Isnin, 15 Ogos 2011
Berbuka Puasa ke-15
Tiada apa-apa sangat untuk dikongsi atau difikir bersama hari ini. Penant sikit hari ini, kerja bertimbun di ofis.
Di masji di bulan Ramadan memang selalu dipenuhi bukan sahaja orang dewasa tetapi juga budak-budak. Ada yang berlari, bermain, datang nak makan, dan bergaduh-gaduh anak pun ada. Biarkan sahajalah, bila dah makin matang sedikit kita tegurlah perlahan-lahan. Apa yang penting, kenalkan hatinya dengan masjid.
Kadang-kadang aku curi-curi dengar juga 'perbincangan' kanak-kanak ini, dan aku selalu terfikir siapa sebenarnya yang ajar mereka guna kata ganti nama 'kita' dan 'awak'. Sungguh comel aku rasa. Sudah pasti bila besar mereka perlahan-lahan akan bertukar kepada 'aku' dan 'kau' tetapi 'kita' dan 'awak' tetap comel bagi aku bila lihat mereka petah bercakap sesama mereka.
ok, 'kita' berhenti di sini dulu ye. Esok kita cite kat 'awak' lagi.
p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berkeypad qwerty.
Ahad, 14 Ogos 2011
Berbuka Puasa ke-14
Pandangan Orang
Semalam aku di masjid Tabligh dan malam ini di masjid kariah sendiri. Memang banyak bezanya. Sepanjang perjalanan balik aku sering bertanya sendiri, apa agaknya pandangan orang Islam kebanyakan tentang Tabligh. Melihat mereka menghabiskan masa di masjid, keluar untuk berusaha ke atas iman dan amal, cara berpakaian dan kehidupan seharian mereka, apakah yang tersimpul di hati orang kebanyakan. Sedangkan orang yang rajin ke masjid dan membaca Al-quran pun kadang-kadang dipandang lain kerana mereke dilihat menjauhi hidup realiti dunia (sebenarnya orang awam itu sendiri keliru dengan realiti dunia), apatah lagi dengan orang Tabligh.
Sehingga bertemu lagi.
p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berketypad qwerty.
berbuka Puasa ke-13
Aku tak pernah tersangka akan berbuka di markaz pusat Tabligh hari ini. Di mana tempat ini? Sila google sendiri. Ada beberapa benda yang aku baru nampak hari ini. Pertama, orang mazhab Hanafi solat sunat Witir berasingan dari jemaah utama. Rupa-rupanya ada kelainan sedikit solat Witir mereka pada rakaat akhir. Susah mahu cerita macam mana kelainan itu, sekali lagi silalah google. Ringkasnya takbir selepas baca surah mereka tidak terus rukuk, diorang berdiri lagi. Kemudian takbir kali kedua baru rukuk.
Kedua, selain jemaah utama, ada beberapa jemaah kecil yang iman mereka lagi kental. Jemaah utama akan solat Terawih dengan bacaan Al-Quran satu juzuk lebih, tetapi ada juga jemaah yang membaca 3 juzuk dan ada yang membaca 5 juzuk semalam untuk solat Terawih. Pergh....mantap. Aku yang ikut jemaah utama pun dan sakit-sakit kaki.
Urusan harian mereka berjalan macam biasa, tazkirah 'usaha atas iman dan amal' tetap berjalan, selepas maghrib dan selepas Terawih. Kawan aku kata, jemaah masa bulan puasa jelas kurang kerana sebahagian mereka keluar 3-hari, 40-hari dan lain-lain.
Lupa hendak bagitahu, buka puasa mereka macam biasa, ada bubur lambuk dan ada makan dulang yang harganya RM8 kata kawan aku. Kami berbuka dengan bekal yang dia bawa sahaja.
Sekian dahulu untuk masa ini.
p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berkeypad qwerty.
Jumaat, 12 Ogos 2011
Berbuka Puasa ke-12
Hari ini aku pulang lewat dari ofis. Tak kira apa lagi, aku terus pecut ke masjid. Alhamdulillah sempat ampai sebelum buka. Sebelum ke dalam masjid aku sempat juga menumpangkan mat bangla yang menapak ke masjid. Alhamdulillah, ada juga perbuatan baik aku buat hari ini.
Sampai ke tempat makan, buur untuk berbuka puasa habis. Tak apa lah, aku kata dalam hati. Aku ambil air dan duduk di depan abang yang rumahnya satu blok debngan aku. Dia tengok aku bawa air saja, terus dia pelawa untuk ambil separuh bubur dia. Aku kata tak apalah, lagipun lepas ini nak makan nasi pula. Tapi yang membuatkan aku sedikit bangga dengan jemaah hari ini bila adik sebelah aku tawarkan bihun yang dia dapat ntah dari mana kepada aku. Bagus budak itu. Tiba-tiba pula, orang kuat masjid yang duduk dekat aku pun sibuk ambil bubur yang ada kat meja AJK dan bagi aku. Tak semena-mena makanan aku jadi banyak hari ini.
aku pilih berbuka dengan bubur, bihun aku biarkan dulu. Lepas habis makan bubur sempat juga aku gurau dengan adik yang bagi bihun ini, aku kata: adik nak amik balik tak bihun ni? Dia geleng kepala. Baguslah, kecil-kecil sudah ada rasa ingin menolong.
Khamis, 11 Ogos 2011
Berbuka Puasa ke-11Berbuka Puasa ke-11
Aku pilih berbuka di masjid kerana selain senang untuk beribadat, aku suka melihat perangai manusia ketika lapar. :-) Banyak yang sudah aku perhatikan, tapi lagi banyak yang aku tak dapat perhatikan. Ya lah, sample size di masjid ni kecil saja, paling banyak pun 100++ je.
Aku tak berapa kisah sangat bila sampai giliran aku mahu ambil makanan, lauk sudah habis atau nasi sudah habis. Kalau semata-mata mahu kenyang, boleh saja aku keluar makan di kedai. Tapi inilah peluang yang aku ada untuk mendidik sifat sabar, peluang yang tidak harus aku sia-siakan.
Insyaallah setiap hari aku akan memerhati sifat manusia, dan sedapat-dapatnya aku akan tulis di blog ini untuk bersama-sama kita kongsi dan bahaskan.
p/s: entri ini ditulis menggunakan handset berkeypad qwerty.
Kes 'Serbu' Gereja
"Penganut agama lain bersungguh untuk membuktikan yang agama mereka benar dengan menyantuni penganut agama lain, sedangkan penganut agama Islam menggunakan kekerasan untuk mempertahankan agama mereka"
'Kekerasan" itu bukan merujuk kepada tindakan JAIS terhadap gereja di Damansara Utama 9Tidak berapa jauh dari rumah saya) tetapi terhadap tindakan kita selama ini.
Lihat sahajalah bagaimana kita 'menyantuni' (kalau masih boleh diguna perkataaan itu) masalah seperti adauan azan itu membisingkan, penggunaan kalimah Allah, pengucapan ayat Al-Quran dan hadis oleh yang bukan Islam dan pelbagai lagi. Cuba lihat, secara spontannya kita akan melenting, dan akan cuba untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk menghalangya. Kenapa begitu sekali tingkah kita? hilang sudahkah hikmah dalam setiap tindakan kita?
Kita pindah sedikit kepada isu zakat, isu anak yang timbul selepas penangkapan ini. (kita cuba jauhkan pemikiran kita daripada isu JAIS-Gereja D.Utama dalam membincangkan ini) Kita selalu melihat dan pernah tersaksi yang penganut Kristian membantu orang yang bermasalah, terutama tentang kewangan. bagi orang Islam yang bermasalah, kenapa bukan kita yang membantu? Tersergam indah di dada akhbar tentang banyaknya jumlah kutipan, tetapi ke mana kah disalurkannya? 8 asnaf yang layak diberi wang zakat, yang pasti sampai wangnya adalah AMIL, dan yang paling kurang sampai adalah 7 yang lain. Setuju?
Selain 7 asnaf itu mencari pusat zakat, apakata pusat zakat sendiri yang mencari mereka sehinnga ke lubang cacing sekali pun. Itu sekadar cadangan. Kalu belum buat, boleh lah buat. Kalau sudah buat, pertingkatkan lah lagi. Pergi cari di hospital-hospital, tepi-tepi lorong, ceruk-ceruk kawasan dan macam-macam lagi.
Ok, setakat ini dahulu. Selamat berbuka semua. Sambil bayar zakat fitrah di masjid nanti, ajaklah si Amil tu bersembang pasal ini.
Selasa, 2 Ogos 2011
There is enough in the world for everyone's need, but not enough for everyone's greed
Hari ini agak tercabar jugalah kesabaran aku. Kes masih macam tahun lepas, makanan tidak cukup. Tapi kali ini aku buat kesimpulan ini: Apa yang ada sebenarnya cukup untuk semua jemaah, tetapi cuma bila ada yang tamak barulah semuanya tidak cukup. Kali ini aku duduk di sebelah budak (dan orang tua) yang ambil lauk banyak. Maksud aku lebih adalah sebab apa yang mereka ambil sebenarnya lebih daripada keperluan, sampaikan budak itu tak termakan pun apa yang dia ambil.
Bagi aku secara individu, aku halalkan saja, tetapi sebagai ahli sesebuah komuniti, aku ambil berat tentang ini. Ini baru kes buka puasa di masjid, bagaimana sifat ini yang selalu kita terbawa-bawa dalam hidup bermasyarakat akan merugikan kita? Sama-sama kita fikirkan di bulan Ramadan yang penuh keampunan ini.
p/s: entri ini ditulis dari handset berkeypad qwerty di masjid.
Rindu
Tetapi rindu itu tiada batas sempadan, tidak terlepas bagi manusia biasa merindu yang bukan/ belum lagi miliknya. Kerana rindu itu fitrah, sesiapa saja berhak berasa rindu. Bagi rindu kepada yang belum miliknya, kenapa harus ianya ditahan? Bukankah lebih mudah perkenankan saja daripada menzalimi rindu itu. Didiklah si perindu itu agar menghargai yang dirindunya, dan menjadikan rindu itu bukan sekadar kesukaan dunia.
p/s: entri ini ditulis dari handset berkeypad qwerty. :-)
Jumaat, 22 Julai 2011
Bayu Ramadan
Ya Allah, jangan Kau lindungi hati-hati kami dari menikmati bayu Ramadan Mu ini.
Ya Allah, aku berharap dengan sebenar pengharapan. Makbulkanlah.
Ahad, 3 Julai 2011
Hidup & Kerja
Tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. kita hidup untuk kerja. Secara jelasnya, seolah-olah asal kejadian kita adalah bekerja, kita wujud dan kemudian kita kerja. Lalu untuk melangsungkan dan melestarikan kerja maka kita perlu hidup. Terbalik terus daripada kenyataan di atas tadi. Contohnya, saya datangkan satu analogi. Seeorang itu membelanjakan hasil upahnya untuk membeli dan membayar sesuatu untuk keselesaan hidupnya seperti makanan, tempat tinggal dan perkhidmatan kesihatan. poin pentingnya adalah semua itu dibayar untuk keselesaan hidup. Tetapi kini orang yang sama juga perlu membelanjakan hasil upahnya untuk membeli dan membayar sesuatu untuk membolehkan mereka terus bekerja. Contoh paling keji adalah seseorang itu terpaksa membeli kereta, membayar tol, minyak dan parking semata-mata untuk membolehkan dia kerja dengan senang. Hoi!!! Kenapa sampai macam itu sekali?
Itu yang saya cuba ketengahkan di sini. betapa sistem ekonomi hari ini telah menerbalikkan kesepatutan yang patut berlaku di dalam hidup kita. Maka timbullah perasaan saya untuk menentang sistem ekonomi faham Kapitalisma yang kita tengah dokong dan berada di dalamnya sekarang. Bukan untuk memuja faham Sosialisma, tetapi sekadar ingin mengetuk rakan, taulan, saudara dan orang-orang di sekeliling tentang realiti dunia ini.
Soalan untuk anda: berapa ringgitkah dari upah kerja anda itu untuk hidup? dan berapa ringgit lagikah untuk kerja? FIKIR!!! Jangan jadi malas.
p/s: 1 Julai adalah tarikh ulang tahun aku melangkah ke alam pekerjaan.
Selasa, 28 Jun 2011
Selasa, 21 Jun 2011
Rabu, 8 Jun 2011
Politik PAS
Sebagai tanda sokongan mari kita beramai-ramai turun berdemo pada 9 Julai nanti. Turun untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Abg Mat, kita jumpa kat sana!!!
Ikhlas
Jumaat, 3 Jun 2011
Meraikan Musim Perkahwinan Kawan-kawan
Tips Berjimat untuk Menyimpan untuk Belanja Perkahwinan
1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!
aku: masa Sale pun aku tak penah shopping.. hehe...
2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….
aku: xpakai..
3. Potong jer langganan yang tak penting – contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!
aku: pun xde jgk..
4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…
aku: shopping pun jarang, apatah lagi nk selalu beli brg2 branded.
5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)
aku: insyaallah, itu wajib..
6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!
aku: jejaka cool memang tak merokok.. :-)
7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p
aku: dating? apa tu?
8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…
aku: bil air free je kat Selangor ni, bil api pun xseberapa sangat.
9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p
aku: bukan setakat tak beli, siap boikot lagi. :-P
10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik – di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p
Anak-anak Kita
- Mak/isteri dia tak masak ke? Kalau tidak, kenapa?
- Sibuk sangat ke ibu bapa / suami & isteri ini?
- Macam mana cara mak ayah ajar anak diorang ni? (sambil lihat telatah anak-anak diorang)
- Ajaran agama untuk anak- anak itu macam mana? (ada anak yang aku nampak macam mengarah-arah ayah dia)
- Pendidikan untuk anak-anak itu? (Aku pernah nampak ayah bawa anak sarapan di kedai dan hari itu ialah hari persekolahan)
- dan macam-macam lagi la..
Isnin, 30 Mei 2011
Kuala Lumpur
Penempatan sepadat itu mungkin sahaja mengundang segala masalah sosial. Setandan pisang, pasti ada sebiji dua yang busuk, begitu jugalah kejiranan ini. Entah berapa jenis perangai manusia yang ada di situ, bercampur baik dan buruk. Bukan melarang kita bergaul dengan orang yang kurang baik ini, cuma dalam keadaan sepadat ini, susah bagi kita mengawasi pergerakan setiap daripada mereka. Beruntunglah jika kejiranan ini mempunyai semangat perpaduan kukuh dan cintakan kedamaian. Jika tidak, bagaimana pula?
Alhamdulillah, di rumah yang saya menyewa ini tidak sepadat di sana. Jika mendongak pun, tak lah perlu terlalu tinggi untuk melihat rumah tingkat teratas. Surau berfungsi baik sebagai penyebar syiar dan kehamonian jiran. terfikir bagaimana nanti generasi bawah saya, perlukah saya menjadi kaya supaya boleh membeli segala kebahagian dan keindahan di KL ini? Supaya hati tidak runsing memikirkan sebarang kemungkinan.
Ahh.. indah dan damainya hidup di kampung...
Tanah Runtuh di Hulu Langat
"Bukankah tempat anak yatim itu sepatutnya kamu yang duduk. Kamu yang melakukan kerosakan, sepatutnya kamulah yang diranapkan tanah runtuh. Ternyata kini, anak-anak yatim itu menggantikan tempat kamu. Maka dengan apakah kamu harus menghargainya? Wang ringgit beribu-ribu? Dirikan sebuah rumah sebagai ganti? Ternyata silap jika itu kamu fikirkan. Galang gantinya hanya berlaku adillah di muka bumi ini. Usah undang lagi tanah supaya runtuh."
Ghurabaa'
Isnin, 23 Mei 2011
Masihkah Guru Itu Lilin yang Membakar Diri?
Ahad, 8 Mei 2011
Biasa-biasa Sahaja
Saya dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Ibrahim dan Wan Aminah, anak sulung mereka. Saya lahir 2minggu sebelum/selepas tarikh jangkaan, saya sendiri sudah lupa. Emak saya seorang guru tadika sebelum'pencen' awal menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya dibesarkan sepenuh masa oleh emak, beruntung betul saya. Pada mereka yang emaknya berkerja, keistimewaan ini anda terlepas, dan keistimewaan lain pula yang anda dapat. Mungkin disebabkan mendapat perhatian penuh dan sentiasa makan masakan emak, natijahnya saya menjadi berisi. Ramai juga jiran-jiran dan saudara mara yang memuji masakan emak. Mungkin ini alasan terbaik untuk melepaskan diri daripada menyalahkan diri sendiri tentang saiz badan saya ini.
Seperti orang lain juga, sedari kecil saya sentiasa dididik tentang peri penting hidup beragama. Alhamdulillah berkat kesungguhan emak yang ingin melihat saya pandai mengaji dengan bertajwid, pada usia 10 tahun saya sudah khatam Al-Quran dan sampai sekarang saya masih konsisten membaca Al-Quran. Cuma sampai sekarang saya tidak pandai melagukan bacaan saya, mungkin kerana suara kurang sedap. Emak saya juga selalu menanam minat saya supaya suka kepada pendidikan bercorak agama, yang akhirnya membawa saya ke sekolah aliran agama dan seterusnya ke UIA.
Kehidupan berkeluarga kami juga bisa-biasa sahaja. Ada pasang dan surutnya. Semuanya kami hadapi satu demi satu. Perpindahan pertama kami dari Batu Pahat ke Bukit kayu Hitam pada tahun saya tingkatan 3 merupakan sesuatu yang patut dikenang kerana selepas berpindah keluarga kami terpaksa berada hampir diseluruh semenanjung. Ayah dan emak di BKH, adik terpaksa sambung setahun lagi di sekolah lama, Kluang dan saya di sekolah baru di Kota Bharu. Kasihan emak saya yang terpaksa duduk seorang diri di rumah ketika ayah saya bekerja. Buat makluman, semasa di BKH ayah saya bekerja shift. Jadi sedikit sebanyak saya terbiasa dan memahami perasaan keluarga terutama para emak yang anak-anaknya berada di merata-rata di bumi tuhan ini.
Kehidupan harian emak saya adalah seperti suri rumah yang lain. Kerja yang tiada putus-putus. bangun pagi siapkan sarapan, basuh dan jemur baju, masak untuk makan tengah hari, kemas rumah, masak untuk makan malam, tidur, bangun dan kembali ke senarai pertama tadi. Begitu kitaran emak saya. Emak saya juga tak lepas untuk ke kelas pengajian agama jika ada.
Begitulah perihal emak saya. Tiada yang luar biasa. Sama seperti emak-emak yang lain, memikul sepenuh tanggungjawab sebagai seorang emak. Bukankah itu mencukupi, dan bukankah biasa itu indah?
Jumaat, 29 April 2011
Buletin Utama
malam 27-Apr-2011
Maka berkeretalah aku ke masjid malam itu. Sampai ketika imam sudah rakaat ketiga, masbuk lah jawabnya aku ini. Selesai sahaja solat, dan berwirid sedikit, imam ajak makmum untuk bersolat hajat, katanya ada hajat dari seseorang yang meminta kita doakan. Ketika takbir diangkat, aku masih lagi menhabiskan rakaat-rakaat solat Isyak. Sudah sahaja aku memberi salam, imam dan makmum-makmumnya berada pada rakaat kedua, lantas berkatalah hati aku, "Malaslah nak join, balik teruslah". Macam ini punya malas pun ada juga rupanya. Aku pun keluar masjid menuju ke kereta yang tengah dimanjakan itu.
Tiba-tiba di luar masjid ada seorang budak lelaki tengah menangis. Aku tanya kenapa, dia jawab hendak balik rumah tapi tiada orang hendak hantar. Ah, pendekkan sahaja cerita, budak lelaki itu, dan abang dia sebenarnya -abang dia lambat sedikit muncul di dalam cerita ini kerana semasa aku jumpa budak itu, entah ke mana entah abang budak itu pergi-baru habis tuisyen di masjid. Mak budak itu yang hantar ke situ, dan biasanya ada ustaz yang hantar 'pentuisyen-pentuisyen' di masjid ke rumah. Disebabkan sedikit yang datang, maka ustaz itu tak perasan atau pun malas nak hantar budak itu balik -malas macam ini pun ada juga ya- Maka menangislah budak itu tidak dapat balik rumah.
Sebagai penduduk yang bertanggungjawab, aku hantar jugalah budak dan abang dia itu ke rumahnya. maka selesailah masalah budak yang menangis itu. lagipun rumah budak itu tidak jauh mana pun, dekat sahaja.
Pengajaran:
1. Tension jugak bila budak tu kata tak tahu rumah kat mana, dan tak tau macam mana jalan nak ke rumah, tapi bila fikir balik, aku sebenarnya pun macam itu juga, terlupa sebab dah lama tinggalkan zaman kanak2.
2. Dalam perjalanan aku tanya soalan-soalan pasal keluarga diorang, tapi pasal ada kakak atau tidak aku tak tanya ye. Diorang ada kata ayah diorang tinggal di rumah lain. maka secara literalnya aku faham ayah dan mak diorang tidak tinggal sebumbung. Aku konklusikan, mungkin ada masalah keluarga, tapi alhamdulillah budak2 tu tak nampak macam diabaikan mak bapak.
3. Yang ni paling penting. aku nak katakan semuanya sudah dalam perancangan Allah dan Dia berkuasa ke atas kita untuk 'mengarahkan' kita buat apa yang Dia suruh. Aku sebenarnya menjadi askar Allah untuk menghantar budak-budak yang tidak berdosa, tambahan lagi baru balik tuisyen di masjid, ke rumah mereka. Tak pernah ada dalam jadual aku untuk ke masjid solat isyak naik kereta. biasanya ke surau yang dekat naik motor je. kita boleh bayangkan bagaimana Allah di 'atas' mengatur perjalanan hamba-hambanya dan mendatangkan pertolongan dari sudut yang tidak terjangka. kes budak ini kecil sahaja bagi kita, tapi besar bagi diorang. kalau tidak takkan lah budak tu sampai menangis-nangis. benarlah bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.
4. Adanya blog ini, bolehlah boleh aku hikayatkan di pentas maya ini. semoga ada manfaatnya.
Rabu, 27 April 2011
kimia
"Untuk membolehkan tindak balas ini berlaku, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah suhu bagi kedua-dua bahan kimia itu. Apabila telah mencapai takat suhu tertentu, maka atom-atom (bagi yang adiunsur) atau molekul (bagi yang mempunyai banyak unsur) yang membentuk bahan kimia itu akan mempunya cukup tenaga untuk bergetar. Apabila dua bahan berlainan unsur (ambil sahaja contoh 2 larutan kimia) dicampurkan di dalam balang dan dengan kepanasan yang tertentu maka aatom-atom atau molekul-molekul ini akan bergetar dan bergerak secara rawak menggunakan hukum Brown akan berlaga sesama sendiri dan menghasilkan tindak balas kimia."
"Keadaan seterusnya adalah kelajuan semasa berlaku pertembungan itu juga memainkan peranan. jika lemah, kemungkinan dua atom/molekul itu tidak dapat bertindak balas, lalu yang terjadi hanyalah pertembungan sementara dan kemudiannya terpelantun masing-masing ke tempat lain."
"Keadaan yang lain pula adalah sudut pertembungan itu. Ini boleh lebih difahami sekiranya kita melakar 'anatomi tubuh' atom/molekul itu. Sekiranya sudut pertembungan itu 'memuaskan', maka dengan suhu yang sesuai, dan kelajuan yang cukup, maka sesebuah tindak balas kimia boleh berlaku. Boleh kita andaikan bahawa perlagaan dua atom/molekul itu berjaya membentuk satu molekul yang baru, seterusnya bahan kimia yang baru."
"Berdasarkan kepada jenis unsur atom itu, atau jenis-jenis unsur molekul itu, proses 'percantuman' dua atom/molekul akan membentuk beberapa jenis ikatan, ikatan kovalen dan ikatan ionik. Ikatan kovalen adalah berbentuk perkongsian elektron, manakala iatan ionik berbentuk perpindahan elektron ke unsur satu lagi. berasaskan ini, sifat-sifat sebation itu dapat ditentukan. Ada yang mudah larut air, ada yang berkeadaan rapun, ada yang bersifat konduktor elektrik dan pelbagai lagi"
Cikgu kimia itu menutup kata-katanya, "tapi ini bukan tentang Unsur dan Ikatan Kimia, tapi ini adalah tentang Jiwa dan Ikatan antara Keduanya"
Murid itu menambah, "tanpa dimasukkan unsur perasaan di dalam atom itu"
Dua unsur atau dua jiwa?
Luar kelas: cerita ini ditulis dengan sisa-sisa pengetahuan kimia sekolah dan berbantukan rujukan google.
Jumaat, 22 April 2011
New Look
Blog ini berwajah baru lagi. Tukar sebab bosan, bukan sebab yang baru ini lawa. Yang ruginya tak sempat nak capture layout blog yang lama.
(ver 2.0) -versi ini ada sebab lepas publish baru ada idea nak tulis apa-
Blog ini berwajah baru lagi. Tukar sebab bosan, bukan sebab yang baru ini lawa. Yang ruginya tak sempat nak capture layout blog yang lama.
Eh, rugi ke! Apa nak ruginya, barang dunia ini kan datang dan pergi. yang kekal di akhirat sana. tak dapat masuk syurga baru rugi amat.. setakat tak dapat capture layout blog lama tu benda biasa je. Nak buat kenangan, memori? lama-lama memori itu kan menyesakkan kita. Tak pecaya? cuba penuhkan memori harddisk tu, lama-lama kita juga rasa susah kalau bila na masukkan benda baru tapi tak cukup space. Kan?
p/s: blog ini nampak 'jambu' la. hehe.. biarlah la, hidup ini jangan selalu rock, kadang-kadang kena bunga-bunga juga. bak kata hamka "Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan." So, cukuplah itu sebagai justification aku kan? ;-)
hilang akal
aku kata dalam hati, korang cuba bukan laman web blue 18sx, ada kategori granny kat situ.
moral: ada pro dan kontra. fikirlah sendiri ya.
Khamis, 21 April 2011
apa genre nya?
Cari punya cari, aku terjumpa ini, kemudian aku mencari siapa pak tua ini sehingga aku jumpa ini. Dengan penuh rasa inginkan jawapan aku membaca sehingga aku terbaca tentang ini di profile-nya. Adakah SURREALISM itu sebenarnya genre tulisan yang aku minati?
Dahulu pernah juga aku membaca himpunan cerpen yang ditulis di kulitnya, "Cerpen-cerpen Eksperimental". Jadi semenjak itu aku bermazhab bahawa genre yang aku minati adalah tulisan-tulisan EKSPERIMENTAL. Dan sekarang aku keliru, apa sebenarnya surrealism, apa sebenarnya eksperimental, apa beza keduanya, apa persamaan, dan yang paling penting, apa jawapan kepada soalan aku, "Apa Nama Genre Tulisan yang Aku Minat Ini Sebenarnya?"
tambahan: Aku sebenarnya suka menghasilkan tulisan menggunakan perlambangan sehingga memaksa orang berfikir tentan maksudnya. Kekadang aku sengaja sembunyikannya sehingga susah dicari, tapi yang penting, ia straight forward sebenarnya tulisan aku ini.
tenggelam
Aku juga sudah penat dalam tawar menawar cinta. Cinta itu definisi mereka adalah rumah indah dan kereta sebiji di laman dengan anak-anak bermain gembira, si suami dan isteri duduk penuh mesra, sambil tidak melupakan tuhan. sedang bagi aku cinta itu satu fitrah. berumahkah aku, berkeretakah aku, itu tidak penting. rukun cinta itu bahagia dan adalah satu mitos (harap betulkan sekiranya aku sudah tersasar) mengatakan bahagia itu dibawa oleh pasangan terbaikmu. Tiada pasangan terbaikmu, maka tiadalah bahagia. itu mandatori. sedang bagi aku bahagia itu adalah hasilan yang dicipta oleh kedua-dua pasangan, yang dua hati mereka saling berpaut dengan tali Allah dan mengharapkan keredhaan Allah dalam berkeluarga.
Jadi aku sungguh terganggu dengan mitos itu, kontradik dengan kepercayaan aku bahawa bahagia itu bukan di bawa oleh seseorang yang terbaik, tetapi dicipta oleh sepasang kekasih yang telah halal bersama yang mengharap keredhaan Allah di dalam hidup berkeluarga. aku percaya, kita mesti mencari yang terbaik. Itu nasihat Nabi.
Dua kali aku ulang tanda aku ingin laungkan sekuat-kuatnya, sehingga keluar dari skrin komputer ini gema-gema suaranya sehingga menusuk ke telinga dan bergetar hebat di gegendangnya, bukan sahaja kepada kamu, malah dia, dia, dan juga mereka.
Aku juga terganggu dengan berita lendir-lendir pemimpin bersama pelacur. kenapa kau hidangkan cerita itu di sana sini. sehingga aku terbau busuk pekat dan rasa lekit-lekit lendir. jika kau mahu hidangkan berita itu, kau hidangkan juga pelacur, aku mudah kami memahami berita dengan secara praktikal. dosa kita kongsi 50/50.
Sekian repekan ini. di kala ini aku tengah tenggelam, jangan ganggu.
Mimpi
Rabu, 13 April 2011
makan
-kerabu nangka
-gulai tempoyak Perak
-midin goreng belacan (kena pegi Sarawak)
-nasi + cicah budu + ikan goreng
argghh... bila nak balik kampung makan semua ini. :-)
Selasa, 12 April 2011
hidup untuk...
aku sedar hidup ini untuk Mu,
hidup ini untuk berbakti dan beribadat kepada Mu,
hidup ini hanya untuk Mu,
Namun,
selalu sahaja hidup ini terganggu,
antara kehendak dan keperluan,
seringkali dan bersilih ganti mengutama di dalam diari hidup kami,
ku pohon padaMu
Ya Allah,
permudahkan segala urusan asas ku,
tutupkan seleraku untuk memenuhi kehendak nafsu,
bukakanlah segala pintu dan ruang,
agar mudah kami menjadi 'pekerja' Mu,
Ya Allah,
kami telah terlalu jauh dari mengingatiMu,
wahai pembalik hati,
Kau tetapkanlah hati kami kepada agama Mu,
Ya Allah,
kau permudahkanlah urusan dunia kami,
agar kami punya lebih ruang dan masa,
berjuang di jalan Mu,
berjuang memperjuangkan agama Mu,
Ya Allah,
aku benar-benar berharap,
segala urusan dunia ini menjadi terlalu kecil bagiku,
agar aku sedar aku punya tanggungjawab yang masih banyak untuk dipikul,
Ya Allah,
aku terlalu memperbesarkan urusan dunia,
sedang ruang untuk berjuang di jalanMu masih tidak kuterokai,
Ya Allah,
dengarlah rayuan hambaMu ini,
hamba yang semangatnya tersepit,
di celah urusan dunia,
dan ruang yang sempit untuk berjuang di jalan Mu,
Ya Allah,
perkenankanlah doa hambaMu,
Amin...
Khamis, 31 Mac 2011
Kalau Aku Kaya
Isnin, 21 Mac 2011
siapa perlukan siapa
Cuma satu sahaja kami hendak bertanya, siapa yang sebenarnya perlukan siapa? Rakyat perlukan orang besar, atau orang besar perlukan rakyat.
Rakyat berbesar hati akan berkata mereka perlukan orang besar, itu pasti. tapi kalau besar dengan bongkaknya berkata rakyat perlukan mereka, bersiap sahajalah untuk dihumban jauh ke bawah.
SELAMA MENGUNDI RAKAN-RAKAN DI SARAWAK.
Ahad, 20 Mac 2011
apa kaba orang kaya?
semalam, masa boring2 aku pegi round sekitar umah aku petang2. kononny untuk mencari tanda2 kebesaran Allah yang terselit dicelah2 ciptaanNya yang serba komplikated ini. sambil mencari2 tetiba terpandanglah aku satu pattern di kawasan umah aku ini (by the way, matematik ialah sains yang mengkaji pattern, sebab itulah ahli matematik dapat menemukan rumus dari pattern yang ditemui dalam setiap pemerhatian mereka), kebanyakan rumah2 di sini semuanya berpagar tinggi, ada jaga di setiap hujung jalan, dan bagi orang cina pula, ramai yang bela anjing yang brutal2 dan ganazz2. teringat seminggu sekali kalau aku nak pegi usrah di umah naqib aku, mesti kena lintas sebuah rumah yang anjingnya selalu menyalak kuat. kecut juga nak lintas walaupun aku bawa motor, kalau dia kejar dan gigit kan nanti sakit, pastu nak kena samak pulak tu. Ok, nampak sangat la yang tujuan mereka ini sebanarnya nak menjaga harta benda milik diorang dari dicuri. aku tanya balik, bila kita ada harta ini, sebenarnya siapa yang jaga siapa? harta jaga orang ke orang yang jaga harta? kalau orang yang jaga harta, kenapa kumpul harta banyak2? bukankah itu macam mendukung biawak hidup namanya? hehehe...
tak salah cari harta sebanarnya, ada seribu satu alasan kita baoleh bagi tentang keharusan mencari harta ini, kita bahas masa lain ye. memang pada hati orang yang kaya, keresahan untuk harta itu dicuri memang ada, sebab itu mereka sanggup berhabis untuk membeli barang keselamatan semata-mata untuk menjaga harta mereka. ketenangan mereka tidak akan habis, selagi mana mereka merasa sangsi dengan persekitaran sekeliling. dengan orang miskin di sekitar pun mereka sangsi, mungkin dengan jiran2 sebelah mereka yang kaya pun mungkin mereka curiga jugak. sebab itu lah adanya harta ini bukan semata-mata untuk diguna seorang. jadilah orang yang pemurah, ikut contoh sahabat2 nabi, hati mereka tiada pun terlekat pada harta, ada yang sanggup bagi seluruh harta untuk Islam, ada juga yang masa berhijrah ke Madinah, meninggalkan seluruh hartanya. kemudian di Madinah membina pula kekayaa yang lain. bukankah itu teladan yang Abdul Rahman bin 'Auf tunjukkan? 'berkongsilah' harta pada yang memerlukan. biasanya yang mencuri ini sebenarnya untuk keperluan sendiri juga. jadi perlulah si kaya ini menolong mereka yang memerlukan ini. panjat sikit pagar2 tinggi korang tu, intai mana jiran2 keliling yang miskin yang memerlukan bantuan.
tak dinafi juga, ada juga yang dah kaya tapi mencuri. apa kejadah feel la diorang ini. ini dah macam membenarkan kata2 (hadis, ayat quran? maaf saya lupa), manusia itu kalau diberi segunung emas pun tak akan cukup, dia akan minta segunung emas yang lain pula. nak buat mcam mana dengan orang ini? ptong je tangan diorang. ugut kasi takut skit. nampak macam ganazz kan? tapi dengan kegerunan macam itulah memungkinkan dapat menundukkan keTAMAKkan mereka.
Islam itu indah, hukuman nya bernas dan adil. Walaupun bagi pencuri itu hukumnya hudud, potong tangan, tapi tak semudah itu nak potong tangan. syarat2 nya ketat. kalau tak cukup syarat, berpindah pula kepada hukuman takzir. Apa itu hudud, takzir, dan syarat2 untuk dilaksanakan hudud, itu semua boleh dicari dengan bertanya lebai google.com..
ok, rasanya sampai di situ dulu, tunggu aku ronda2 lain kali pula untuk mencari apa lagi yang terselit dicelah2 ciptaan Allah ini.
Oppss... tapi masalahnya, ada ke orang kaya yang baca blog aku ini? hehe...
p/s: rumah yang aku sewa sekarang adalah flat, takde pagar langsung.
Khamis, 17 Mac 2011
kerja-kerja kita (yang tidak pernah selesai)
Sabtu & Ahad baru ini aku mengikuti kursus anjuran Pertubuhan Ikram, Kursus Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk 1. Ada no 1 tu maknanya akan ada yang no 2, 3 dan seterusnya. Sapa tahu kan? Gambar di bawah adalah seorang aktivis dakwah Ikram, Hj Muhammad Nicholas Sylvester. lebih kurang gitu lah ejanya. Orang KadazanDusun yang sebelum ini memeluk dan menyebarkan agama Kristian. Kalau tidak kerana ada orang yang berdakwah, mana mungkin orang macam Pak Haji ini akan tertarik dengan Islam. Alhamdulillah, beliau di pihak yang benar dan berkesedaran pula untuk memberi kesedaran kebenaran agama kepada yang lain.
Memang mudah untuk mengikuti kursus dakwah. Dengar teori, penerangan dan contoh berkenaan dakwah. Terpana kita mendengar ketabahan kisah nabi kita berdakwah di Taif dan disambut dengan balingan batu, tapi tidak putus asa. Bagaimana mantap glerr sahabat2 nabi dahulu berdakwah sampai ke negara China, sehingga kewujudan Islam di sana amat terasa. Mungkin ramai yang tidak tahu, Dinasti Ming yang memerintah China selama lebih kurang 300 tahun adalah beragama Islam. Laksamana tersohor ketika itu, Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho adalah seorang Islam. Lihat betapa islam itu tersebar ke merata bumi dibawa oleh pekerja2 dakwah yang tabah.
Jadi, di mana kita? Masyarakat Islam Malaysia telah lama duduk sebumbung, berpijak di tanah yang sama dengan Yang Belum Islam (YBI) tapi belum penah didakwah. Aku mendengar input yang diberikan dengan bersemangat, dihiasi kisah-kisah indah kejayaan, ibarat candu bagi mereka yang ketagih. Pergh... sungguh mengkhayalkan. Hari kedua kursus, kami dibawa ke lapangan. Aku kena ke Giant batu Caves, untuk praktikal memperkenalkan Islam kepada YBI. Kalaulah itu program multi-level-marketing, atau anjuran syarikat yang buat direct selling, dah lama aku angkat kaki sebab rasa dipergunakan. tapi untuk berdakwah ini tidak, sapa yang nak pergunakan aku? Allah? Cakap baik2 sikit beb.. Kalu kita tak sampaikan dakwah pun Allah tak rugilah, sikit pun tak berkurang keaqungan Dia. jadi aku buat ini sebenarnya untuk diri aku (cewah.. ayat macam orang tabligh). Sebenarnya memang untuk diri aku pun, kerana kita nanti akan ditanya di akhirat nanti jika tidak menyampaikan ayat-ayat Allah.
Alhamdulillah, target yang kami kena capai adalah bertemu dengan lima orang, tapi aku dapat jumpa satu je. hehehe... (boleh lah tu). Mad'u (orang yang didakwah) itu seorang buddhist, cina dan masa akun jumpa tu dia tengah makan. aku inta duduk sekali, kata nak buat survey tentang pendapat YBI terhadap Islam. Dia kata Islam bagus, bukan untuk Melayu sahaja, dan bukan mengajak kepada keganasan. Dia tiada masalah dengan islam, cuma dia kata kalu aku ajak dia masuk Islam, dia tidak boleh. sebab? sebabnya adalah asal keturunannya memang buddhist. Dia fire aku balik, kata dia, kalau saya ajak awak masuk buddhist pun awak meti tak mau kan? sebab mak pak awak orang Islam. aku pun senyum je.
dalam kursus aku diajar memang orang cina ni ethnocentric. maknanya kuat berpegang kepada ke-etnik-an. hakikatnya memang ramai cina masih tidak memeluk islam sebab takut kena tukar nama, tukar nama maksudnya buang keturunan, kerana mereka amat berbangga dengan sir name mereka. itulah salah tanggapan di Malaysia ini. tapi alhamdulillah, ada segolongan aktivis dakwah yang bertungkus lumus mencerahkan perbezaan Islam sebenar dengan amalan yang kurang tepat tentang Islam di Malaysia ini.
Sebelum beredar aku sempat bagi buku 'The Meaning of Islam' kepada dia. Sempat juga die belek muka pertama, dia kata, Woo... ini Islam dengan Kristian itu sama ka? aku senyum lagi. begini encik, memang ada persamaan Islam dengan Kristian, tapi kami mula berpisah bila bicara tentang nabi Muhammad. Kristian tidak mengakui kerasulan Muhammad dan menganggap Nabi Isa (Jesus) itu adalah Anak Tuhan, tapi bagi kami Nabis Isa adalah salah satu nabi yang wajib dipercayai, dan Nabi Muhammad datang memansuhkan segala ajaran nabi-nabi sebelum ini.
Ada mafhum hadis yang menyebut ketika kedatangan Muhammad itu, islam itu ibarat rumah yang sudah tersergam indah, Muhammad cuma datang untuk buat last touch up sahaja. Maknanya ada kesinambungan antara ajaran yang dibawa oleh nabi2 sebelum ini dengan ajaran dibawa oleh Muhammad.
Kesudahannya, aku pulang semula ke tempat kursus dengan harapan mad'u yang aku jumpa tadi akan diberi sinar Islam. Insyaallah. dan aku berharap aku akan sentiasa rasa terpanggil dan sentiasa diberi kelapangan dan kekuatan untuk berdakwah. dan juga berharap apabila aku dihadapkan di hadapan Allah nanti, aku ada jawapan untuk diberikan.
Isnin, 28 Februari 2011
Kata-kata
1. Berkatalah daripada kesimpulan-kesimpulan buah fikiran. Ianya lebih tepat, padat dan bererti.
-Jangan membazirkan terlalu banyak kata-kata untuk bercakap tentang sesuatu perkara. Lagi banyak bercakap lagi banyak pemohongan yang mungkin kita lakukan. Seelok-eloknya banyakkan lah diam, dan berkata bila ada keperluan. Itu lebih enampakkan yang kita bijak.
2. Hidup ini terlalu panjang bagi mereka yang meninggalkan solat, dan hidup ini pula terlalu singkat bagi mereka yang menjaga solat. Jadi logiklah mereka yang menjaga solat lebih beringat tentang saat matinya nanti.
-Bagi orang yang tidak pernah meninggalkan solat, sentiasa takut jika terlepas waktu solatnya, dia akan merasakan sepanjang harinya mesti sentiasa bersedia. Sesudah habis satu solat wajib, maka mereka akan berjaga-jaga sehingga masuk waktu selepasnya. Dan apabila masuk waktu solat itu, mereka akan berjaga-jaga dengan waktu sehinggalah mereka menunaikan solat pada waktu itu. Kitaran berjaga-jaga dan sentiasa peka terhadap waktu ini akan terus berlaku dan akan memotivasikan mereka bahawa hidup in kena sentiasa bersedia. Jika waktu solat dibahagi sama rata, maknanya setiap lebih kurang 4 atau 5 jam sekali mereka harus menunaikan kewajipan solat. Atau contoh lagi tepat adalah ketika musafir dan kita dibenarkan men-jamak-kan solat. Maknanya setiap 8 jam sekali kita harus bersedia. Mungkinkah orang yang tidak solat langsung akan sesensitif ini?
Sekian dari saya. Harap dapat perbetulkan apa yang silap dari fikiran ini. Terima kasih.
Selasa, 22 Februari 2011
Kerja siang malam
Aku tak kisah sangat kalau orang bahagian satu, bekerja untuk kebajikan orang lain, diorang nak komited melampau-lampau terhadap kerja. memang kerja itu murni sebab menolong orang. Ini kita anggap semua orang adalah ikhlas ye. Yang kedua aku kurang setuju sedikit. Bersusah payah, banting tulang pagi ke malam, tinggal surau, jiran, masyarakat dan tanggungjawab lain. Ada yang bangga dengan apa yang dia buat, nampak komited dan bersemangat terhadap kerja. Akhirnya bila cuti abiskan masa dengan tidur kat rumah. Sampai bila nak macam tu? Sampai tak larat nak kerja? Fikirlah, dunia ini terhampar bukan untuk kita kejar duit semata-mata. Ataupun bukan untuk kerja semata-mata. Banyak lagi untuk kita buat di luar sana.
(Tetiba segala idea nak tulis hilang)
Akhir sekali, sebelum pulang kerja fikirlah, untuk apa aku kerja ini kalau kerja yang aku buat itu sekadar berlegar di sekeliling aku, tiada manfaat kepada ramai melainkan kepada perut dan hati sendiri..
p/s: jom pulang dari kerja, dan lakukan sesuatu untuk yang lain, terutama umat Islam.
Selasa, 15 Februari 2011
mobile blogging
Tak larat nak tulis panjang-panjang di handphone yang keypadnya masih lagi 'old-school' punya stail. Sambung lain kali je la ye.
Selasa, 1 Februari 2011
Tentang Malam Itu
Sehinggalah pada satu hari, mungkin sudah jemu memperlaku sebegitu, si perempuan diajak mencintainya. Cinta seikhlas-ikhlasnya. Cinta tulus lagi mulus. Cinta yang mesti diberi sepenuh jiwa. INI ARAHAN SUCI, katanya. DATANG DARI PERHITUNGAN ORANG SUCI, katanya lagi.
Sekali lagi perempuan itu dipaksa. Semestinya selepas cinta diberi, perkara lama akan berulang, cuma kali ini ianya HALAL, atas tiket sebuah ikatan sah cinta.
Perempuan itu tiada hati, kerana perempuan itu adalah hati. Perlambangan hati si dia.
Selasa, 18 Januari 2011
DOA
Akhir kalam, saya mengatur kata-kata penuh takzim dan rendah diri, memohon sebaik budi dan ihsan tuan-tuan sekalian, semoga kita mendoakan kesihatan dan keimanan yang terpelihara untuk hamba Allah ini dan keluarganya.
Sekian saya mohon jasa sekalian. Terima kasih.
Jumaat, 14 Januari 2011
Budak Kecik
Jangan tanya apa-apa, aku tak pernah pun jumpa budak ini. Tiada apa-apa pun istimewanya dia ini, sama macam budak-budak kecil yang lain. Tapi bezanya dengan kita sangat jauh. Kita dah bertahun lama buat dosa, sedar atau tidak tetapi budak ini suci dari dosa. Putih bersih dan jaminan syurga jika masih belum baligh lagi. Budak sekecil ini siapa lagi yang patut mengajarnya kalau bukan kita.Renung wajah dia, betapa kasihannya dia kalau kita abaikan hak-hak dia. Berikan dia bekalan apa yang perlu dia bawa apabila dewasa nanti. Sanggup kita lihat lahir seorang lagi gadis yang rosak akhlak, lupa pada tuhan, dan dimurkai Allah.
Kalau aku terjumpa anak kecil ini, ingin saja ku menjadi zombi, ku kopak kepala otaknya, lihat apa yang sudah terisi, jika kurang ilmu al-qurannya, ku ajar dari alif ba ta sampai ke tarannum, jika kurang ilmu agamanya, akan ku didik akhlak, fekah, dan tauhid. jika kurang pekerti, akan ku titip adat dan budaya timur yang indah. Kerana dia adalah amanah kita, generasi terdahulu sebelumnya.
Muka kudus anak kecil itu, meruntun jiwa kita, menyuruh kita menilai dunia yang penuh kebaikan yang kita tinggalkan. Kita menjadi penipu, penyamun, perompak dan penjahat apabila semakin dewasa, sedangkan pada anak kecil ini, tiada terdetik pun perkara itu.
Pandanglah pada mana-mana anak kecil, dan ambillah pengajaran. Kembalilah kita kepada fitrah.
Anak kecil ini amanah kita.
(tulisan tanpa edit, betulkan mana maklumat yang salah ye)
Isnin, 10 Januari 2011
Baca Bebarapa Blog
Selasa, 4 Januari 2011
doa org takde duit
token cinta
aku pun pergi ke permainan lain. tekad aku inilah terakhir. token aku masukkan. alamak terjatuh, aku kutip dan masukkan ke tempatnya. main game. cemerlang. dan cemerlang. dan makin lama makin susah. cis, game macam ini pun ada jugak ye. makin lama makin susah dan akhirnya makin menyampah aku. arrghh... aku sepak game tu selepas kalah. orang kiri kanan pandang sekejap je, dan terus bermain. maklumlah, tempat tu kan bising, mana ada orang nak amik pot perhatikan kau. dan aku lihat aku satu lagi token pada aku. ku renung kosng. tanpa rela dan dengan rela aku menepuk bahu orang sebelah, "bang, amik lah token ni, saya dah nak balik rumah".
(ini perenggan akhir, maknanya cerita ini dah nak habis). Aku melangkah keluar. sampai rumah. baring. terlelap. dan aku set mimpiku supaya pergi ke arcade dan bermain game sehingga menang jackpot. kalau bangun sekali lagi, aku akan tidur dan bermimpi yang sama lagi.
due ribu seblas
MUAMALAT: atau bahasa biasanya pergaulan antara manusia. Fokus di sini antara perempuan dan lelaki yang boleh berkahwin. Definisi pergaulan bebas kini sudah bertukar, meski pun hukumnya tetap sama. dulu boleh dikatakan tiada keperluan langsung untuk lelaki bertemu perempuan atas urusan apa pun, terutama keja. Sekarang pertembungan itu sudah tidak dapat dielak. Dekad lepas di alaf ketiga ini menyaksikan perubahan ketara yang tidak tergambar pun oleh nenek moyang kita yang hidup di zaman sebelum merdeka. jika kita masih lagi mengikut definisi mereka, kita sudah ketinggalan zaman. kesannya, golongan muda tidak akan selama2nya bersetuju dengan kaum tua. akhirnya, kaum tua akan ketinggalan kerana dunia ini akhirnya milik kaum muda. jadi, pendekatan baru harus diolah, pemikiran segar harus dicerna, berbetulan dengan hikam (kata-kata hikmah) saidina umar, didiklah anak2mu dengan cara mereka.
PERUBAHAN: dari segala genap golongan dan pemikiran, kita harus menerima perubahan. tiada satu pun yang kekal (kecuali Allah) melainkan perubahan. semua mesti menerima perubahan. Quran dan Sunnah sebagai tiang paksi segala hukum, memang tiada perubahan dan jangan kita ubah. Pendekatan dan penerimaan itu yang seharusnya berubah. menyuruh anak gadis menutup aurat tanpa memberi opsyen untuk mereka berhias dan bercantik2 adalah sesuatu yang salah. mereka bukan hidup di zaman semua perempuan tempatnya di dapur. kini ketua muslimat pas pun ada fesbuk. jika diletak gambar yang sugul dan kelam manakan nampak elegan dan gahnya Islam di mata bukan Islam. hukumnya tetap sama, tetapi pendekatannya mesti segar dan mendepani zaman. itu hakikat yang harus kau terima, kaum tua.
AKU: bagi menyimpul tahun 2010, aku bariskan satu kata2, tahun 2010 adalah tahun jatuh cinta dan menjatuhkan cinta. Menyoroti satu demi satu peristiwa, banyak kenangan yang membuahkan cinta kita. Betapa kejayaan dan memori manis yang kita telah cipta itu membuahkan cinta. dan di satu lagi keadaan, ada 'cinta2' yang sedang mekar dicantas, itulah maknanya menjatuhkan cinta.
KESIMPULAN: 2011 menyediakan sekali lagi peluang bagi yang gagal dan membuka lebih luas ruang untuk yang berjaya.