoh


Anak ayam turun tujuh
Mati seekor tinggal enam
Dapat nanti seorang jodoh
Sebagaimana yang kamu idamkan


Anak ayam turun enam
Mati seekor tinggal lima
Sebagaimana yang kamu idamkan
Elok muafakat hidup bersama


kredit

Badar

Jaminan Rasulullah bahawa kesemua 313 ahli Badar adalah dari golongan muslimin yang terbaik. Dan Allah:
1) mengutuskan 1000 malaikat yang terbaik dari segi imannya untuk membantu mereka;
2) memberi kenyenyakan dalam tidur mereka sebelum berperang sedangkan kafir Quraisy berada dalam gundah gulana;
3) menurunkan hujan di malamnya untuk memudahkan ahli Badar berperang pada keesokan harinya.

Bukankah janji Allah itu sesuatu yang benar?

Ahad, 6 September 2009

Telah Kumaafkan

Atas segala kesalahanmu
telah lama kumaafkan
kerana tak sanggup
melihat kau
menanggung derita
menunggu kemaafan
orang lain

derita itu
biarku sahaja
menanggungnya

Jumaat, 4 September 2009

...kepada tiada masalah

Apabila kau ditimpa masalah disebabkan orang lain, berjanjilah untuk tidak mencipta masalah kepada orang lain pada masa akan datang. Biarlah kau orang terakhir menanggung kesusahan, dan orang lain menerima kesenangan disebabkan kau. Kau sungguh mulia kerana ini, meskipun tak seorang pun umat bumi yang mengenalimu.

Isnin, 31 Ogos 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kemerdekaan lebih terasa jika pada 30/8 kau berada di Palestin,
dan 31/8 balik ke Malaysia menyambut kemerdekaan.

Ahad, 30 Ogos 2009

1MALAYSIA

Arab, Abai Sungai, Angko Indian, Achenes, Bookan, Bateq, Bisaya', Bintulu, Bajan, Burawan, Boyan, Beketan, Bidayah, Banjarese, Baba, Bugis, Belinese, Benggali, Bonggi, Che Hoong, Cantonese, Chitties, Cocos Islander, Dumpas, Dusun, Eurasian, Foo Chow, Gana, Gujerati, Heng Hua, Hokkien, Hokchia, Hakka, Hainannese, Ida'an, Iban, Iranun, Jahai, Jah Hut, Javanese, Jaffnese, Kantonese, Kintaq, Kuijau, Kalabuan, Kadazan, Kelabit, Kajang, Kejaman, Kanarese, Kimaragang, Kayan, Kalabakan, Kensiu, Kedayan, Kagayan, Kristang, Kwongsai, Kenyah, Lanoh, Lisum, Lakiput, Longkiput, Lobu, Lun Bawang, Lotud, Lundayah, Lahanan, Mendriq, Melanau, Mangkaak, Mah Meri, Malayali, Murut, Melayu, Makiang, Minangkabau, Minokok, Nepali, Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Hulu, Okolod, Orang Seletar, Papar, Paitan, Punjabi, Paluan, Pathans, Punan, Penan, Rungus, Rumanan, Sa'aban, Semoq Beri, Sama, Sino Natire, Sinhalese, Sinabu, Sindhi, Sekepan, Sungai, Suluk, Sihan, Semelai, Serudung, Semai, Sembakung, Tatana, Timugon, Temuan, Tombonuo, Tagal, Tamil, Tinagas, Teochow, Telegu, Tengara, Tidung, Tobilung, Temiar, Ukit, Ubian.


InsyaAllah, 1agama mampu menyatukan mereka.

Selamat menyambut hari kemerdekaan kita yang ke-52...

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kelek



kau kelek,
dia berkekek,
ini bulan puasa,
kau hanya tunggu makan buka,
kataku,
sambil hirup sup perut,
daripada lembu itu.

p/s: tak pernah aku tinggal puasa dan tak pernah pegang kepala lembu

Selasa, 25 Ogos 2009

Puisi Rindu

Berbalam hati mereka,
menanggung rindu,
ketika berlabuh tirai Syaaban,
dan hadir Ramadan, penghulu bulan,
rindu mereka terubat sudah,
bagi jiwa seperti mereka,
malam bukan sekadar tidur,
siang bukan lapar dan dahaga,

Aku ingin seperti itu,
menikmati laparnya puasa,
dan nikmatnya bertahajjud,

Puisi rindu ini,
ku dendangkan buat mereka,
yang jiwanya merindui Ramadan,
setia merindu,
ibarat malam menanti siang,
semoga satu hari nanti,
akan ada yang mendendangkannya kepada ku,

Ya Allah,
golongkanlah ku ke dalam kelompok itu,
semoga di Hari Akhirat nanti,
aku dapat mengecapi kebahagiaan,
bertemuMu.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ikutlah Aturan

Assalamualaikum,

Orang Melayu tinggi kiasannya. Jarang sikapnya menyerang terus. Watak kita menolak permusuhan.Kata penuh lapik, banyak pendam dari luah. Izinkan saya bermadah sedikit. Meski bahasa tak seindah mana. Maaf jua saya pohon. Biar tuan mendapat faedah. Itu sahaja tujuan bermadah.


membaca biar dari mengeja,
mengira satu persatu,
berjalan dari bertatih,
melihat dari menunduk,
jangan berlunjur sebelum duduk,
masuk rumah ikut pintu,
jangan melompat dari tingkap,
pendek kata, si tua menyebut,
sikit-sikit lama-lama berhasil bukit,
biar lambat asal selamat,
biar berdikit,
asalkan sampai,
jangan dikejar menurut kehendak,
kehendak bukan semua betul,
adat ada sebagai pemandu,
bukankah Melayu adatnya indah,
ikut akal dibimbing wahyu,
wahyu pula jangan yang sesat,
pantang Melayu bersimpang agama,
hanya Islam melekat di hati,
cukup di sini hamba berkongsi,
moga dikecap segala yang bakti,
izin hamba mengundur diri,
bersua bersapa senyum,
berpisah berjanji jumpa.


-iSwa-
4.06ptg
Khamis, 20/8/09
Petaling Jaya

Rabu, 19 Ogos 2009

Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Bila Tuan Mula Bermadah..

Manis kopi kerana gula,
Manis Tuan pada bicara.

Izin dipinta pada yang tua,
Oleh pemuda memula kembara,
Izinkan hamba atas bicara,
Menyalin pantun Tuan yg dimulia.


Ini sebahagian teks ucapan tuan Guru semasa merasmikan konsert Nasyid Antara Dunia. Teks penuh boleh diakses di sini

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.


Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.


Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.


Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Fokus Fasa Tiga

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu :-

Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

# Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

# Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ?putih? atau ?berdaki?, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )

# Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ?optimum? dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses? asidosis dan ketosis? dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman? mata hati? mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.


Oleh : Dr. Suriya Osman

Dipetik dari: http://www.permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2

Khamis, 13 Ogos 2009

Bila masuk Maghrib ya?

Dalam beberapa hari lagi, waktu maghrib akan menjadi terlalu popular, yang tak pernah sembahyang maghrib pun akan ambil tahu. Kenapa? Hahaha... Sebab waktu itulah kita berbuka. Kita yang selam ini tak pernah tahu waktu tepat maghrib pun akan memerhati hari demi hari, minit demi minit kita kira. Itulah Ramadan, sangat tipikal, dan sentiasa begitu setiap tahun. Entah berapa kali sudah bumi ini mengelilingi bumi, manusia tetap dengan perangai itu.

Kadang-kadang bukan puasa pun orang-orang ini, tapi waktu itu wajib tahu, biar perbuatan makan boleh dilakukan terang-terangan. Entah lah, suruh puasa tak nak puasa, suruh makan, makan pula. Tahan lapar sebab nak diet boleh pula.

Bulan puasa nanti, semua sibuk tambah amal, orang seni pun berehat menyanyi/berlakon, menghormati Ramadan. Bagus lah, ada sense of respect. Mereka pun buat amal, berbuka bersama anak yatim, hiburkan pula dengan menyanyi. Aik, tadi kata nak berehat hormat Ramadan.

Penghayatan Ramadan ini sekejap saja, lebih kurang 2 minggu saja. dah lah sebelum Ramadan dah ada promosi pra-raya, 2 minggu lepas puasa dah berdendang lagu raya.. Hari raya apatah lagi. Baju raya lawa-lawa belaka (yang melampau), makanan enak-enak sahaja (yang melampau), hilang terus roh Ramadan.

Kadang-kadang terfikir juga, Ramadan ini sebenar tak lebih sebagai penyebab untuk raya sahaja. Hukum alam menetapkan sebab mesti mendahului musabab, maka Ramadan dijadikan 'bidan terjun' untuk musabab berlaku. Dalam erti kata mudah, nak merayakan sesuatu perayaan, mesti ada melalui kesusahan dulukan. konon-kononnya Ramadan ni kesusahanlah. Dengar lagu-lagu raya, lebih kurang itulah maksudnya.

Habis di sini dulu tulisan ini. Nak panggil sebagai tazkirah pun boleh, nak kata bebelan pun silakan. Yang aku harap cuma satu, biar orang yang terlibat yang baca, nak suruh dia rasa pedasnya cili, dan kemudian berubah. Aku ingin pahala melakukan dakwah, paham? Sia-sia menulis kalau tak dapat apa. Dan kau pun, jangan buat perkara, tanpa harap dan dapat pahala. Jangan buat benda sia-sia. Kekasih Allah tak suka, apatah lagi Allah, yang Maha Pemurah.


saifullah almaslul
12.09pg,
Jumaat,
K.Lumpur

Selasa, 11 Ogos 2009

Gadis Bunga Bangsaku

Wahai gadis, bunga bangsaku, engkau adalah aset berharga kami. Engkaulah tulang belakang perjuangan kami. Jangan biar perkara sekecil cinta sesama manusia menghancurkan hidupmu. Perjalanan hidupku ini pernah melihat pelbagai ragam kawanmu. Pernah ku melihat mereka berpeleseran, menjadi hidangan mata dan nafsu lelaki, ada yang menghanyutkan diri sendiri, merelakan nafsu mengawal takdirnya, dan tak kurang juga yang meletakkan maruah di celah kaki lelaki.

Pun begitu juga aku melihat, kawanmu yang teguh berdiri menjaga maruahnya, hingga malu aku berhadapan dengannya. Iman seteguh tiang seri, solat mengukuh rumah agamanya. Hati keras menigimpikan pahala sebesar Saidatina Aisyah si merah, tak kurang juga mendambakan semangat Saidatina Fatimah, puteri Baginda.

Tetapi ingat bunga bangsaku, jiwamu lemah dengan cinta lelaki, tak kira siapa kamu, ustazah di sekolah, atau gadis peleseran, demi namanya cinta, sanggup kau mengorbankan diri. Ini sejarah, dan ia sentiasa berulang. Beringatlah wahai bunga bangsaku, penyeri agamaku.



cinta ku hadir,
ketika melihat gadis itu,
serinya menghembus bayu lembut,
lalu dedaun hatiku bergetar,
tak perlu pandang pertama,
kerna bayu tak sentiasa berpuput lembut,
hanya pabila cuaca indah,
dan mentari menyinar ceria,
baru ku terasa, indah alam ada maknanya,
makna dalam keindahan,
keindahan hakiki,
dan kau telah kutemui,
setelah semalam tengkujuh melanda,
sembunyikan segala keindahan,
bukan mata, tapi hati melihat,
cinta itu hadir bersama kemuliaan,
kemuliaan murni gadis,
penuh santun budi,
halus akhlak pekerti,
patuh mu pada agama,
tak bisa tercabut iman,
laksana kukuh akar mencengkam tanah,
bak kejora yang tak pernah jatuh,

gadis sepertimu,
ingin aku miliki...



-iSwa-
10.28pm,
11 Ogos 2009,
Kuala Lumpur (Kota Batu)

Selasa, 4 Ogos 2009

Angka-angka Berserakan

2458.39+250+300+750+300-2630.7 = 1427.69

tak payah fikir, hanya ahli matematik terpilih saja yang tahu.

Isnin, 3 Ogos 2009

Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara

Sudah, jangan putar belit lagi cerita,
tugas mereka selesai,
sekarang giliran kamu pula,
buat kerja cepat...

Selasa, 28 Julai 2009

1Sazlie



Inilah wajah beberapa hari selepas betul-betul menganggur, dan selepas bekerja kini, rindu pula nak ke masa itu.

Rabu, 22 Julai 2009

Asap Apa yang Pelik di KL?

Asap jerebu tak pelik lagi, asap rokok yang keluar dari mulut perokok perempuan itu lagi pelik (bagi aku lah).

doktor, nasihatkanlah orang-orang ini...

Ahad, 19 Julai 2009

Secebis Catatan Orang Kota

artikel ini ala-ala yang berbahagia che det.

1. Hari ini ambil motor di pos laju Brickfields. Kawan bawa dari rumah ke Kl Sentral (KLS). Sampai di sana, aku terus ke kanan KLS, padahal pejabat pos laju itu sebelah kiri KLS. Sesat yang pertama.

2. Sudah ambil motor. Jalan ke ofis pula tak tahu. Semalam sudah tanya beberapa orang, semua bagi jalan yang berlainan. Tanya Encik Google, dia pun bagi jalan yang lagi lain. Sudahnya aku tanya abang pos di situ. Katanya lalu Federal Highway. Nasib baik aku pernah belajar di UIA PJ. aku ikut saja jalan bas ke UIA PJ itu (lalu Federal Highway). UIA PJ itu belakang ofis aku saja. Tak sesat, cuma terlajak jalan sedikit saja.

3. Sampai di ofis dengan penuh kebanggaan (sebab tak sesat sampai ke Seremban atau mana-mana). Sekonyong-konyong bos suruh amik staf Irshad di Shah Alam pula. Manalah aku tahu jalan. Bos kata tak apa, aku bawa kereta dia naik sekali tunjukkan jalan.

4. Bawalah kereta ke Shah Alam tu, sambil menghafal jalan. Ambil staf itu, dan sampai ke ofis. Dalam kepala tengah ligat mengingat jalan yang sudah lalu tadi.

5. Hari berjalan seperti biasa, dan masa berlalu. Tiba waktu petang, kena hantar staf Irshad ke rumahnya. Pulak dah. Kali ini bos tak ikut, kenalah aku bawa seorang.

6. Jalan pergi ok lagi lah, staf itu ada, dia boleh tunjukkan jalan. Nah, sekarang lepas sudah hantar ke rumah, aku kena hantar kereta ni ke ofis.

7. Maka bermulalah episod mendebarkan. Dengan segala kudrat yang ada, aku ingat satu persatu jalan ke ofis dari Shah Alam ini. Muka habis cuak. Kalau ada yang tangkap gambar, mesti tergelak sakan tengok reaksi muka ini. Bawa kereta besar pun tak rasa nikmat.

8. Tapi Alhamdulillah, selamat juga sampai ke ofis.

9. Jadilah aku orang KL yang baharu.

10. Dan semua ini terjadi pada 16/7/09. Hari jadi puteri kesayangan kami. Berada nun jauh di sana. Telefon dia hendak ucap selamat, rupanya dia tengah seronok makan dengan kawan-kawannya. Sambut hari jadi. Aku yang di sini, baru tenang daripada kekusutan jalanan KL.

11. Wassalam

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI

Kerajaan mansuhkan. ikut kata rakyat (kepentingan politik), atau ikut kata ahli akademik?
Apa-apa pun, tahniah, kerana menyelamatkan anakku yang masih belum lahir.

Sabtu, 4 Julai 2009

Baharu..

Kita mulakan yang baharu,
wajah baharu,
hidup baharu,
kerja baharu,
jalanan baharu,
kawan baharu,
suasana baharu,
income baharu,
semuanya baharu...

cuma jiwa sahaja yang lama,
setia pada 'cara' lama,
nilai dan budi masih bersama...


ilham,
Sazlie @ mawi yang lama..

Khamis, 25 Jun 2009

...

The more you suffer from your life, the more Allah loves you... I admit it.

Selasa, 23 Jun 2009

'Ayat-ayat' dan 'ayat' Allah

Kita diperintahkan untuk berdoa, dan Allah akan menjawab, dengan 'ayat-ayat' atau 'ayat' NYA. Inilah yang kubelajar dari sekolah pengalaman.

Tak paham? pikir lg dalam..

Berat rasanya

Ya, tiada emas dalam mulut ini,
sampai terlalu susah melafaznya,
sedang diri ini pun keliru,
apa sebenarnya aku ini,

lidah ini tidak secekal hati,
hati ini sekeras kristal,
malah lebih lagi,
tapi tidak bagi lidah ini,
mungkin lebih kelu,
dari apa yang kau fikir,

maaf,
kerana tiada keberanian bersuara,
maaf,
jika tiada maaf terucap,
maaf,
jika maaf yg kau perlukan tapi tidak kumemberi,
maaf,
sekiranya hatimu terluka,
maaf,
dari tulus hati ini,
maaf,
maaf ini tidak bersuara,
tapi kuharap kau sedar dalam tindakanku,
dari riak wajahku,
dan dari kata-kata ku.

mungkin selepas ini,
aku harus belajar,
menyuarakan kemaafan secara zahir,
biar lebih terzahir kemaafannya..

buat pertama kalinya,
ku pohon maaf dari mu..

Khamis, 18 Jun 2009

Crsytal Synergy & 7 CEOs


CEO mengikut ke'kanan'an: Sazlie@mawi (Crystal Synergy), Suriani (Arena), Firdaus (Picu), Farhan (Scope), Irwan (Mellifera), Suhail (Green Synergy), Amin (Xsophist)



CRYSTAL SYNERGY: hanya 2.5 bulan dalam hidupku adalah bersama kalian. tetapi ingatan terus kekal selamanya. terima kasih sahabat..

gemuk


CEOs and COOs of the companies (GEMS Programme).
p/s: Farhan is missing

aku 1: lelaki gemuk berbakat untuk memimpin..

aku 2: makin poyo...

tali leher



aku 1: lelaki tidak bertie tampak lebih hebat..

aku 2: poyo....

Air Mata

Air mata seorang lelaki adalah untuk disembunyikan, tetapi sesekali apabila ternampak, bermakna ada sesuatu yang amat menyentuh perasaannya.

Sabtu, 6 Jun 2009

Mereka

Tulisan ini didedikasikan untuk mereka berdua, ibu bapa ku.

Pertama sekali, terima kasih kepada kamu, nun jauh di sana, kerana mengingatkanku, walaupun kamu sendiri tak menyedari yang secara tidak langsung telah mengingatkanku tentang ibu dan bapa. InsyaAllah, ada kesempatan kita akan berjumpa.

Atas segala kejayaanku,
atas segala kabahagiaanku,
atas segala pekertiku,
atas segala puji terhadapku,
atas segala yang terbaik yang aku perolehi,
terima kasih ma dan abah,
membuka mata hatiku terhadap kebaikan,
mengenalkan aku kepada Maha Pencipta,
mengajar aku menutur kata-kata yang baik,
menuntun tanganku melakukan kebaikan,
membimbing hatiku mengingati Allah,

sehingga aku rasakan,
tiada satu pun kebaikan yang aku belajar tanpa melalui mereka,
setiap kebaikan yang aku lakukan,
mereka mendapat bahagiannya,
setiap pujian yang ku terima,
bererti pujian buat mereka juga,
setiap perbuatanku yang menyenangkan orang,
merekalah yang dengan lemah lembutnya mengajarku,

terimalah kasihku wahai, ma dan abah,
segalanya yang baik tentang aku, itulah jasamu,

Ma dan abah,
redhailah anakmu ini,
doakanlah agar pelihara hidupnya,
sentiasa teguh memelihara Islam,
menjadi harapan bangsa dan negara,
kerana pada akhirnya nanti,namamu berdua akan ku sebut,
sebagai pasangan ibu dan bapa,
yang dengan hemah dan hikmah,
dan dengan penuh taat kepada Allah,
melaksanakan tanggungjawabnya.

Semoga kamu berdua dicucuri rahmat dan dikurniakan syurga firdaus.

Jumaat, 29 Mei 2009

Cinta

Apa yang ku lihat kini, cinta remaja terlalu murah, sehingga boleh dibeli di merata-rata, di hujung lorong-lorong hitam, di taman-taman bunga, di tepi jalan raya, kelab-kelab malam, di warung mamak, dan (terlalu banyak untuk dinyatakan). Sehingga apabila sudah tidak mahu digunakan, dibuang sahaja di tong-tong sampah, digantung di pagar masjid, dihanyutkan air sungai dan di tempat yang saudara dan saudari sendiri mampu namakan.

Sehinggakan aku sendiri sukar, untuk memilih, cinta yang 'mahal' untuk aku simpan dan miliki sehingga menutup mata.

dari pencinta,
SAZLIE

Ahad, 24 Mei 2009

Hari Ini, 23 Mei 2009

Hari ini aku bertemu sahabat baik ku. dia bertegur sapa dengan ku, bertanya khabar dan berpesan agar tidak melupakannya. Ya, aku hampir terlupakannya, di saat sahabat lama bertandang ke rumahku dan menginap selama beberapa hari.
Dan esok, adalah hari untuk aku terus berjuang, aku perlu lekas, kerana lusa belum tentu milik aku

baca juga : Sahabat

Jumaat, 22 Mei 2009

Kasih Sayang

Bagi aku, kasih sayang bukan suatu pertunjukan (baca: sesuatu yang ditunjuk), tetapi lebih kepada perasaan(baca: sesuatu yang dirasa).

Sebab itulah aku tidak pernah mahu 'melihat' kasih sayang, tetapi lebih ingin 'merasa' kasih sayang.



Salam kasih dari sahaya,

SAZLIE.

Isnin, 18 Mei 2009

Community Service

15 Mei, pada suatu Jumaat yang berkat, kemeriahan gotong-royong dan khidmat masyarakat berlangsung sehingga ke petang.
Kemuncaknya pada waktu tengah hari apabila seorang pakcik Cina dari Rumah Orang Tua bersalaman dan dengan mesranya menyapaku dan berkata"you punya program ini kan, memang very interesting". Hati terharu dan hampir menangis apabila dia yang kita anggap sebagai peserta sahaja dengan mesra dan ikhlas memuji program ini.
Pengakuan iu sudah cukup bagiku sebagai tanda pujian dan terima kasih sehingga pujian melambung yang diucap oleh orang atasan dipandang kecil oleh aku.

p/s: dan semakin banyak masa berlalu, kita juga akan merasai yang kita ini semakin tua.

Jumaat, 8 Mei 2009

Peristiwa

Aku selalu tertanya, apabila sesuatu terjadi terhadap ku, adakah ini Allah uji atau Allah bagi...

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini terlalu kerdil, mata ini terhalang dengan hijabMu. Maka bantulah hambaMu ini melalui hari-harinya dengan penuh himah dan sentiasa di dalam redhaMu. Amin...

Ahad, 3 Mei 2009

Cari

Cari sampai jumpa, atau pun terjumpa. dua situasi berbeza.

Sahabat

Kegagalan adalah sahabat baik aku,
Dan kejayaan adalah sahabat lama ku,
Akulah manusia yang tabah..

Khamis, 30 April 2009

Pilihan

Dalam hidup ini, setiap jalan yang kita tempuhi, akan ditemukan dengan pilihan. Dan kita selalunya memilih dengan apa yang kita rasakan paling sesuai. Kadang-kadang pilihan itu tepat, Alhamdulillah, dan ada kalanya tidak. Memang sudah kecenderungan manusia, mereka akan menyerah kepada orang lain untuk membuat keputusan setelah mereka sendiri tidak berjaya.
Soalnya, kepada siapa kita ajukan pilihan ini? Hahaha... Kalau dalam periksa kita harapkan dadu pemadam, ataupun kiraan yang bermacam-macam jenis kira reka. Dan bagaimana pula dengan hidup? aku percaya, setiap pilihan itu adalah ujian keupayaan kita. Keupayaan tentang segala-galanya. Sesiapa yang tewas, mereka membiarkan arus membawa hidup mereka. Maka terlihatlah kita segolongan yang kecewa dengan hidup memilih untuk merosakkan diri sendiri. Kamu bagaimana? Percayalah tiada apa yang diuji kepada kita, yang tak mampu kita hadapi. Hadapilah dengan tenang, berbekal iman dan Islam, carilah pedoman. Tiada siapa yang dapat melihat masa depan kecuali Allah. Dialah yang bukan sahaja mampu melihat masa depan, malah Dialah yang menciptanya, mengaturnya, berkuasa terhadapnya, dan mampu mengubah segala-galanya yang kita terhijab.

Memang lumrah manusia menyerahkan kepada yang lain untuk membuat keputusan ketika buntu, maka Allah lah tempat sebaik-baiknya sesuatu keputusan itu dibuat.

Ya Allah, Tuhan yang menguasai alam ini, yang memegang hati setiap manusia, yang mengetahui segala rahsia sebesar-besar alam, dan sedalam-dalam hati dan perasaan, yang tiada hijab bagiNya, maka aku bermohon kepadamu, dalam setiap keputusan yang aku lakukan, berilah yang terbaik bagiku. Kerana Engkaulah Ya Allah, aku bermohon sesuatu hajat, dan kerana Engkaulah sebenar-benarnya tempat bergantung harap dan tempat kembali. Amin...

Khamis, 9 April 2009

Hari 3

Kota Madinah Al-Munawwarah

Madinah adalah salah satu dari dua tanah haram. Jangan kau tak tahu pula. Di sinilah Nabi Muhammad membina sebuah kerajaan contoh. Di dalamnya bukan sahaja terdapat umat Islam, malah kaum yahudi pun hidup aman bersama umat Islam yang lain. Kihidupan berpuak yang diamalkan bangsa Arab mula terhakis di sini. Dah lah umat Islam digolongkan kepada Muhajirin dan Ansar. Dan dalam Muhajirin dan Ansar itu terdapat banyak lagi pecahan kaum. Tapi semua dapat hidup saling menghormati, dan bersama-sama membina Kerajaan Islam Madinah. Alangkah indahnya kalau kita hidup pada saat itu.
Dan di kota kesayangan Nabi inilah juga Allah turunkan pelbagai rahmat dan kemuliaan di dalamnya:
1. Masjid Nabawi - Gandaan solat di sini adalah 1000 kali. Dan masjid ini adalah masjid yang termulia selepas Masjid Haram. Di dalam ini jugalah ada sebidang tanah yang tak ternilai dek duit ringgit kita. Sebidang tanah yang kalu kita berdoa di dalamnya akan dimakbulkan Allah. Sebidang tanah ini sentiasa sesak dengan tetamu Allah. Sebidang tanah ini letaknya antara Mimbar Nabi dan rumahnya. sebidang tanah ini atau dikenali dengan Raudhah adalah idaman setiap tamu Allah yang hadir ke Madinah ini. Bayangkanlah, setiap hari nabi mundar mandir di dalam sebidang tanah ini. Berjalan dari rumahnya ke masjid. Menyambut tetamu kerajaan, menyampaikan dakwah, dan pada hari ini, kau hadir dari sejauh Malaysia, dan menyembah Allah di Raudhah ini. Dan yang paling menjadi idaman adalah jika kau dapat sembahyang di Mihrab Nabi. Apa itu Mihrab Nabi? Mihrab Nabi adalah tempat di mana Nabi bersembahyang. Manusia seagung Muhammad menyembah Tuhannya di sini, di tanah ini. Layakkah kita, manusia biasa ini, yang tak pernah mengaku dirinya hina di hadapan Allah, sujud di tempat manusia agung sujud. Kalau singgah sana raja pun kita tak berani duduk, inikan pula tempat sujud nabi? Dan di sini juga kau berdoalah, Allah akan makbulkan. Dan Raudhah inilah juga merupakan salah satu dari taman syurga. Ada juga yang mengatakan inilah pintu syurga.

2. Pergunungan Uhud - Jika ditanya tempat mana yang kau cintai, jawablah pergunungan Uhud. Kerana apa? Kerana Nabi kita juga mencintai kawasan ini.

3. Debu Kota Madinah - Setiap debu di kota Madinah adalah ubat. Suatu hari baginda menziarahi perkampungan Bani Haris. Pada ketika itu, sebahagian masyarakat disitu diserang demam. Lalu Nabi bertanya,"Bagaimana keadaan kamu?" Mereka menjawab'"Kami diserang demam". Lalu Baginda bersabda,"Kamu tinggal berhampiran kampung Shuib dan ambillah debu dari tanahnya dan masukkan ke dalam air, kemudian tiup."Lalu mereka buat seperti apa yang disuruh dan Nabi memerintahkan supaya mereka yakin dengan apa yang dilakukan dan hanya Allah yang dapat menolong. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda lagi, dari Saad bin Abu Waqas,"Aku bersumpah demi Dia (Allah) yang dalam tangannya nyawaku, bahawa debu-debu adinah adalah penyembuh bagi setiap jenis penyakit."

4. Perkuburan Baqi' - Aku rela mati dan ditanam di perkuburan Baqi'. Kerana telah dijanjikan bahawa semua ahli di perkuburan Baqi' ini dijanjikan syurga Allah. Ramai sahabt Nabi ditanam di sini. Antaranya adalah Saidina Usman, Abd Rahman bin Auf, dan Saad bin Abi Waqas. Kaum keluarga Nabi pun disemadikan di sini.

Tetiba teringat kata-kata ustaz yang mengiringi kami, "Aku ke sini bukan atas kehendak diri, tapi adalah kerana dijemput menjadi tetamu Allah dan RasulNya."

Memang ada benarnya, kalau tak dijemput, tak mungkin kita akan sampai ke Tanah Haram. Apa yang ada di Arab Saudi? Dah lah tanahnya kontang, bangsanya tak peramah, air lgi mahal daripada minyak. Hanya hatinya yang ditiup keimanan sahaja akan sudi ke sini. Bukan untuk melihat kemajuan dan ketamadunan Arab, tetapi untuk mengejar syurga Allah. Sebab itulah kita ini dipanggil tetamu Allah.

Program kami hari ini adalah ke Al-Ula. ini adalah merupakan tapak arkeologi. Macam Lembah Bujanglah. Kami bertolak pagi dan sampai di sana lebih kurang tengah hari. Catatan menarik hari ini adalah kunjungan kami ke Masjid Nazim. Di sini lah setelah nabi menang dalam perang Tabuk, menjadi tempat istirehat Nabi Muhammad s.a.w. Sekonyong-konyong datang lah nenek tua seraya berkata kepada Nabi yang kita cintai, supaya memakan hidangan sup kambing buatannya. Memang terangkat beb, katanya :-) Sup yang sebenarnya diisi racun itu telah diketahui Nabi dan Nabi selamat dari terkena racunnya. Tulang temulang kambing itu diletakkan di mimbar masjid. Tapi sekarang sudah tidak kelihatan kerana telah ditanam supaya tiada orang mengambilnya. Perjalanan kami kebetulan berbetulan dengan jadual dari jemaah pakej lain, Andalusia dan Rayhar. Hotel tempat menginap dan makan pun sama. Maka bertambah meriahlah kami. Hasil sembang-menyembang mak aku dengan orang Andalusia, tahulah aku ada juga seorang student UIA Gombak yang ikut Umrah ini dengan keluarganya. Orang Kelantan, tu yang mak aku sembang banyak tu.
Teringat semasa perjalanan, tanah Arab ini memang benar-benar tandus. Kalau di Malaysia, kita naik bas, lalu PLUS, makanya kiri kanan penuh dengan tumbuh-tumbuhan menghijau. Lain ceritanya di sini, kiri kanan pasir dan tanah kering keras. Bukit togel, tumbuhan yang ada pun renek-renek belaka. Hijau tak sesegar di Malaysia. Alhamdulillah, Walau pun Malaysia bukan tanah haram, tetapi kita dikurniakan air yang mencurah-curah banyaknya. Tumbuhan segar-segar belaka. Udara yang lembap. Pendek kata permailah. Jom lawati Malaysia, banyak untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. Zoom Malaysia. hehehehe..

Esok perjalanan kami ke Madain Salleh, kota tinggalan Nabi Salleh. Sementara menunggu esok, kami bersantai di hotel, menikmati makanan India Selatan, dari tukang masak yang memang kelahiran sana.


Inilah Masjid Nazim, tempat baginda diracun..


Hotel di Al-Ula, UTAS, Andalusia, dan Rayhar tinggal di sini


Di satu kawasan di Al-Ula, belakang tu semua jemaah Malaysia


kiri: tourist guide, kanan: adik dari Andalusia, tengah: ???


Bangunan sebelah Masjid Nazim. Tengok pokok tu, bukti tanah di sini tandus, kekurangan air.


Sedap makan bang...

Altantuya (sebut dalam hati)

Mula-mula sekali, patik mohon sembah derhaka jika entri ini berbaur politik. Mahkamah mendapati dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah membunuh Altantuya.
Jika hakim tersalah menghukum, maka dia hanya mendapat satu pahala. Tetapi jika hukumannya betul, dia mendapat dua pahala. Jika hakim tersalah hukum, hanya pesalah sebenar yang mengetahui yang dirinya bersalah. Maka pesalah ini akan terus membisu dan sentiasa menjunjung tinggi keadilan yang baru dia hadapi ini. Bagi pesalah yang palsu ini, dia akan terus mencemuh keadilan yang baru sahaja dia hadapi.
Ketahuilah, Allah itu Maha Menghakimi. Allah itu Maha Adil. Hukumannya merentasi waktu dan tempat. Bala tenteranya sekalian makhluk di muka bumi, yang melata, yang berjalan, dan yang berterbangan. Mereka sesekali tidak akan sembah derhaka kepada Allah. Dan jika Allah berkata "Kun Fayakun", maka terjadilah segala ketentuannya. Jika dikehendaki yang bersalah itu menerima hukuman, maka mereka tidak akan terlepas hatta seinci pun.
Itu sahaja bebelan aku kali ini. Pesalah akan dihukum, pasti, dan yakin, dan masa itu akan tiba.

p/s: apa motif dua anggota UTK itu membunuh ye?

Hari 2

Pagi sebelum subuh, aku ke masjid lagi. Qiamulail. Keadaannya sama seperti waktu aku tunaikan solat Maghrib dan Isyak semalam. Kesimpulannya, masjid ini tak pernah mati. Di satu sudut, aku terpandang seorang lelaki menangis dalam sembahyangnya. Di Malaysia jarang kita jumpa kan? Benarlah, ini Tanah Suci, kalau kita ikhlas ke sini, hati ini akan sentiasa ingatkan Allah. Terkenang betapa besarnya dosa lalu, ke syurga atau ke nerakakah kita. Aku juga ingin seperti lelaki itu. aku mahu air mata ini menghapus segala kesalahan dan dosa aku yang telah dilakukan.
Aku solat tahajud. Dalam diri yang sebegini, di dalam masjid kedua suci di sisi Islam ini, aku mencari erti kekhusyukan. Pencarian yang tak pernah aku temukan selama aku hidup. Aku mencari kisah-kisah silam ku, yang dipalit dosa, aku mohon agar diampunkan. Dalam sujud juga, aku mengumpul segala hajat, minta diperkenan. Minta diampunkan segala dosa, dan minta juga kaum keluargaku sentiasa dalam rahmatmu. Doa dari rakan-rakan pun aku sembahkan sekali.
Sambil menunggu waktu subuh, seperti yang sepatutnya, aku mengaji Al-Quran. Aku target aku sempat habis 30 juzuk selama waktu umrah ini. InsyaAllah.
Apabila haus, aku minum air zamzam. Minum sepuas-puasnya. AIR ZAMZAM ADALAH APA YANG KITA HAJATKAN SEMASA MEMINUMNYA. Berdoalah sebanyak-banyaknya semasa minum air zamzam itu. Tak susah nak cari air zamzam di masjid Nabawi. Di tiang-tiang masjid ada diletakkan setong air zamzam. Ada sejuk, ada yang biasa. (pernah pegi masjid zahir kat Alor Setar? mcm tu la rupa tongnya.)
Waktu subuh hampir tiba. Azan dilaungkan kali pertama mengejutkan warga kota Madinah. Azan kedua pula setengah@sejam selepas azan pertama.(tak ingat la). Orang memang ramai. Macam nak sembahyang raya gamaknya. Aku kat saf yang ke berapa puluh entah, pun berhimpit jugak. macam manalah saf pertama ye? Bacaan imam memang sedap. Rakaat pertama surah AS-Sajadah. Orang lain sujud sejadah aku pulak rukuk. Bukan aku seorang, ramai jugak yang kelilinga aku tu pun rukuk. Sebelah kiri aku, pak Arab solat guna kerusi roda, tak boleh nak bezakan dia rukuk ke sujud. Tiba-tiba dia tarik tangan aku, suruh sujud. Barulah sedar, aku ni salah. (Ni semua berpunca daripada kata-kata abang bilik aku, dia yang pernah buat haji kata, memang imam sini baca surah Sajadah, tak tak semestinya. Kerana kata-kata itulah, aku ingatkan hari ini imam tu tak buat sujud sejadah.)
Habis solat subuh. Alhamdulillah, inilah kali pertama aku solat fardhu jemaah di sini. Bayangkan, sekali solat subuh jemaah di sini, sama dengan 1000 kali aku solat subuh jemaah di tempat lain. Lepas solat tiada zikir, hanya zikir sendiri-sendiri saja. Macam masjid UIA Gombak juga lah. Lepas zikir cepat-cepat balik. Tak tahan nak buang air. Bukan hari ini saja, sepanjang masa kat Madinah asyik nk buang air je lepas minum air zamzam. Bukan aku seorang, ramai lagi jemaah lain yang cerita benda yang sama. Mungkin nak cuci penyakit kot, seorang jemaah itu kata. Mungkin ada benarnya, cuba kita terjemah doa minum air zamzam: "Ya Allah, aku mohon padamu (dengan meminum air zamzam ini), ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan semoga air zamzam menjadi ubat segala penyakit."
program oleh UTAS hari ini adalah lawatan sekitar Madinah. Kami teruskan perjalanan ke masjid Quba'. Ini adalah masjid ke-4 suci selepas Masjid Haram, Masjid Nabi, dan Masjid Aqsa. Yang ke-5 masjid apa? Masjid Kristal lah. :-) Gurau je lah. 4 saja masjid yang dianggap suci dalam Islam. Satu solat di masjid ini bersamaan dengan menunaikan satu umrah. Tapi dengan satu syarat, air sembahyang harus kita ambil dari tempat kediaman, barulah dikira pahala satu umrah. Maha Besar Allah, sebegini mudah Dia beri laluan untuk kita memperoleh Sebesar pahala. Cuma kita sahaja yang butakan hati tak mahu menerimanya. Sesungguhnya Allah memang Maha Pemurah.
Kemudian dibawa menaiki bas ke sekitar kota Madinah. Ya, Madinah lebih subur dari Kota Mekah. Dan Nabi kita pun menyukai Kota Madinah ini. Di Madinah ini, segala debunya adalah ubat. Pernah diriwayatkan, Nabi pernah merawat sahabatnya dengan menggunakan debu Madinah. Dengan kuasa Allah, penyakit sahabat itu pun sembuh. Subhanallah, lihatlah kurniaan Allah kepada kota Madinah ini. Mutawwif kami beritahu, ramai jemaah haji Malaysia yang bawa pulang air rendaman debu Madinah untuk dibuat ubat. Debu tak boleh dibawa keluar, kerana apa sahaja yang di tanah suci ini tak boleh dibawa ke tanah halal. Kami terus ke ladang kurma di sini. Dan semestinya, kurma nabi yang aku dan ibu ku cari. Diriwayatkan, kalau kita makan 7 biji kurma Nabi pada waktu pagi, kita akan terhindar dari sihir sehingga ke petang. Subhanallah.. Banyak sungguh rahmat dan kebaikan yang Allah turunkan ke atas kota yang Nabi cintai ini. Dan mengambil berkat debu Madinah, ramai jemaah yang beli apa saja hasil tanah dari bumi Madinah ini. Bukan saja kurma Nabi, kacang cerdik, badam dan adalah satu dua jenis makanan lagi. Buat pengetahuan, kurma Nabi @ 'ajwah, susah nak kita dapati di Malaysia, dan kalau ada pun, harganya boleh mencecah RM100 sekilo. Di Madinah pun, sekilo aku beli RM70.
Seterusnya kami ke pergunungan Uhud, diriwayatkan juga, Pergunungan inilah yang paling Nabi cintai. Dan seharusnya jugalah, kita sebagai umatnya mencintai pergunungan ini juga(rujukan).
Di sini juga terdapat maqam sahabat Nabi yang juga pak saudara Nabi, Saidina Hamzah. Beliau telah terkorban semasa perang Uhud. Akibat kebencian yang terlalu sangat terhadap Saidina Hamzah, Hindun telah membelah dada beliau setelah wafat dan menjamahnya. Ini semua kerana Saidina Hamzah telah membunuh bapanya dahulu. (rujukan). Pernah satu ketika, kawasan itu dilanda banjir besar, sehingga kubur Saidina Hamzah terbongkar, dan mayatnya terkeluar. Masyarakat Madinah ketika itu, keluar melihat mayatnya dan terkejut. Mayat Saidina Hamzah masih segar seperti orang baru mati, darahnya masih merah pekat, dan tiada tanda mayatnya reput. Kemudian masyarakat Madinah menanamnya semula. Dan tempat itu telah dipagar. Tidak inginkah kita bercita-cita syahid seperti Saidina Hamzah. Ayuh, jom jihad!
Selepas itu kami ke pasar kurma terbesar di Madinah. Kurma melambak-lambak. Pilih bang pilih. Kemudian kami pulang semula ke hotel. Ke masjid Nabawi untuk solat fardhu, berzikir, membaca Al-Quran, minum air zamzam dan pulang ke hotel untuk buang air. :-)


Masjid Quba dari luar


Ampunkanlah dosa dan perkenankanlah segala hajat jejaka ini. Amin


Kunjungan ke Masjid Quba tak putus.



Ladang kurma di Madinah


Beli apa tu makcik?


Yang berpagar tu kubur Saidina Hamzah, di belakangnya pergunungan Uhud a.k.a. pergunungan syurga.


Beri salam di kawasan perkuburan. Itu tourist guide kami.


Pergunungan Uhud dari bukit berdekatan.

Rabu, 8 April 2009

Tidurlah

Tidurlah wahai wakil rakyat baharu. Tidur jugalah pekerja-pekerja mu yang bekerja keras. Tidurlah dengan kesyukuran kemenanganmu.

YB, Esok bangun pagi, 1001 masalah kau akan hadapi, 1001 janji kau kena tunaikan, 1001 keputusan kau harus tentukan. Jangan hari ini kau kata, esok kau lupa kota.

Buat PR, perjalanan itu masih jauh. Islam masih tidak lagi di atas. Ingat, selagi Islam tidak di atas, selagi itulah perjuangan KITA belum selesai. Berlapanglah, kerana Islam itu adil untuk semua.

Buat BN, sedarlah dari mimpimu. Sudah terlalu lama kau tidur. Dikejut dengan PRU-12 pun tidak sedar, dikejut dengan pemilihan UMNO pun tidak sedar, dan kalau loceng pilihan raya ini pun kau tidak sedar, silalah ke tempat sepatutnya.

Ampun, patik mohon sembah derhaka.

Selamat malam.

Selasa, 7 April 2009

Gambar untuk 'Hari 1'


ma.


abah.


Taklimat UTAS


Masjid Nabawi

Hari 1

Tidur di hotel Empress semalaman sebelum ke KLIA. Jam 12tgh hari berada di KLIA disambut petugas UTAS. Selesaikan urusan bagasi dan menunggu taklimat. jam 1 ptg ke balai berlepas, dan selepas solat terus ke pintu pelepasan. 2.30ptg ke dalam kapal terbang. mak oi.. orang arab la pramugarinya. orang negara jiran pun ada jgk.
begitulah serba ringkas perjalanan permulaan. di atas kapal terbang masing2 mula mencari tempat duduk. dan tawar-menawar tempat pun bermula. masing2 kalau boleh nak duduk dengan ahli keluarga masing. maklumlah, tiket yang kami dapat, tempat duduknya bersepah. nasib baik tempat sebelah mak aku kosong, aku pun teruslah membujur lalu melintang patah ke situ.
perjalanan memakan masa hampir 10 jam, kerana kami diberitahu kapal terbang ini akan mendarat di Riyadh (ibu kota Arab Saudi) dahulu. ok lah, nak mendarat 10 kali pun tak apa, asalkan aku selamat sampai.
duduk, diam dan dengkur. itu je yang aku buat. sesekali pramugari lalu menghidang makanan. makanan Arab tetapi diubah suai sedikit. agaknya jarak yang jauh dengan muka bumi menjadi penyebab ubahsuai itu kot (aku main2 je ni). aku makan sajalah. malas nak buat aksi mengurat pramugari, sebab aku tau, kalau dari awal lagi hati tak bersih, susah lah nak sental hati kau yang kotor kat tanah haram itu nanti.
perjalanan macam biasa, aku mula mengubah mind setting, "aku nak pegi wat umrah ni, mestilah kena bersihkan hati ini sikit2. paling kurang pun berzikir ke." lalu aku pun membiarkan fikiran ku dikawal iman. ini juga satu percubaan yang jarang2 aku lakukan semasa di Malaysia. ya, kalau kau sudah menjadi tetamuNya, sedikit sebanyak hati kita akan dilembutkan. Mengingat dosa yang dilakukan, tentu saja boleh meruntun kerasnya hati itu. dan... air mata mengalir lesu. aku berdoa, agar perjalanan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. beribu sudah dihabiskan, tapi bukan itu tanda aras kesungguhan aku untuk mendapat redhaMu. Malah ia lebih lagi ya Allah. Aku mahu kedatangan ini adalah yang tidak sia-sia, pulang dengan bangga. Bangga menjadi tetamu Allah yang pulang dengan ssepenuhnya keampunan dan rahmat. biar hapus semua sifat buruk, biar sirna terus nafsu maksiat dihati, dan biar lestari keberkatan Mu ya Allah.
Seperti dijadualkan, kapal terbang transit di Riyadh. Mula-mula katanya penumpang dari KL tidak payah turun, tetapi arahan berubah. Semua sekali turun. Maka gelabahlah aku, tapi macho itu perlu dikawal. aku berjalan keluar dengan yakin, sambil menemani ibuku. Keampunan dan keredhaan Allah ini mahal sebenarnya. Masakan kau boleh duduk senang sebagai orang beriman tanpa diuji sedikit pun. Padahal itu di Riyadh, aku sudah mula diuji kesabaran. Di Malaysia aku bangga kalau orang kata aku anak yang baik sebab teman emak buat umrah. Nah, aku pula yang tak sabar sekarang. Apa yang mak aku kata semua aku rasa tak puas hati. Dia bertanya pun masalah bagi aku. Senang kata semua tak kenalah.
Memanglah di lapangan terbang Riyadh itu susah sedikit. Tak ramai pekerjanya yang fasih Inggeris. Kami cuma nak diperiksa pasport dan tiket saja. Mak aku cuma terlupa mana dia letak semua itu, yang aku baran tak pasal-pasal kenapa. Nasib baiklah iman dapat kukawal. Perlahan-lahan nafsu amarah kutawan. Akhirnya jumpa juga barang-barang mak aku itu. Tak hilang ke mana pun, ada dalam beg sangkut itu juga.
Perjalanan disambung. Kurang lebih setengah jam sampai juga ke Tanah Suci Kota Madinah. Alhamdulillah, wakil UTAS sambut kami. naik bas kemudian ke hotel Bahaudin. Aku dapat sebilik 3 orang. mak aku sebilik 3 orang. Bilik kami saling menyebelah. Maghrib dan Isyak belum tunaikan lagi. Selepas makan, aku, mak aku, dan 2 lagi jemaah ke Masjid Nabi.
Ya Allah, Tuhan Maha berkuasa, akhirnya hamba mu yang lemah ini sampai juga ke sini. Dalam kekusyukan yang menebal ini, aku berjalan yakin ke pintu masjid. Tiba-tiba kena tahan, rupanya itu pintu perempuan. Salah pintu da.. Aku pun cari la mana pintu masuk lelaki. Lepas solat Isyak banyak pintu yang ditutup. Nampak gayanya macam tujuan untuk pembersihan. Hampir satu masjid aku pusing, manalah pintu untuk lelaki ini. Risau juga aku, kalau-kalau aku tak jumpa pintu, takut kedatangan aku tak diterima. Tak apa, ikut je mana-mana org Malaysia, insyaallah jumpa. Nasib baik jumpa.. Alhamdulillah, kedatangan aku menjadi tetamuMu diterima.
Kali pertama solat di Masjid Nabi, satu solat di sini, 1000 kali lebih baik dari mana-mana masjid, sekalipun masjid Kristal :-) . Kali pertama jugalah aku solat Maghrib dan Isyak di sini. Mengaji, minum air zamzam. Dan aku lihat keindahan masjid ini. (Keindahan masjid ini cerita dalam entri lain ya). Tak banyak amal aku lakukan, kunjungan pertama kali, blurr dengan keadaan sekeliling.
Sesudah itu pulang ke hotel dan tidur. Insyaallah sebelum subuh aku sampai lagi.